Sarang... Hei-You!

Description

ADELIA adalah seorang gadis kaya yang berasal dari Malaysia. Dia berhasrat hendak pergi ke Korea Selatan untuk melawat kawan rapatnya semasa di sekolah menengah dahulu, MIN AH. Apabila sampai di sana, dia telah terjerat ke dalam satu lembah cinta yang dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin melepaskan diri. TAEHYUNG (V) seolah-olah sengaja memerangkapnya dan mengungutnya untuk terus bersamanya, walaupun hanya dengan sekadar lakonan. Adakah Taehyung telah jatuh cinta terhadap Adelia? Macam mana pula dengan penerimaan agensi, rakan-rakannya dan ARMY? Adelia juga akan jatuh cinta pada Taehyung akhirya? Nantikan kisah seorang gadis kaya yang naif dan tidak tahu apa-apa tentang dunia K-pop bersama dengan salah seorang ahli BTS yang merupakan kumpulan yang sedang berada di atas.

Foreword

Seorang gadis memandang penuh minat kearah benda yang ada di hadapannya. Dia kemudiannya pantas menutup pintu dan terus merebahkan badannya keatas benda itu. “Oh katil! Aku lega dapat jumpa kau kat sini! Uhhh, empuk gila!” Gadis itu menjerit seolah-olah dia pernah menjadi penghuni di Tanjung Rambutan suatu ketika dahulu.

Dia pantas mencapai telefon iPhone 6-nya. Lalu  yang dia mendail nombor telefon seseorang. Tidak lama selepas itu panggilan itu disambut oleh satu suara yang agak keanak-anakan. “Anneong-haseyo, dugu-eyo?(Hello, siapa tu?)

Yah! Macam mana kau boleh lupa aku? Beb, kau tak save nombor aku ke?” gadis itu mencebik.

Kedengaran suara di hujung talian menjerit kemudian terdiam apabila menyedari si pemanggil hanya mendengus. “Err, oh... sorry laa... aku punya sim kad ada masalah siket... Haa, apahal kau telefon aku ni?” Gadis yang bersuara manja itu bertanya. “Cis, macam nak halau je? Hello cik Min Ah... aku dah ada kat Korea ni!” Gadis itu menaikkan lagi oktaf suaranya. Macamlah si Min Ah tu minat opera!

“Oh may god! Shinca? (Betul ke?) Kau kat mane sekarang ni Adel?” Min Ah menjerit keriangan. Adelia mengerutkan dahinya. “Err, perlahan siket suara kau tuh. Aku kat hotel Legency ni. Seoul.” Adelia menjauhkan sedikit telefon dari telinganya. Kalau Adelia korek, Min Ah itik. Perangai masing-masing macam budak!

“Okay, I’m on my way! Tapi lambat sikitlah...Ops! Bukan sikit! Aku kene melawat mak cik aku kat Pohang. Sorry dear. Maybe esok baru aku boleh jumpa kau. Tu laa, datang sini tak reti nak bagitau aku dulu.” Adelia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ergh... “Beb, sorry...” Ujar Adelia dengan rasa bersalah.

Suara di sebelah sana diam, lama. Tiba-tiba Min Ah ketawa. Adelia mengerutkan dahinya. Aik, tengok Running Man ape? Min Ah bersuara selepas itu. “Aduu, sakit perut aku. Annoying je kau ni bila kau buat bersalah!” Min Ah yang berada di hujung talian masih lagi ketawa berdekah-dekah.

Yah! Kau ni kan! Malas ah nak layan!”

Omo! Yah, ahjumha-sshi! Merajuk ka?” Min Ah yang sememangnya pandai berbahasa melayu mengusik. “Mane ade. Kay laa... Tata.. aku nak dating!” Adelia bersuara, lesu. Sambil itu dia menggapai teddy-nya yang ada di meja berdekatan kemudian dia berbaring. “Oh my god! Baru sampai kot. Dah ada bae dia sendiri. Untung-untung....” Min Ah seakan-akan percaya akan apa yang diperkatakan oleh Adelia.

