Pertama

Part Time Baby-Sitter
Please Subscribe to read the full chapter

Berlabuhnya tirai ujian akhir tahun bermakna berakhir sudah satu penyeksaan yang membelenggu diri. Kini mereka bebas seperti merpati putih yang bebas berterbangan. Bebas dari buku yang membelenggu selama ini.

Ahreum tidak tentu arah. Cuti kali ini bukan cuti yang dinantikan. Cuti kali ini bukan cuti impian. Tidak mungkin dia menghabiskan waktu cuti ini dengan begitu sahaja dan omma mencari rezeki seorang diri sedangkan dia membuang masa dengan percuma. 

Ahreum harus melakukan sesuatu yang boleh memanfaatkan cutinya. Dia harus mendapatkan pekerjaan. Tetapi kerja apa?

Apa-apa sahaja boleh asalkan ia boleh membuahkan pendapatan yang akan meringankan beban omma. 

'Part time job' di restoran makanan segera sahaja yang berpotensi untuknya.

***

"Ahreum!"

"Ya, omma!" Ahreum memeluk mesra Puan Sooyoung yang sedang duduk diatas sofa.

"Ambil ini." Puan Sooyoung menghulurkan sekeping kad perniagaan yang tertera nama seseorang.

"Kad siapa ni, omma?" tanya Ahreum dengan rasa ingim tahu.

"Ahreum nak cari kerja kan?" ringkas jawapan Puan Sooyoung. Barulah Ahreum faham. Dia tersenyum.

***

Pelangi terpapar indah dilangit. Renyai-renyai hujan bagaikan titisan mutiara jernih yang jatuh membasahi pipi bumi. 

Ahreum mencapai telefon miliknya lalu mencari nama seseorang. Butang telefon ditekan.

"Hello! Victoria, awak dekat mana?" Ahreum memulakan perbualan. Agak lama dia tidak menghubungi Victoria, sahabat baiknya.

"Dekat rumah la. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Victoria ingin tahu. Selalunya Ahreum menghubunginya apabila ada sesuatu yang dia perlukan atau ada sesuatu yang ingin dikongsi bukan gosip. hehe.

"La. Tak boleh ke telefon kawan?" kata Ahreum seakan merajuk. 

"Saya bukan kenal awak sehari dua. Malah dah bertahun. Kalau ada hal baru nak telefon. Heh.." 

"Wah! Hebatnya awak. Dapat meneka gerak hati saya. Tak perlu guna nujum mana pun. Haha." kata Ahreum melawak bodoh.

"Apa cerita?" tanya Victoria. Mesti ada sesuatu. Kalaulah dia mempunyai hidung seperti anjing, bolehlah dia menghidu sesuatu dari Ahreum, tetapi malangnya tidak.

"Saya hendak ajak awak keluar esok." balas Ahreum.

"Saya ada date dengan Heechul!" kata Victoria.

Heechul, teman istemewa Victoria. Penganggur dan melepak di sana sini. Walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarga, mereka tetap becinta. Tetap bermadu kasih. Kenapa Victoria tertarik dengan Heechul? Masih menjadi teka-teki semua orang.

"Cancel la date tu!" pujuk Ahreum berharap yang Victoria dapat menemaninya nanti.

"Okey la. Nanti saya cuba." kata Victoria.

Ahre

um kawan baik Victoria. Dia adalah segala-galanya bagi Victoria. Walaupun dia telah memiliki Heechul, si jantung hati, tetapi sahabat tetap menjadi keutamaannya. Mereka tel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nakamoto_Yusuki #1
palli update :)