Indahnya kesudahan ini...

Cinta xkira 'klass'

Allissa Aniqah masih tidak dapat melelapkan matanya walaupun jam telahpun menunjukan pukul dua pagi. Dia bangun dan memandang ke luar. Bulan yang bulat cerah menyerlahkan malam yang sunyi. Dia begitu mengharapkan agar bulan tersebut boleh menghilangkan kegelapan yang tersembunyi di dalam hatinya.

Esok dua puluh lapan hari bulan dua belas adalah hari jadinya yang ke-17. Kedua-dua ibu bapa Allissa telah berjanji kepadanya suatu ketika dahulu, mereka akan meraikan hari jadi tersebut pada skala yang besar. Dan mereka telahpun sedang menguruskan segala persediaan sejak dua bulan yang lepas.

“Betul ke dia akan datang, mama?” Allissa bertanya ketika menolong menghias ruang tamu yang bertemakan sweet romantik. Puan Shafini memandang ke arah anak kesayangnya dan senyum. Dia meletakan barang hiasan dan membawa Allissa ke taman di sebelah rumah. Kelihatan kesemua bergesa-gesa mengemas dan menyusun.

Puan Shafini memilih buaian dan mengajak Allissa untuk duduk di sebelahnya. Allissa tidak protes dan akur sahaja kehendak mamanya. “Sayang, kami kena ingat bahawa segala hanya boleh dirancang. Keputusan terakhir adalah ditentukan oleh-Nya.” Allissa mengangguk menanda dia faham.

“Allissa, percaya kepada mama. Sekiranya Bobby adalah jodoh Allissa, dia tetap akan milik Allissa. Cinta tidak seharusnya berdasarkan kedudukan, kekayaan ataupun kecantikan. Ia sepatutnya berdasarkan sifat seseorang. Sekiranya seseorang itu memiliki segala tetapi mempunyai sifat yang teruk, dia tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa tetapi kesengsaraan kepada yang menyayanginya.” Puan Shafini jelas dengan teliti. Dia sebagai seorang ibu dan juga seorang perempuan, dia amat memahami perasaan anaknya. Alangkah untungnya sekiranya lelaki yang kami terserah hati membalas cinta kami! Bukan ke itu kehendak kaum hawa di dunia ini?

Selama ini Allissa reda dan pasrah dengan ketentuan Allah. Dia percaya sangat dengan ketentuan-Nya. Dan selama ini dia berasa syukur dengan segala yang dimilikinya. Dan Allissa juga percaya kehadiran Bobby di dalam kehidupannya juga adalah sebahagian daripada perancangan-Nya. Sehingga saat ini, Allissa masih ingat dengan jelas sekali perjumpaan pertama mereka di bilik pancaragam.

“Allissa jangan lupe memberi sokongan kepada abang petang ini!” Hanif, sepupu kepada Allissa menyeru. Allissa senyum dan mengangguk. Allissa melambai sebelum kejar memasuki kedai KFC, di mana dia bekerja separuh masa sementara menunggu keputusan SPMnya. Mereka adalah sebaya dan menduduki kawasan perumahan yang sama. Ibu bapa kedua-dua pihak pernah cuba menjodohkan mereka tetapi gagal. Hati Hanif telahpun dicuri oleh seorang gadis yang bernama, Qaisarah Mastura, ketua kumpulan Cheerleading sekolah mereka.

Allissa menolak dengan alasan dia masih muda dan ingin menumpukan fokusnya terhadap perlajaran. Perihal jodoh akan dipertimbangankan selepas SPM dan itupun sekiranya ada jejaka yang berjaya menawan hatinya. Dan rasanya Allissa tidak pernah menjangkakan jejaka tersebut akan muncul sebaik sahaja dia habis SPM!

Ketika Allissa memasuki bilik pancaragam, matanya tertumpu ke arah seorang lelaki yang kursyuk memain dram. Pergerakan dan gaya tangannya memainkan peralatan itu menarik perhatian Allissa. Allissa juga dapat merasakan aura yang ada di sekeliling lelaki itu. Dan untuk tiga minit, Allissa terpacak di depan pintu masuk dan menghayut di alunan drum tersebut. Apakah itu cinta pada pandangan pertama?

“Akhirnya, sampai juga adikku ini!” melompat Allissa mendengar Hanif memanggilnya dari belakang. Dia menoleh dan menjeling ke arah sepupunya. Serba sedikit, Allissa berasa malu dengan pandangan semua yang di situ ke arah dirinya. Dengan kepala yang menunduk bawah, Allissa melari ke sisi sepupunya.

“Adui, sakit!” sengaja Hanif menjerit dengan suara yang kuat untuk menarik perhatian kawan sekumpulannya. Allissa yang mencubitnya cepat melepaskan tangan dan menoleh ke arah yang lain, menunjukan muka sepuluh sen. Dan saat itulah hati Allissa berhenti berdengup dan nafasnya ditahan. Matanya betul-betul bertentangan tepat dengan mamat yang main drum itu! Alamak, saya dapat merasakan muka saya ini panas memerah! Allissa menjerit di dalam hatinya. Dengan cepat dia mengalihkan matanya ke arah yang lain.

Hanif yang duduk di tepi gelak terbahak-bahak melihat sepupunya yang blushing. Inilah pertama kali dia perasan Allissa berkelakuan sebegini.

Allissa yang sekali lagi merasakan dirinya jadi tumpuan orang berdiri dan bersedia untuk meninggalkan bilik itu, tetapi ditahan oleh Hanif. “Allissa, jangan balik dulu. Kamu masih  belum tengok persembahan kami. Bukan ke tujuan Allissa datang hari ini adalah melihat persembahan abang?” Allissa memandang tepat ke mata sepupunya dan dia terjumpa kesedihan. Akhirnya, Allissa terpaksa mengalah.

Walaupun pada mulanya, Allissa adalah datang memberi sokongan kepada Hanif, tetapi pada realitinya, dia tidak dapat mengalihkan perhatiannya daripada jejaka yang gigig memain drum itu. Walaupun dirinya sendiri mengerti memainkan peralatan itu, tetapi Allissa lebih selesa melihat orang lain memain daripada dirinya memain. Pada pandangan Allissa, lelaki yang pandai main drum adalah lelaki yang paling hansem di dunia!

“Allissa suka kepada Bobby ke?” Hanif bertanya di perjalanan menghantar Allissa balik selepas makan malam di IOI City Mall.

Allissa yang terkejut mendengar persoalan Hanif, menafikan dengan sedaya upaya. “Mana ada. Abang ini kan suka je mengusik Allissa. Mana mungkin Allissa suka kat Bobby? Anyway, Bobby tu siapa ye abang? Yang mana satu ye? Lagi satu, Allissa kan sudah bagitau abang hari itu, Allissa masih belum bersedia untuk bercouple.” Meskipun hatinya betul-betul dicuri oleh Bobby, Allissa tetap tidak mahu Hanif mengetahuinya. Dia tidak mahu nanti semua pak cik dan mak ciknya berkumpul dan menanyakan di bagai seorang pesalah. Mulut Hanif ini memang tidak boleh diharapkan.

“Allissa jangan cuba menipu abang. Abang nampak dengan mata sendiri muka Allissa menjadi merah ketika memandang ke arah Bobby. Dan dari bilik pancaragam sehingga ke McD di IOI, mata Allissa hanya tertumpu kepada dia seorang je.”

“Abang, Bobby itu bukan taste Allissa. Calon Allissa mesti mempunyai ciri-ciri macam abah. Kalau kurang satu, Allissa tidak akan terima.” Abah pulak yang menjadi mangsa. Abah, tolong maafkan Allissa yang menggunakan abah sebagai alasan yang tidak masuk akal ini. Nasib baik hari itu terbaca artikel dan kajian yang menyatakan kebanyakan gadis berhasrat mendapat seorang teman yang memiliki ciri-ciri ayahnya. Kalau tidak, entah macam mana Allissa nak memikirkan alasan yang kukuh untuk menipu Hanif.

“Allissa?” suara Puan Shafini mengejutkan Allissa dari memori. Allissa memandang ke mamanya dan senyum. “Ye, mama?”

“Allissa ada dengar tak apa yang mama cakap ini? Dah habis air liur mama baru Allissa bagi tumpuan kepada mama. Jahat betul anak mama ni.” Puan Shafini seakan merajuk dengan sikap acuh tak acuh anaknya.

“Eh, sori mama. Janganla mama merajuk nanti tak cantik sebab keluar kedut kat sana sini. Jangan nanti mama pulak marah abah cari awek muda yang lain!” Allissa cuba memujuk mamanya. Dia tahu cara ini paling berkesan untuk melembutkan hati mamanya. Walaupun mamanya telah mencecah umur 40, namun bukan ramai yang mampu meneka dengan tepat umur mamanya. Kebanyakkan mereka akan berfikiran bahawa mamanya masih dalam 30-an. Dan Allissa meneka mungkin itu antara faktor yang menyebabkan abahnya masih tergila-gila dengan mamanya.

Puan Shafini mencubit hidung Allissa dan berkata, “Tak baik kata abah Allissa camtu. Mama yakin dengan abah Allissa. Mama tahu dia alan setia kepada mama sehingga jannah.” Allissa tersenyum mendengar kenyataan mamanya yang penuh dengan kepercayaan terhadap abahnya.

“Allissa, jangan sesekali memaksa atau mencari di mana jodoh Allissa. Allissa hanya perlu bersabar dan menunggu. Dia akan muncul sendiri kepada Allissa.  Percaya kepada mama, sebab mama pernah mengalami segalanya. Kesemua hubungan cinta bersama jejaka yang mama pilih sendiri tidak pernah sekali berakhir dengan baik. Sampai suatu ketika mama berasa mual terhadap lelaki. Mungkin itu adalah sebahagian daripada ujian Allah, ketika mama masih mengubati hati yang luka, abah Allissa datang tanpa diundang. Sejujurnya, mama tidak cintakan abah Allissa ketika kami berkahwin, hanya dengan perasaan suka saja. Tetapi semakin lama mama menghadap, mama semakin tertarik dengan abah Allissa. Dan selama ini, abah Allissa masih sayangkan mama seperti dulu. Tidak pernah mama rasa kehangatan cinta abah berkurangan.” Allissa memandang dengan rasa kagum dengan keagungan cinta kedua-dua ibu bapanya. Akan tetapi, adakah Bobby jodoh yang dimaksudkan oleh mama? Allissa tertanya-tanya.

~                               ~                               ~

Halaman rumah Allissa menjadi riuh-rendah dengan jeritan anak buah saudaranya yang berkejar sana sini. Jam telapun menunjuk pukul tujuh malam. Di bawah khemah yang berhias dengan cantik bertemakan cream, jemputan tetamu sedang berbual bertanya khabar antara satu sama lain. Jiran yang duduk berdekatan turut datang memeriahkan suasana.

Allissa masih berada di dalam biliknya. Najla Zalikha, kakak Hanif masih tolong memakai make-up dan mendandan rambutnya. Busana yang berwarna biru muda yang ditempah khas oleh abahnya bergantung di tepi meja solek. Hati Allissa berdebar bagai angin yang kencang. Dia sangat mengharapkan kehadiran Bobby malam ini. Ketika Allissa mengundang kesemua kawan kumpulan Hanif ke majlis hari jadinya, Bobby langsung tidak menoleh ke arahnya ataupun memberi reaksi kepadanya. Meskipun begitu, dia masih menaruh sedikit harapan agar impian akan menjadi kenyataan.

Luluih hati Allissa membaca mesej Whatsapp yang dihantar oleh kawan-kawan sekelasnya. Kesemuanya sekadar mengucapkan selamat hari jadi dan memberi alasan masing-masing sibuk dengan kerja yang menyebabkan mereka tidak dapat datang. Jauh di sudut hati Allissa, dia faham adan tahu sebabnya – miskin.

Selama ini Allissa tidak mendedahkan dia adalah anak kepada Khaidir Muad, taikun di bidang hartanah. Allissa dididik sejak kecil agar tidak berbuat demikian, bukan sekadar untuk keselamatannya akan tetapi mengamalkan sikap rendah diri. Abah sentiasa menekan dan mengingatkannya bahawa kekayaan di dunia hanya seketika sahaja, kesemua akan hilang dalam sekelip mata sekiranya Allah memutus untuk menarik balik kurniaan-Nya pada bila-bila masa.

Oleh itu, Allissa tidak berasa terkejut ketika tidak ada seorang pun kawan sekelasnya hadir. Tetapi perasaan terkilan dengan sikap kawannya tetap ada. Allissa tidak menipu ketika dia memberitahu mereka dia duduk di Kampung Limau Manis, Kajang. Dia tidak mempunyai rumah yang cantik, hanya rumah kampung sahaja di mana atuk dan opah turut duduk bersama. Akan tetapi, inilah realiti di mana kekayaan itu diberi keutamaan mendahului hubungan persahabatan.

“Wah, cantiknya anak mama!” memuji Puan Shafini melihat anaknya yang transform setelah make-over oleh sepupunya. Dia sangat berpuas hati dengan penampilan baru Allissa. Memang mewarisi kecantikan saya, Puan Shafini berfikir.

Dengan langkah yang perlahan dan dipimpin oleh abahnya, Allissa turun menemui para tetamu yang hadir meraikan hari jadinya. Dan dia menghadiahkan setiap seorang sekeping kad ucapan terima kasih yang dibuat sendiri. Sebaik sahaja Allissa menduduk di meja VIP, persembahan yang disediakan khas oleh saudaranya bermula. Yang paling menyentuh hati Allissa adalah ketika abahnya menyanyikan lagu EXO ‘Overdose’. Betapa agungnya cinta seorang abah terhadap anaknya sehingga menghafal lagu kesukaan anaknya. Bukan sekadar lagu malah tarian lagu tersebut. Cuba bayangkan seorang ayah yang berusia 50 menarikan lagu EXO ‘Overdose’ dengan begitu lancar and bersemangat. Hati siapa yang tidak akan tersentuh?

Tanpa menunggu lagu itu berakhir, Allisssa melari dan memeluk abahnya. Tepukan gemuruh diberi ketika melihat mereka berpelukan. “Abah sayangkan Allissa” Encik Khaidir Muad membisk di telinga anaknya. Allissa mengeratkan lagi pelukannya. Pada saat ini, dia memang berasa syukur sangat –sangat dengan Allah yang mengurniakan seorang abah yang begitu menyayangi.

Lauk dihidangkan satu persatu selepas persembahan abahnya. Kesemuanya lauk kegemarannya, “Malam ini Allisssa akan bertambah kg makan kesemua lauk yang dipesan oleh mama.” Puan Shafini berkata ketika memberi semangkuk sup tulang kepadanya. Persembahan masih diteruskan sepanjang sesi makan. Allissa tergelak seorang-seorang ketika melihat Hanif membawa watak kelima-lima anggota BigBang ketika menyanyikan lagu ‘Fantastic Baby’. Hebat betul abang, mampu menyamar suara mereka, Allissa berkata di hati.

Majlis hari jadinya berakhir selepas memotong kek yang bertingkat lima. Ketika menolong mengemas baru Allissa perasan Bobby tidak datang. Kesemua rakan kumpulan pancaragam Hanif ada hanya dia seorang saja yang tidak kelihatan. Allissa mengeluh kecil. Takpe, mungkin dia mempunyai hal yang lebih penting, dia cuba memujuk hati.

“Allissa, looks like you have a guest.” Puan Shafini memanggil ketika Allissa bersedia membersihkan dirinya untuk rehat. Dengan langkah yang tidak bermaya, dia menuju ke arah pintu. Mata yang mengantuk tertiba membuka dengan bulat melihat tetamu yang dimaksudkan oleh mamanya.

“Bobby?” Allissa menjerit dengan kegembiraan.

“Selamat hari jadi, Allissa. Maafkan kerana saya datang ketika majlis pun dah habis.” Bobby memohon maaf dengan ikhlas. Allissa mengeleng-geleng kepalanya. Mana mungkin dia akan memarahi Bobby kerana kelambatannya? Kesudiannya datang pun dah memadai dan cukup membuatkan hatinya berbunga.

