001

I Need You

'Tiada kene mengena dengan hidup dan mati. Nama, kisah cerita dan kehidupan dalm story ini sekadar rekaan semata-mata.'

Aku merenung awan biru, awan putih mengeliling matahari yang sedang menyinari.

Alangkah indahnya jika aku sendiri menjadi awan itu.

"Woi!" Tegur seseorang. Aku menoleh kebelakang. Senyuman dibibir aku ukir. Itu Rapmon.

Lelaki itu tersenyum sambil membuat jari peace di hadapan aku. Tangan kanannya memegang air. Pasti itu untuk aku.

"Woi Rapmon! Mana yang lain?" Soal aku. Mungkin mereka masih dikedai?

"Owh, diorang dah tunggu dekat kereta. Cepatlah, kalau kau lambat hyung mengamuk Suga hyung nanti! Palli-wa Jin hyung-ah!" Arah Rapmon. Dia menarik tangan aku. Kami berdua berlari terus ke kereta.

Terlihat mereka semua sudah berada di dalam kereta, Aish! Apasal tak panggil aku dari tadi? Eee, nasib Rapmon panggil.

Aku terus menaiki kereta, memandangkan kami semua berhasrat untuk pergi jauh. Aku tahu masing-masing menghadapi peristiwa hitam. Barangkali berlainan dengan aku.

Aku duduk diam, mata aku memandang keluar. Alangkah indahnya kalau aku hidup seperti manusia biasa.

Perlahan-lahan aku memandu kereta. Mereka semua, Rapmon duduk disebelah aku memandang diluar tingkap. Suga dibelakang sudah tertidur. Jungkook dan Jimin pula bermain telefon dan Taehyung yang bising itu tadi turut senyap.

-flashback-

"Kim Seokjin-ah!" Jerit seseorang. Aku menoleh, lantas aku berlari kearahnya.

Itu Park Sera, teman wanita yang aku cintai, aku memeluknya.

"Jin-ah... jomlah kita pergi tengok wayang! Saya ada tiket." Ujar Sera. Aku tersenyum, tangannya aku pegang.

Kami berdua terus menaiki kereta dan aku terus memandu ke Pavillion of Seoul.

Alangkah bahagia jika aku dah Sera tetap bersama.

-skip-

Selesai sahaja aku dan Sera menonton wayang. Aku mendapat satu panggilan dari Taehyung.

"Hyung..." dia menangis. Aku terkejut. Kenapa dengan Taehyung sebenarnya?

"Yah! Kim Taehyung-ah! Wae?" Soal aku! Kenapa dengan Taehyung sebenarnya? Aku menjadi risau.

Park Sera disebelah aku memandang dengan pelik. Dia juga sangat mengenali Kim Taehyung.

"Hyung, aku nak jumpa hyung. Tolong jumpa aku dekat tempat biasa hyung." Taehyung merayu, suaranya serak tidak seperti biasa, dia selalunya seorang yang ceria.

"Arra!" Aku mematikan panggilan.

Aku menjadi risau. "Sera, saya rasa saya kene jumpa Taehyung, saya harap awak faham." Aku berasa bersalah kepada Sera.

Namun, gadis itu tersenyum memandang aku. "Pergilah, saya balik sendiri. Saya rasa Taehyung mesti ada masalah tu."

Gadis itu sungguh memahami. Aku tersenyum pada waktu yang sama hati aku tetap risau pada Taehyung.

Pantas aku berlari ke kereta dan pandu ke tempat Taehyung yang sedang menunggu aku.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
babydyo
Just update chapter 3

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet