(II)

Trapped (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

"KAMU tak apa-apakah?"

 

Itulah ayat pertama yang aku dengar dari lelaki itu sebaik sahaja aku cuba bangun dari ribaannya. Memalukan! Bagaimana aku boleh terjatuh di atas badannya? Lebih memelikkan, mengapa aku tidak terjatuh di atas lelaki misteri tadi? Ah, lelaki misteri tadi...di mana dia?

 

"Saya okey...saya dekat mana sekarang?"soalku hairan. Aku sempat memerhatikan keadaan sekeliling. Suasananya lain macam. Aku dapati aku berada dalam satu ruang berdekorasi Inggeris. Manusia-manusia yang berada di situ pula semuanya berpakaian zaman Victoria, dengan gaun kembang dan beropol. Teringat pula aku kepada cerita Cinderella bila melihat gaun-gaun kembang ini.

 

Eh, sekejap! Cinderella? Jangan cakap aku sekarang berada dalam cerita Cinderella...?

 

"Berani kau menggunakan kata panggilan sebegitu terhadap tuanku?"tiba-tiba seorang lelaki lain menyampuk sambil merenung aku dengan ekspresi wajah yang sangat marah. Aku terpinga-pinga.

 

"Tuanku...? Siapa tuanku?"aku menyoal kembali sambil menggaru kepalaku. Hairan bercampur keliru.

 

"Tuan hamba tidak tahukah siapa beliau? Beliau adalah putera kerajaan Banglasia, Putera Myungsoo."

 

Aku menelan air liurku sendiri. Aku mengalihkan pandangan kepada lelaki yang sedang berdiri megah di hadapanku. Patutlah pakaiannya nampak mahal dan grand semacam. Kacak juga. Memang sesuai dengan gelaran putera raja yang dipegangnya.

 

Putera Myungsoo memandang aku agak lama sehinggalah dia tiba-tiba membisikkan sesuatu di telinga orang di sebelahnya. Aku pula sibuk mencari kelibat lelaki misteri tadi. Ku pandang kiri dan kanan sehinggalah aku ternampak kelibat lelaki itu yang sedang terbaring dengan kaki terkangkang tidak jauh dari tempat aku berdiri. Nampak macam pengsan. Aku sudah tergelak. Kelakar betul gayanya. Cepat-cepat aku mendekatinya tetapi Putera Myungsoo pula tiba-tiba mencapai tanganku.

 

"Ke mana kamu mahu pergi? Urusan kamu dengan beta belum selesai lagi!"

 

"Urusan apa pula?"Aku sudah mengerutkan dahi.

 

"Urusannya...kamu cuma perlu cuba sarungkan kasut ini ke kaki kamu."

 

Aku memandang sebelah kasut yang berada di tangan Putera Myungsoo. Kasut itu merupakan kasut kaca dan kasut kaca bererti...sekejap! Ah, tepat sangkaan aku. Aku kini berada dalam cerita Cinderella.

 

"Eh tuanku tak perlulah bersusah-payah pakaikan kasut kaca ni ke kaki saya!"larangku apabila putera itu melutut di depanku dan cuba menyarungkan kasut itu ke kaki kananku. Cuak? Memang aku cuak. Jika kasut kaca itu muat dengan kakiku, aku pula yang akan menjadi Cinderella! Oh gosh, aku tak rela jadi perosak cerita cinta orang lain!

 

Putera Myungsoo memandang aku dengan kerutan di dahi apabila aku beberapa kali mengelak untuk memakai kasut kaca itu. Aku lihat tiga orang wanita berbisik sesama mereka sambil tersenyum sinis. Melihatkan penampilan mereka, pasti itu emak serta kakak tiri Cinderella. Tapi pelik, ke mana pula Cinderella yang sebenar ketika ini?

