; lucky ;

Happy Marriage

Kim Myungsoo menolak troli perlahan mengikuti ke mana sahaja yang dituju isterinya. Matanya tak lekang mengekori setiap gerak geri Daeul. Perasaannya tidak berubah dan sama sahaja seperti waktu mereka berdua bercinta.

"Soo, awak nak makan apa malam ni?" soalan  itu menyentak Myungsoo dari lamunan panjang. Dia terkebil-kebil. 

"Awak nak makan apa malam ni?" Daeul bertanya dengan lebih jelas. "Oh, makan malam! Em nasi goreng pun okay," dia tersenyum segan. 

Pipi Daeul memerah. Lesung pipit Myungsoo tidak pernah gagal membuatkan hatinya cair. Daeul cuba untuk mencapai spaghetti yang diletakkan di rak yang tinggi. Namun, dia agak rendah.

"No, jangan. Saya nak ambil sendiri." Daeul menghalang Myungsoo yang cuba untuk mengambilkan spaghetti tersebut. Dia tidak mahu bergantung kepada Myungsoo atas perkara yang kecil sebegini.

"Okay." tidak semena - mena ketinggiannya meningkat. Matanya terbeliak apabila diangkat oleh Myungsoo. "Yah! Turunkan cepat, malu orang tengok,"

"Capai cepat." Daeul pantas mencapai spaghetti itu. 

"Ppali kkaja!" Daeul memegang tangan Myungsoo dan beredar dari situ.

Pasangan baru. 

Pergi membeli belah sebegitu sahaja sudah boleh buat Daeul gembira. Myungsoo pandai buat dia rasa beruntung.

Dia rasa dia perempuan yang beruntung. Berkahwin dengan Kim Myungsoo sudah tentulah satu keuntungan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet