thirteen

NOONA IS MINE!
Please Subscribe to read the full chapter

EXO menjalani aktiviti mereka seperti biasa. Mereka menghadiri satu majlis pelancaran sebuah jenama yang menjadikan mereka sebagai duta dan masa selebihnya di habiskan di bilik latihan.

 

"Chanyeol, focus !" Lay bukan seorang yang pemarah bahkan sukar sekali untuk mendengar Lay meninggikan suara tetapi kali ini Lay perlu lakukan sesuatu untuk menyedarkan seorang membernya yang sedari tadi tidak focus dalam menjalani latihan. Chanyeol berdiri tegak tetapi matanya memandang ke lantai, tidak berani untuk bertentang mata dengan hyungnya manakala member yang lain hanya memerhati daripada tepi, tidak mahu mencampuri hal mereka kerana jika  Lay memarahi Chanyeol ianya sudah tentunya bersebab. Chanyeol tau yang dia memang sepatutnya di marahi kerana sentiasa terlupa akan langkah tarian dan ini menyukarkan mereka untuk terus berlatih. Chanyeol juga ingin cepat menghabiskan latihan pada hari itu, tetapi fikirannya sentiasa melayang memikirkan kau yang berseorangan di dorm membuatkan dia kehilangan focus.

 

"Mianhae hyung~" Kata Chanyeol sambil tunduk berkali kali.

 

"Chanyeol, i dont know whats going in on in your mind right now…but i want to remind you that our comeback is just around the corner and…" Kata Lay lagi. 

 

"And you need to focus" Kata Kai memotong kata kata Lay.

 

"Thats right Jongin!" Kata Sehun memeluk bahu Kai.

 

"Jangan menyampuk kalau orang tua bercakap" Suho menarik telinga kedua maknae EXO itu.

 

"Maknae ! Pergi duduk kat bucu sana ! Syuh…syuh…" Kata Kris pula.

 

"Jinjja this Galaxy hyung! Bosan lah !! Pergi balik galaxy lah !" Kata Kai sambil ketawa bersama Sehun.

 

"Betul tu ! Orang muda macam kami ni nak have fun !!" Kata Sehun pula.

 

"I know right~" Balas Kai pula sambil smirk ke arah Kris.

 

"Kai, jom kita practice ! Sementara kita masih muda ni !" Kata Sehun menarik tangan Kai dan meneruskan latihan mereka yang tadinya terhenti. Karenah maknae itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan keadaan yang tegang sebentar tadi dan semua member EXO kembali mengambil posisi masing masing untuk meneruskan latihan mereka.

 

"Yeollie, kalau kau letih, kau boleh balik dulu, nanti hyung cover kau kalau manager tanya" Ujar Suho sepertinya memahami perasaan Chanyeol ketika itu.

 

"Macam mana hyung nak cover saya, hyungkan kecil dari saya ? !" Gurau Chanyeol berdiri di sebelah Suho sambil menjengketkan kakinya dan ianya membuatkan Suho kelihatan sangat kecil di sebelahnya.

 

"Yahh…this kid!" kata Suho menepuk punggung Chanyeol berkali kali.

 

"Guys sambung practice !!" Jerit Chanyeol yang sudah kembali bersemangat sambil menepuk nepuk tangannya.

 

Jam menunjukkan pukul 1:05 pagi, akhirnya manager EXO membenarkan mereka semua pulang ke dorm. Chanyeol dan Tao adalah orang yang paling gembira, mereka dengan pantasnya mengemas semua pekakas mereka dan berlari keluar menuju Van yang sedang menunggu di luar SM building.

 

Sampai sahaja di dorm, semua member EXO terus berlalu ke bilik masing masing kecuali Tao yang mahu ke bilik kau tapi dihalang oleh Suho dengan alasan ingin membiarkan kau berehat. Tao masih lagi berdegil tetapi akhirnya mengalah setelah Suho mahu membelikannya barangan Gucci kegemarannya dan berjanji akan menemaninya mandi selama seminggu.

 

Chanyeol tidak dapat melelapkan mata kerana risau akan keadaan kau jadi dia memutuskan memeriksa keadaan kau. Dia menjeling rakan karibnya 'Baekhyun' yang sudah lama di buai mimpi sebelum perlahan lahan melangkah keluar menuju ke bilik kau.

 

Chanyeol tidak pasti sama ada dia patut mengetuk pintu bilik kau atau pun tidak. Namun selepas lima minit berfikir, Chanyeol membuat keputusan untuk masuk sahaja ke dalam bilik kau tanpa mengetuknya, tidak mahu mengejut kau bangun kerana dia pasti yang kau tentunya sudah lama tidur lena. Chanyeol membuka pintu dan perlahan lahan berjalan kerana penglihatannya agak terbatas di sebabkan bilik kau yang gelap.

 

"Dah tidur kot" Kata Chanyeol dalam hati lalu membatalkan niatnya tetapi telinganya terdengar sesuatu, seakan suara orang yang sedang menangis. Chanyeol berjalan perlahan menghampiri katil tempat kau berehat dan dengan bantuan cahaya bulan yang masuk melalui tingkap, Chanyeol nampak satu susuk kecil duduk di bucu katil menghadap ke dinding sambil memeluk 'Baby', patung kepunyaan Tao. Chanyeol terus duduk di katil kau. 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aien_lahh
thank you for reading :)

Comments

You must be logged in to comment
sofiaa17 #1
Chapter 31: Terima kasih sebab update hair ni.^____________^
^_^
^_<
sofiaa17 #2
Chapter 27: Wahhhh.....sang at mengasyikkan.....please update soon....^__________________^ ^_^ ^_<
sofiaa17 #3
Chapter 24: OMG......kissing part......>_< terima kasih untuk update hari INI......^___________________________^ ^_< >_^ ^_~ ^_^
sofiaa17 #4
Chapter 23: Wahhh.....so sweet of Chanyeol >_<....Tak sabar untuk chapter seterusnya.....thanks for the update today......
^___________________________________________^
^_^ ^_< >_^ ^_~
sofiaa17 #5
Chapter 22: Terima kasih kerana update.....Looking forward to next chapter.....update chapter seterusnya secepat mungkin ya...^_______________^ ^_^ ^_~
Cute_panda12 #6
Chapter 22: Your Welcome