 

"Kenapa kamu cuba mengelak? Beta belum pernah jumpa rakyat yang tak patuh dengan perintahbeta!"tiba-tiba Putera Myungsoo menyinga. Pelik, setahu aku watak Prince Charming dalam cerita Cinderella itu lemah lembut orangnya. Tapi mengapa Putera Myungsoo ini macam tak stabil je orangnya? Sekejap lembut, sekejap garang. Tak faham aku!

 

Bongkaknya ayat.

 

"Bukan niat saya nak buat tuanku murka tapi saya bukan pemilik kasut ini, tuanku. Pemiliknya adalah Cinderella."

 

"Aik, kau kenal Cinderella? Setahu aku dia tiada kawan."sampuk salah seorang kakak tiri Cinderella.

 

"Tak kisahlah saya kenal dia atau tak, yang penting kasut ini bukan milik saya. Dan excuse me, di mana Cinderella? Dia sepatutnya berada di sini ketika ini."

 

"Cinderella pergi jual pisang goreng dekat hujung simpang tu haa, katanya nak kumpul duit untuk beli kuda padi."selamba saja wanita yang aku sangka emak tirinya itu menyampuk.

 

Cinderella jual pisang goreng? Biar betul?

 

"Tuanku, kaki perempuan ini muat dengan kasut yang tuanku pegang tu!"

 

Ah, sudah...

 

 

"KEGILAAN apa yang sedang berlaku ni encik?"Aku menyoal lelaki misteri tadi sementara Putera Myungsoo sibuk berbincang dengan orang bawahannya di biliknya. Lelaki misteri tadi sekadar ketawa, menampakkan baris giginya yang tersusun rapi. Eh dia ni, aku tengah cuak tahap dewa dia boleh gelak macam syaitan pulak!

 

Disebabkan Putera Myungsoo degil mahu aku pakai kasut kaca itu, pembantunya memakaikan kasut itu ke kakiku semasa aku terleka dengan kata-kata emak tiri Cinderella. Alah, yang pasal Cinderella jual pisang goreng tu. Serius kelakar, Tapi yang tak kelakarnya disebabkan perbuatan pembantu putera itu aku secara tidak langsungnya menjadi 'Cinderella' dan Putera Myungsoo ajak aku kahwin. Aku membantah sebab aku tahu cinta hati dia yang sebenarnya adalah Cinderella, bukan aku. Tapi dia degil bercampur pekak agaknya. Jadi sekarang dia sibuk merancang majlis perkahwinan kami.

 

"Anggaplah saja kau tu Alice yang termasuk dalam lubang yang sebenarnya merupakan pintu masuk ke dunia lain."

 

"Tapi apa yang aku sedang alami ini adalah cerita Cinderella. Kau tahu kan cerita tu macam mana? Cinderella and her Prince Charming get married and live happily ever after."

 

"So anggap sajalah kau bertuah sebab dapat jadi Cinderella dan kahwin dengan putera raja. Kacak apa Putera Myungsoo tu?"

 

"Kau gila? Tak mungkin aku berkahwin dengan dia! Orang yang dia cinta tu Cinderella, bukan aku. Aku nak balik!"

 

Lelaki misteri itu cuma tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia mendekati aku,bermain-main dengan rambutku lalu membisikkan sesuatu pada telingaku.

 

"Kalau kau mampu betulkan salah faham ini dalam masa dua jam, aku akan hantar kau pulang ke dunia sebenar."

 

Pantas aku menepis tangannya dari rambutku. "Dua jam? Mana mungkin aku mampu buat semua tu dalam masa dua jam! Lagipun...siapa kau yang sebenarnya? Bagaimana aku boleh mengalami semua perkara aneh ini?"

 

"Aku...Oh Sehun dan aku adalah seorang magician."

 

Aku ternganga.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 3: update soon...hahaha kelakar gila,,ade jual goreng pisang lak
inaequanimous
#2
bila nk update
chunki
#3
Chapter 2: MOMO jdi cinderella xD
chunki
#4
Chapter 1: cia cia ciaaa xD