“Terima kasih, Bobby, kerana sudi datang.”

Bobby menghulurkan sebungkus hadiah kepada Allissa. “Saya berharap kamu akan menyukai hadiah saya. Saya mendapat tahu bahawa kamu sangat suka kumpulan BigBang daripada sepupu kamu. Oleh itu, saya telah memesan satu poster dan album yang telah ditandatangan oleh mereka dari Korea. Nasib baik ia sampai tepat pada hari ini.”

Air mata Allissa mula mengalir setelah melihat album terbaru BigBang ‘M.A.D.E’ yang penuh dengan tandatangan kesemua ahli kumpulan itu.

“Allissa, ada satu perkara lagi saya ingin memberitahu kamu.” Allissa memandang ke Bobby selepas mengesat air mata yang membasahkan kedua-dua belah pipinya.

“Allissa, sudi ke kamu menjadi girlfriend saya? Saya telah jatuh hati kepada kamu pada saat kamu melangkah masuk ke bilik pancaragam hari itu. Ketika kamu menjemput saya ke majlis hari jadi ini, saya ingin melompat kegembiraan tetapi saya menyembunyikan perasaan saya kerana tidak pasti sama ada kamu menaruh perasaan yang sama terhadap saya. Walaupun kamu memberitahu saya kamu duduk di rumah kampung, saya tidak sedikit pun rasa kamu tidak sepadan dengan saya. Ini adalah kerana pada pandangan saya, cinta adalah antara dua hati, dua insan dan bukannya berdasarkan kekayaan dan kedudukan. Dan saya sangat berharap kamu akan menerima saya ke dalam kehidupan kamu dan memberi peluang kepada saya untuk membahagiakan kamu.” Terbiak mata Allissa mendengar luahan hati Bobby. Apakah selama ini mereka saling menyukai dan menyimpan perasaan itu di hati?

Melihat Allissa mendiamkan diri setelah mendengar persoalannya, Bobby berasa serba salah sama ada dia telah bertindak pada masa yang tepat. Apakah selama ini dia seorang saja yang menepuk sebelah tangan?

“Yes, I do. Saya sudi menerima kamu, Bobby.” Allissa menjawab setelah mengenangkan emosinya yang hanya Allah sahaja tahu. Malam ini telah memberi banyak hadiah dan kenangan kepadanya, sungguh.

“Yes!” melompat Bobby mendengar jawapan Allissa. Bobby memegang tangan Allissa dan berjanji, “Saya bersumpah saya tidak akan melukakan hati kamu dan saya akan sentiasa memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada kamu, Allissa.”

Pada saat ini, Allissa akhirnya memahami kenyataan mama yang menyuruhnya menunggu dan tidak mencari. Cinta tidak boleh paksa dan sekiranya seseorang mampu menunggu, Allah akan memberikannya yang terbaik. Dan hadiah yang dimaksudkan adalah Bobby. Terima kasih mama kerana membimbing Allissa selama ini dan Ya Allah, terima kasih mengurniakan hamba-Mu ini insan yang menyayanginya sepenuh hati.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ok, akhirnya siap jugak fanfics melayu saya yang pertama...selama ini saya hanya menulis dalam bahasa ingerris...huhu, tepukan kepada saya sendiri...^^

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca fanfics ini...saya minta maaf sekiranya kamu mendapati fanfics ini tidak bagus...mianhaeyo...

Ermm, sekiranya kamu mempunyai apa-apa pandangan ataupun cadangan yang kamu rasa mampu membaiki fanfics ini menjadi lebih elok, saya berharap sangat kamu akan memberi komen di bawah ataupun pm saya...gamsahamida... =)

Sekiranya fanfics ini mencecah 100 views, saya akan cuba menulis satu lagi fanfics dalam bahasa melayu (almaklum, BM saya memang kelentong) ...><...

So, ahnyoung for now, my chinggu...XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kaywuu
#1
Chapter 1: Owww, cerita ni cute tapi dalam masa yang sama, rasa sedih jugak. huhu. Btw, poster tu cantik! ^^
And saya rasa awak kena separate tags 'malay' & 'romance' ><