Adelia menekup mukanya, tidak percaya. Teehee, bendul gak kawan aku ni.

Tiba-tiba Adelia bersuara,“Dengan katil! Tido dulu!!!” Adelia terus menutup telefonnya. Dia sempat mendengar Min Ah mencarut sedikit dalam bahasa Korea. Haih, carut laa... macam aku paham....

Adelia terus terlena.

Ding Dong! Ding Dong!

Adelia menggosok-gosok matanya berulang-ulang kali. Haih, sape laa lahabau yang kacau aku nak buat taik mata ni?  Dia melihat jam di tangannya. Mak aii, pukul dua pagi! Takkanlah Min Ah datang lak pagi-pagi buta  ni? Kata nak datang esok. Dia ada call tak? Sayang sangat ke dia ngan aku? Adelia check contact list-nya yang call tadi.

Eih, tak da pun? Dia check pula WhatApp-nya. Hanya ada mesej dari Mel sahaja, kawannya yang berada di Malaysia yang menghantar gambar aiskrim Malaysia strawberri. Sambil itu dia berjalan kearah pintu. Dia tidak perasan yang dia lupa sesuatu. Ya, dia cuai di situ. Dia membuka pintu. Dan...

Dush!

“Makkkkkkk!!!” Adelia menjerit sekuat hati. Lelaki asing itu menerpa masuk lalu menarik tangan Adelia dengan kuat. Adelia meronta-ronta dengan kuat sambil memukul-mukul lengan lelaki asing itu dengan sepenuh kudratnya. Dah nama pun perempuan, tambah kurus meleding, tambah lagi kecik nak mati, memang wajiblah kalah!

Lelaki asing itu menolak tubuh Adelia dengan kuat ke arah dinding. Tiba-tiba lelaki itu rebah.Adelia memandang lelaki itu dengan perasaan yang bercampur baur. Takut, gembira, lega, terharu... Aik? Err, apa-apa pun, Adelia mencucuk-cucuk kepala lelaki itu dengan jari telunjuknya. Bau arak menusuk ke dalam hidung. Eww, busuk gila doehh!

Dia berkira-kira untuk memberitahu mana-mana pekerja hotel tentang perkara itu. Dia terus bangun dan tiba-tiba lelaki itu memegang pergelangan tangannya. Oi laki! Kalau dah pengsan tu pengsan je laa!. Lelaki itu membuka matanya lalu memandang tepat ke dalam anak mata Adelia. Adelia kembali takut. Aduu... Belum sempat dia membuka mulut. Lelaki itu menutup matanya semula. Genggaman lelaki itu kemas pada pergelangan tangan Adelia.

Ann... anneong... haseyo...”

Adelia membulatkan matanya. Aik, mengingau ape? Sah gila! Lelaki itu kembali pengsan. Adelia membuat muka derp. Bapak ah! Dia pikir ni cerita ape? ‘Si pengsan dan Si Pendatang Asing’? Rajin pulak aku nak ikut berlakon sekali. Adelia cuba menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. Hish, dia ni pengsan ke tak? Karang aku wachaa dia ni kang tak pasal-pasal jadi kes penderaan.

Entah kenapa Adelia mengambil keputusan untuk duduk sekali di tepi lelaki itu. “Hmm, nak wat pa lak ni... Hah!” Adelia mendapat satu idea nakal. Dia mengambil gambar selfie bersama pendatang haram itu.

Kcakk!

“Yes! Now aku nak kongsi kat moment aku! Hmm, tadaa! With my bae! Cute pulak dia buat-buat tido kan? Haha... Hashtag imnotsingle... pastu hashtag koreankpop. Publish!” Adelia galak ketawa sendiri. Mak aii, sah lagikan wajiblah dikatakan si Adelia ni baru lari dari Tanjung Rambutan. Tak pun noob orang-orang gila yang tak perasan yang diorang dah gila ke tak.

Baru dia hendak melelapkan mata, notification-nya berbunyi. Mesti ada orang komen moment-nya. Dia tersenyum sendiri lalu mengecheck komen yang ada di momentnya sebentar tadi.

Cik Bubi: Oh my gosh! V oppa!

Kpopperz: V oppa! OMG! HE’S TAKEN?! Troublemaker BTS!?

Cik Bubi: Aniya! Aniya! Aniyo! Yah! Ahjumha-sshi! Lepaskan V kiteorang laa!

Adelia mengerutkan keningnya. Aik, V? Miss. V ka? Ape ke pelik sangat name orang korea ni? Lagi satu... Ahjumha-sshi? Oit, melampau. Kalau Min Ah nak panggil aku makcik takpe gak! Ni orang yang tak dikenali! BTS? Binti Tak Sakit? Err...

Untuk pengetahuan semua kpopperz yang tepuk dahi bila dapat tau yang cik Adelia kita ni tak kenal sapa tu V, Adelia ni sebenarnya tak kisah sangat pasal Korea. Dia kawan ngan Min Ah pun sebab Min Ah tu kawan sekuliah dia. Bila Min Ah cerita pasal K-pop, dia buat donno je. Kpopperz sekalian. Tepuklah dahi anda sampai lebam pun tak pe. Sungguh mendukacitakan... kan?

Berbalik kepada Adelia, nampaknya dia masih terfikir-fikir siapakah V? Dia memandang sedikit muka lelaki yang bernama V itu. Mak... budak sekolah mana lak ni?! Kat korea ni budak sekolah boleh minum arak yea?

Lagi sekali Kpopperz sekalian. Tepuklah dahi anda. Haih... Kesian budak ni. Orang asli sungguh! Hello Adelia! V tu dah besar laa! Bukan budak sekolah and sepatutnya kau ternganga bila tengok muka dia yang cute tak terampun tu, bukannya buat donno je! Alaa!

Ehem... ehem. Tolak tu ketepi.

Pegangan lelaki yang bernama V itu semakin ketat. “Uh! Tak guna! Sakit tangan aku!” Adelia merungut. Tiba-tiba dia mendapat satu akal. Dia sendiri kan Islam! Kenapa? Apa kaitan? Dia menarik perlahan-lahan handsocks di tangan yang digengam oleh Mr. V itu. Yay! Lepas! Freedom!

Dia pantas berlari kearah pintu masuk. Fuh, nasib baik tak tangkap balik! Yeah! Yahoo! Yarruup! Okay Adelia. Chill... Sekarang kau kene maklumkan kat pihak hotel je. Pastu lelaki tu.... Erk!

Adelia terkejut. Lelaki itu memegang bahunya. Mak datin! Bila masa dia bangun? Dia menggelengkan kepala. Dia tersenyum. “Kansa-hammida...” Dia melepaskan genggamannya di bahu Adelia lalu berlalu pergi. Yang pastinya Adelia langsung tidak memahami apa yang diperkatakan lelaki itu. Kanser Midah? Err... Ah! Lantaklah!

Dia kembali semula ke dalam bilik. Fuh, nasib baiklah dia tak bukak tudung tadi. Aurat! Walaupun begitu, Adelia ni memang jenis yang cuai, innocent dan paling penting langsung tak matang! Dia kembali melelapkan matanya semula.

Dia kembali semula ke dalam bilik. Fuh, nasib baiklah dia tak bukak tudung tadi. Aurat! Walaupun begitu, Adelia ni memang jenis yang cuai, innocent dan paling penting langsung tak matang! Dia melihat notification iPhone-nya. "Eyy, minah ni... Aku belasah jugak kang! Tak pe lah!" Dia bermonolg sendiri. Dia kembali melelapkan matanya semula.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet