FINAL

COFFEE 'Z'

3.11.2015

10.15 a.m  

Macam biasa hari itu Zee bekerja di sebuah cafe comel miliknya. Hasil titik peluh usaha dia sendiri untuk memiliki cafe secomel itu. Zee bangga betul setiap kali melangkah ke cafe tersebut. Setiap pekerja mempunyai uniform sendiri. Setiap pekerja memakai uniform putih dan apron berwarna coklat lembut. Cafe tersebut juga dicat dengan warna coklat lembut dan lukisan tangan dengan cat putih. Berterima kasihlah pada pekerjanya yang bernama Kamil kerana mempunyai kemahiran seni.

“Alya, Ina dah sampai?” tanya Zee pada Alya yang bekerja di kaunter. Selalunya Zee duduk di hadapan cafe melayan pelanggan.

“Dah. Nak saya panggil dia?” tanya Alya pula. Ina ada dekat belakang. Dia dan Kamil ditugaskan untuk menyiapkan pastri dan kek untuk diletakkan di ruang display. Di kaunter pula, Alya dan Azri yang uruskan. Dua orang kembar yang cukup seiras kecuali jantina. Agaknya kalau Azri pakai tudung, dah serupa muka dengan Alya.

“Jangan. Ada Pakcik Miang. Jangan bagi dia keluar,” ujar Zee. Sebaik sahaja dia nampak lelaki miang yang tak habis-habis cari pasal dengan Ina itu melangkah masuk, dia sudah membuka langkah berjaga-jaga. Dulu, lelaki tu dah kena herdik dengan Zee, masih tak malu lagi nak datang tunjukkan muka. Miang!

“Excuse me,” tiba-tiba seseorang menegur Zee dari belakang. Zee menoleh. Okay, agaknya dia dah menghalang lelaki tersebut membuat pesanan. Mana taknya, dia duduk betul-betul depan kaunter. Dia pun ketepi sedikit. Senyum sedikit pada lelaki yang juga senyum padanya.

“One hot Latte please,” lelaki tadi buat pesanan. Sempat Zee mencebik. Speaking konon. Duduk Malaysia ni bajet nak speaking. Eheh, suka hati dia lah nak speaking Zee oi.

Duit bertukar tangan. Azri segera membancuh kopi. Bau wangi semerbak di kaunter. Hmm, Zee suka betul bau kopi. Memang menyenangkan. Lagi-lagi tengok barista hensem macam Azri buat kopi. Okay,memang heaven.

“Your name, miss?” tiba-tiba lelaki itu menegur. Tak tahu dia cakap dengan siapa. Zee waktu tu dah nak melangkah pergi dah pun. Nak susun kerusi yang pelanggan dia tinggalkan macam tu je.

“Boss!” Alya menjerit. Serta merta Zee pandang ke belakang. Ingatkan ada apa benda jadi.

“Encik ni tanya nama boss,” Alya tersengih. Tadi ingatkan lelaki tu nak tanya nama dia, tapi bila tengok, lelaki tu duk pandang boss dia. Boleh pulak boss dia melangkah pergi. Hampir malu lelaki tadi.

“Oh,” itu je yang Zee balas. Jarinya mencapai tanda nama yang dipinkan ke baju. Apa benda lah yang dia nak, sibuk tanya nama. Tak boleh tengok sendiri?

Kopi bertukar tangan. Lelaki tersebut mencapainya dan terus menyaingi langkah Zee. Belum sempat Zee nak betulkan kerusi, tangan lelaki tadi dah capai kerusi tersebut. Terkejut Zee dibuatnya. Nasib tak melatah.

“Saya duduk sini,” pandai pulak lelaki itu cakap bahasa melayu. Ingat tak reti.

Zee hulurkan senyuman. Okay, dah biasa dengan pelanggan yang macam ni. Maklumlah, pekerja kat sini semua cun. Lagi-lagi boss. Eceh, perasan lah kau Zee. Dia kutuk diri sendiri. Hahaha, hanya mampu gelak dalam hati.

“Nama saya Ezwan,” tiba-tiba dia bersuara lagi.

“Oh, okay,” Zee pun tak faham kenapa tiba-tiba lelaki tersebut kenalkan diri. Tak tanya pun. Ada jugak orang macam ni. Takpe, Zee senyum lagi. Pelanggan kan. Tangan Zee membetulkan kerusi di meja depan lelaki tersebut. Kemudian, dia ambil kain untuk lap meja. Buat kerja macam biasa lah.

“Awak pekerja kat sini?” tanya lelaki tadi. Ataupun patut di panggil Ezwan. Sibuk perkenalkan diri. Pelik.

“Obviously,” hampir je Zee gelak menyindir. Apa lelaki tu ingat dia buat apa sekarang? Main? Tengah kerja lah kan.

“Tapi uniform awak lain. Bukan tadi perempuan dekat kaunter tu panggil awak boss? How come awak pekerja?” okay, Zee tak faham. Apa yang dia nak cakap sebenarnya. Ayat dia berbelit-belit.

“Yes, I’m a boss. And yes, I’m working. Is there any problem with that?” mula lah Zee nak naik angin. Apa kena entah lelaki ni. Pickup line tak jadi.

“Nampaknya kena tukar strategi. Awak cakap pickup line saya tak jadi,”

Wait. Bila masa dia sebut benda tu? Rasanya Zee cakap dalam hati je tadi kut. Lelaki ini ada super power yang dia tak tahu ke? Zee letak kain yang digunakan tadi ke dalam poket apronnya.

“No, takde. Just, nak mengorat awak,” amboi jujur.

Tapi, serius Zee dah cuak. Mana lelaki ni tahu apa yang dia fikirkan?

“Macam mana awak boleh....” Zee pun tak tahu nak cakap macam mana. Tak terkata dia.

“Ah, entahlah. Saya boleh rasa yang awak fikir macam tu. Duduklah,” pandai pulak Ezwan ajak dia duduk. Cafe Zee sendiri kut. Suka hatilah dia nak duduk ke berdiri. Tapi, bila dah cuak dengan lelaki ni, tak berani pulak Zee nak dekat. Ezwan ni bomoh ke apa.

“Tak pelah,” tolak Zee. Dia tersengih. Kakinya mahu segera melangkah ke tempat lain. Haih, seram.

“Kenapa?”

“Sebab awak cakap nak mengorat saya?” tiba-tiba otak Zee freeze. Tak boleh fikir alasan yang lebih baik ke? Serius tak logik punya alasan.

“Hahaha, you’re so cute. Okay-okay, saya tahu awak cuak. Erm, anyway, saya Ezwan, awak Zee, so practically kita dah berkenalan. Nanti saya datang lagi cafe comel awak ni. Lagi satu, better awak senyum. Lagi cantik. Serius. Jangan buat muka cuak macam tu. Kerja baik-baik, comel-comel, rajin-rajin. Okay? So, excuse me, Miss Zee,” Ezwan menghulurkan senyuman. Kemudian, dia melangkah pergi. Sempat dia tolak kerusi masuk bawah meja. Ceh, nak tolong lah tu.

Zee macam terpaku di situ. Sweet-talker gila Ezwan tu. Tiba-tiba Zee rasa nak raba muka. Betul ke cantik? Betul ke comel? Aww, ada orang puji.

“Siapa tu boss?” Alya datang dari belakang. Pelik dia tengok diorang berdua tadi. Macam ada apa-apa je.

“Ezwan,” Zee jawab sepatah.

“Siapa tu?” Alya masih tak puas hati. Nak korek rahsia.

“Entah. Dia just cakap nama dia Ezwan. Lepas tu dia kata nak datang lagi. Tu je,” Zee skip yang part dia kena puji tu. Hahah, malu.

“Oh, dia nak jadi pelanggan tetap lah ni kononnya. Okay, nanti kalau dia datang lagi, saya bagi layanan special,” ujar Alya. Memang selalu cafe ni memberikan layanan yang special buat pelanggan tetap.

“Jangan. Bahaya. Dia baca fikiran orang,” ujar Zee. Sebenarnya minda Zee masih tidak berfungsi dengan baik. Still lagi tertanya-tanya dengan lelaki tadi. Serius pelik!

“Hah?” akhirnya Alya tergaru-garu kepala. Apa? Macam salah dengar.

 

 

Keesokannya, pada waktu yang sama,

“Hi,” tegur seseorang sewaktu Zee sedang mengelap tingkap. Zee menoleh. Oh, si Ezwan ni ke. Zee menghulurkan senyuman. Ezwan pula mengambil tempat duduk di tepi tingkap tempat Zee sedang lap.

“Awak ni boss, tapi buat kerja kalah pekerja,” komen Ezwan. Entah kenapa dia tengok macam dah terbalik je pekerja dengan boss. Nasib uniform berbeza.

“Duduk kaunter membosankan,” balas Zee. Dia menghadiahkan senyuman sebelum beredar. Nak susun kerusi pula. Baru sahaja tangan Zee nak sentuh kerusi tu, Ezwan dah tolong tolakkan ke bawah meja. Zee pandang Ezwan sekejap. Actually dia still tak faham apa fungsi Ezwan disini dan mengacau dia.

“Kan saya dah kata, saya nak mengorat awak,”jujur.

Tengok! Dia buat lagi perangai tu. Buat Zee takut. Macam manalah fikiran dia boleh dibaca dengan mudah oleh lelaki itu. Ah, takpe. Yang penting sambung kerja. Zee nak susun kerusi lain tapi setiap kali dia nak capai je kerusi tu, Ezwan dah tolakkan ke bawah meja. Buat Zee agak bengang. Rasa nak sepak ataupun penampar. Dah kenapa kacau orang nak buat kerja. Zee pandang lagi Ezwan. Tak berkelip biji mata pandang. Tak puas hati punya pasal.

“Okay, saya duduk diam-diam,” Ezwan segera duduk di satu kerusi. Kali ni muka Zee tak ada senyum dah. Tension dengan lelaki yang buat hal daripada tadi. Nak buat kerja pun susah. Nak ganggu, baik pergi balik. Kalau nak mengorat, bukan begitu caranya. Rungut Zee. Dia ambil kain dari poket apron dan lap meja. Ditonyoh-tonyoh meja tersebut. Harap muka hensem! Hish!

“Sorry, saya kacau,” ujar Ezwan. Okay, kali ni Zee tak boleh biarkan.

“Boleh tak jangan buat benda tu?” ujar Zee. Dalam nadanya, serius dia marah. Dan, takut. Tak pernah-pernah orang boleh tangkap apa yang dia fikirkan dengan begitu mudah macam Ezwan. Jadi, dia cuak. Nanti dia terkutuk, kecik pulak hati. Kalau puji, perasan pulak nanti. Susah tahu tak?

“Buat apa?” terpinga-pinga Ezwan. Apa yang dia dah buat? Tak faham.

Macam mana nak cakap eh? Erm, Zee sendiri tak tahu nak terangkan macam mana dekat Ezwan. Macam pelik pulak.

“Cakap je lah. Apa yang peliknya?”

“Okay, cukup! Tolonglah jangan buat tu. Tu... macam baca apa yang saya fikir. Tolonglah hentikan,” menakutkan. Sambung Zee dalam hati. Tangan Zee siap terawang-awang di kepala . konon nak bagi Ezwan faham apa yang di cakap.

“Menakutkan kenapa pulak?”

“Encik Ezwan, please. Okay, whatever yang awak tahu pasal fikiran saya, never balas okay? Boleh tak awak balas apa yang saya cakap je? Bukan balas apa yang saya fikirkan. Ia...menakutkan okay? Tolonglah,” dah macam merayu dah.

“Oh, okay. Sorry. I’ll try. You know, mak saya selalu cakap yang kalau hati tu connected, senang lah nak teka fikiran dia. So, saya rasa hati awak dengan saya macam connect kut. Tu yang wifi laju dekat saya. Saya pun tak tahu kenapa automatik je saya buat macam tu. Erm, betullah kot. Apa yang mak saya cakap. Awak dengan saya soulmate,” Ezwan tersengih.

Eww, sweet-talker. Tak kisahlah. Asal dia comel.

“Tak perlu explain. Connected. Wifi segala. Cuma, jangan buat dah,” ujar Zee. Tangannya dilarikan pada rambut depannya. Ye? Entahlah. Mungkin sebab dia bosan, so dia layan je lah Ezwan. Eh? Banyaklah bosan. Ah, kusut. Baik blah. Zee ingin melangkah. Lengan bajunya di tarik oleh Ezwan.

“Saya pergi dulu. Esok saya datang lagi. Kerja baik-baik, comel-comel, rajin-rajin, tau. You’re so cute. You have to know that. Bye,” ujar Ezwan sebelum melangkah. Kerusi pun dah ditolak.

Haih, buat lagi Zee terpinga-pinga. Macam semalam. Dia datang, order Hot Latte, sembang sekejap dengan Zee, lepas tu nak balik. Apalah. Buat orang confuse.

 

 

Sejak hari tu, Zee memang dah lali tengok muka Ezwan. Memang Ezwan sentiasa datang tepat pukul 10.15 pagi. Tak tahu kenapa. Tapi disebabkan Ezwan selalu ‘teman’ dia buat kerja, dia rasa senang hati. Memang mula-mula menyampah. Lama-lama dia jadi biasa. Seronok juga ada kawan nak bersembang. Lagi-lagi Ezwan pandai tarik hati dia. Sampaikan dia dah hafal apa yang Ezwan akan sebut sebelum dia pergi dari cafe tersebut.

“Kerja baik-baik, comel-comel, rajin-rajin,”

Kadang-kadang belum sempat Ezwan sebut benda tu dekat dia, dia dah sambung dulu dah. Kadang-kadang bila Zee tak puas hati, dia tanya betul-betul apa yang Ezwan mahu.

“Nak pikat awak. Serius!” itu yang Ezwan jawab. Lepas tu sedekah senyuman buat Zee cair. Eye smile tu....... K. 

Tapi Zee masih tak puas hati.

“Betul-betul lah. Kenapa awak nak pikat saya. Awak baru nampak saya kot. Saya pun tak kenal awak. Ke, awak memain dengan saya?” manalah tahu Ezwan menipu. Ada tetiba datang tanya nama, janji nak datang lagi semata-mata sebab nak mengorat. Ezwan ni peminat dia dari sekolah ke apa? Nak jugak dia tahu.

“Betul. Saya jatuh hati pandang pertama. Saya betul nak pikat awak ni. Kalau tak buat apa saya datang, sibuk-sibuk pagi macam ni semata-mata nak tengok dengan sembang dengan awak. Saya pun ada kerja lah,”

Muntah. Jatuh hati pandang pertama? Ayat drama.

“Saya betul-betul lah. Bukannya ikut drama ke apa,” bulat mata pandang Zee. Yang ini seram. Walaupun Zee dah tegur supaya jangan ‘baca’ fikiran dia, Ezwan buat jugak kadang-kadang. No, maksud Zee, even dia dapat faham atau terfikir apa yang Zee fikir, tolonglah jangan balas or tegur benda yang Zee fikir. Sebab benda tu menyeramkan. Ermm, faham?

Hubungan Zee dengan dia? Bolehlah dikatakan kawan. Sebab tahu-tahulah, Ezwan tu...clingy. Kerja nak tarik perhatian orang. Even Zee buat tak tahu dengan dia, ada je benda yang Ezwan nak sembang. Macam-macam sampai Zee terpaksa layan. Kalau tak, Ezwan balik lambat sikit. Lagi susah Zee nak buat kerja. Apa dia ingat dia sorang je pelanggan dekat situ? Nasib baik dia dapat dua pekerja baru yang tolong dia jaga di ruang hadapan.

Cuma, dua pekerja baru dia tu. Masalah. Diorang tu perempuan. Dan agak pelik. Sebab selalu usya Ezwan dia. Eh, dah mengaku Ezwan tu dia punya? Bukan, sebab selalu Ezwan kan nak melekat dengan dia, konon nak pikat hati. Tapi dua pekerja dia tu, macam mencurigakan. Nak je Zee suruh diorang pikat Azri dekat kaunter tu. Azri tu pun hensem apa. Sibuk pandang lelaki yang nak pikat bos diorang. Zee pun baru nak practice serahkan hati. Sebab Ezwan comel sangat. Zee TERjatuh hati jugak kot.

Lagi-lagi bila terdengar diorang sembang. Diorang tunggu bila Ezwan nak datang. Lepas tu sibuk duduk depan pintu cafe. Konon nak sambut. Zee pun nak buat jugak. Tapi, jatuhlah maruah. Dah la asyik deny perasaan sendiri. Jual mahal pulak tu dengan Ezwan. Takkan la dia terhegeh-hegeh nak sambut jugak Ezwan depan muka pintu cafe macam isteri mithali tunggu suami balik. No way. Ego dia macam menghalang sikit. Jadi, dia tahan je hati tengok pekerja dia yang tergedik-gedik depan pintu cafe [bulatkan mata sikit bila baca tergedik-gedik tu].

      Okay, semuanya berterima kasih dekat Ezwan yang buat dia jadi macam ni. Lagipun Zee punya first love. First love? Yup. Sebab tu lah kot, senang jatuh hati. Even, tak nak mengaku. Hey, maruah kena jaga jugak. Dan salah satu sebab dia asyik tension dengan Ezwan even suka dia, adalah sebab perangai Ezwan yang kadang-kadang buat dia rimas. Itu je. Bukannya dia benci. Dia tak cakap pun dia benci kan.

 

 

“Welcome to COFFEE ‘Z’,” ujar dua orang pekerja Zee. Ceria. Lepas tengok seorang jejaka yang ditunggu-tunggu datang. Zee tengok je dari hujung matanya. Berhati-hati. Sakit hati tengok Ezwan yang lemparkan senyuman dekat dua orang pekerja dia tu. Tak nak bagitahu nama. Menyampah. Heyy, pandai jeles dah sekarang. Bila tengok Ezwan datang dekat dia, dia melangkah.

Menyorok belakang kaunter. Menyorok? Bukanlah. Buat-buat sibuk.

“Hai, Zee. Sihat?” tanya Ezwan ceria. Zee senyum. Tak bersemangat. Dia tahan je nak berfikir bukan-bukan. Bahaya kalau Ezwan dapat tahu dia jeles. Boleh malu.

“As you see,” jawab Zee lepas tu dia siapkan Hot Latte milik Ezwan. Azri dengan Alya langsung tak kacau diorang bedua. Diorang pergi layan pelanggan lain. Yang betul-betul ada hal, bukan macam Ezwan yang tujuannya nak pikat bos mereka. Tapi Azri dengan Alya sedar dengan dua orang pekerja baru tu. Diorang pun agak meluat jugak. Tapi kalau dipecat, siapa nak tolong Zee?

“Kenapa dengan awak?” kan, dia dah dapat agak. Jelas sangat ke? Zee cuba jugak fikir benda lain. Pergi ingat muzik video lagu BTS-Boy In Luv. Haa, lagi bagus.

“Nothing,” sepatah. Alahai Zee. Tak reti sorok betullah kau. Zee serahkan Hot Latte. Kemudian, dia lari ke dapur. Dia bancuh Americano dekat dapur. Nak legakan hati yang macam hot sikit. Hahah, tulah. Tak mengaku sangat. Siapa yang rugi. Selama hampir sebulan Ezwan duk kacau dia dekat cafe ni, dia selalu sangat jual mahal. Tak boleh nak salahkan orang sangatlah kalau ada orang yang ambik Ezwan dulu.

“Boss, Ezwan panggil,” Alya muncul di depan pintu dapur.

“Kejap,” jawab Zee. Setelah selesai, dia keluar. Ada hati lagi nak keluar tu. Nak tunjuk dekat dua orang pekerja dia tu yang Ezwan ni cari dia. Sejak bila entah Zee jadi tak matang.

“Kenapa muka awak merah?” tanya Ezwan sebaik sahaja dia melangkah mendekati lelaki itu. Apron dibuka diletakkan di atas kerusi. Tiba-tiba rasa nak berehat. Dia duduk di hadapan Ezwan. Tangannya dibawa ke muka, raba-raba pipi. Merah?

“Sebab panas kut,” alasan tak logik Zee bagi. Dalam cafe ni ada aircond kut. Jam pun baru pukul 10.30 pagi.

‘Menipu,’ ujar Ezwan dalam hati. Serius nampak menipu. Muka Zee senang dibaca. Nampak sangat Zee nak sembunyikan sesuatu.

“Nak phone awak,” tiba-tiba Ezwan minta. Kalau Zee nak sorokkan sesuatu, biarlah. Biar Zee yang spill semuanya bila dia nak.

“Untuk?”

“Bagi je lah. I could do nothing dangerous,” jawab Ezwan. Tangan dihulur. Nak mintak phone. Zee mengambil phone dari poket seluar jeans. Dalam phone dia tak ada benda pelik pun rasanya. Apalah yang Ezwan nak buat. Dia serahkan.

“Password?”

“Nama saya,” jawab Zee.

Dia tengok je Ezwan menekan-nekan skrin telefonnya. Zee sendiri tertanya-tanya apa yang Ezwan buat. Nampak khusyuk betul. Sampaikan Zee langsung lupa pasal dua orang pekerjanya tadi duduk depan Ezwan. Banyak betul kesan Ezwan bagi dekat dia. Dia tengok Ezwan ambil telefon dia sendiri. Sibuk menekan kedua-dua telefon. Zee pun khyusuk usya Ezwan sambil sedut Americano. Hmm, sedap.

“Hari ni berapa hari bulan?” tiba-tiba Ezwan tanya.

“13 Oktober,” innocent je Zee jawab

“Ingat tarikh hari ni. Jangan pernah lupa,”

Okay, buat Zee terpinga-pinga.

“Nah, saya tukar password awak. Saya bagi satu gambar saya. Hadiah,”

Nak buat Zee tergelak. Tergelak sebab tak puas hati. Kenapa Ezwan bagi gambar dia? Hahaha, macam tak betul. Jahat betul mulut dia. Dah lah mintak phone orang, suka hati je buat macam phone sendiri.

“Saya pergi dulu tau. Kerja baik-baik, comel-comel, rajin-rajin tau,” Ezwan sempat usap kepala Zee. Senyum manis pulak tu. Buat Zee cair lagi sekali. Padahal tadi tak puas hati.

“Eh, wait, apa password? Suka hati tukar password orang, lepas tu tak nak bagi tahu,” rungut Zee. Lepas tu siapa mintak gamba dia entah.

“Birthday saya,” jawab Ezwan sebelum melambai. Serius Zee pelik. Dia pandang phone. Macam lah dia tahu birthday Ezwan bila. Ezwan tak pernah bagitahu pun. Menyusahkan betul!

Buka. “Device Locked”. Wallpaper pun tukar?! Ada gambar Ezwan. Ewah, suka hati dia je? Tapi Zee tenung je gamba tu sambil minum Americano. Fikir macam mana nak bukak password sambil tengok wallpaper telefonnya. Confident betul si Ezwan nih.

Penat Zee fikir. Akhirnya, dia cuba.

“13 Oktober,”

“Device Unlock”

Hari ni Zee fikir nak buatkan kek untuk Ezwan. Hahah, semalamkan Ezwan dah bagi hint pasal birthday dia. Dia dah janji taknak lupa pasal tarikh tu sampai bila-bila. Eh, sejak bila? Sebenarnya dari semalam lagi Zee duk fikir pasal benda ni. Dan dia ambil keputusan dia tak nak jual mahal dah. Lagipun dia dah ada rival. Dua orang pekerja baru dia tu lah. Mahu tak nanti hati dia sendiri yang terkorban.

Punyalah seronok Zee hias kek. Siap buat love-love lagi. No, tak mungkin. Zee tak sanggup nak bagi kek macam tu. Akhirnya dia cover balik segala corak heart-heart tu dengan coklat. Memalukan. Kalau dia buat macam tu agaknya dia sendiri yang dah tak boleh pandang muka Ezwan lepas ni. Malu betul! Selepas hampir setengah jam menghias kek, akhirnya kek tersebut siap. Puas hati. Siap bertepuk tangan lagi tanda gembira. Zee angkat-angkat kening dekat Ina dengan Kamil yang hanya tengok je apa yang boss mereka buat. Bangga. Tak ada pertolongan sesiapa.

“Bos, Ezwan coming,” beritahu Alya. Tetapi muka dia macam ada yang tak kena.

Zee dengan gembira terus angkat kek keluar dari dapur. Kek bersaiz kecil itu dipegang sebelah tangan sambil bawak Americano. Kopi favourite dia. Ingat nak lepak dengan Ezwan. Hanya dengan bayang pun dah rasa gembira. Selama ni tak pun macam ni. Gembira sebab dia dah nak confess jugak dekat Ezwan. So lepas ni, tak perlulah sorok-sorok. Jual mahal dah. Yay, happy ever after!

Tapi sebaik sahaja kaki Zee melangkah ke kaunter, dia rasa kek tersebut berat semacam. Macam nak terjatuh tetapi dia tahan jugak. Kelat air liur yang dia telan. Sebab apa? Sebab nampak sebelah Ezwan ada seorang perempuan. Cantik. Like seriously cantik kalau nak dibandingkan dengan dia. Pure minah salleh. Mata biru. Zee terasa macam kena pijak.

“One Hot Latte and Americano please,” pesan Ezwan. Kali ni dah tak tegur dah Zee. Pandang macam tu je. Zee kalih mata. Sakit hati. Pandang Alya dengan Azri yang tengok dia dengan muka kesian. Malunya. Terasa kena reject sebelum confess. Padahal satu cafe ni tahu yang dia siapkan kek dari pagi untuk Ezwan. Kecuali dua orang pekerjanya yang baru tu. Sudah tentu.

“Can you bring it to our table?” tanya Ezwan. Mata pandang Alya.

Teragak-agak Alya nak jawab. Kalau dia minta macam tu, dah dah la Zee yang kena bawak ke meja. Sebab selalunya special request ialah tanggungjawab boss mereka.

“Err, sure. We are please to do that,” jawab Alya terpaksa. Dia kerling boss yang dah tertunduk. Gigit bibir. Semua orang tahu kot kisah cinta mereka ni. Kisah cinta? Alya pun tak tahu nak gelar apa. Betul ke kisah cinta?

Dia lihat Ezwan dah pergi dengan minah salleh tersebut ke meja mereka. Azri segera siapkan pesanan. Zee masih berdiri di kaunter. Tak tahu nak buat apa. Baru semalam, Ezwan tukar password dengan wallpaper dia. Harini, dah bawa perempuan lain? Kenapa selama ni taknak? Kenapa bila hati Zee dah lembut baru nak bawa? Zee rasa nak campak phone dia ke dinding sekarang juga. Lagi-lagi bila nampak muka Ezwan yang gelak-gelak happy dengan perempuan tu.

Kalau nak dibandingkan, dia dengan minah salleh tu, bagai langit dengan bumi. Jauh sekali beza. Waktu dengan dia pun Ezwan tak segembira itu. Ezwan gelak juga tapi taklah nampak lain sangat macam sekarang. Tiba-tiba teringat yang Ezwan puji dia cantik, comel. Kalau dia pun Ezwan dah cakap cantik, minah salleh tu? Beribu kali cantik. Ah, sakitnya hati Zee.

“Boss. Pesanan diorang dah siap. Boss nak bawakkan ke? Atau kami boleh gantikan,” tanya Alya. Tak sampai hati pulak tengok Zee yang macam kena penampar. Tak bermaya betul muka.

“It’s okay. I can do it,” jawab Zee. Senyum sekilas. Tak bercahaya betul muka.

Sambil bawa kopi yang mereka pesan, Zee cuba tahan perasaan sendiri. Dia pun tak tahu apa yang dia rasa. Nak menangis? Tak juga. Cuma rasa macam kena khianat. Mati-mati dia ingat Ezwan ada perasaan dekat dia.

Tapi tak semena-mena, sewaktu Zee berjalan, dia tersadung. Kaki sendiri. Sebab menggeletar sangat kot. Tahan rasa nak tampar muka Ezwan. Akhirnya, kopi yang dibawa tumpah di atas meja. Terpercik kepada mereka berdua. Ezwan dengan minah salleh tu. Nak je Zee cakap padan muka, tapi dia tahu dia dalam masalah sekarang. Kedua-dua mereka masih pelanggan cafe itu. Semua pelanggan lain sudah  memandang mereka.

“What are you doing, miss?!” tiba-tiba Ezwan naikkan suara. Zee terkulat. Belum pernah lagi. Ezwan tengking dia. Darah menyerbu muka Zee yang berada di lantai. Sakit di hati tak boleh lawan sakit kaki. Dia berusaha bangun. Tengok adegan Ezwan yang keluarkan sapu tangan untuk lap baju minah salleh yang dah kotor dengan kopi. Entah apa yang minat salleh tu bebelkan. Zee malas nak dengar. Mukanya dah merah tanda malu.

“What are doing standing like that? Cepatla pergi ambil kain ke apa ke? Tak nampak kopi ni dah mengalir merata-rata?”marah Ezwan lagi. Dia mengipas-ngipas baju yang juga kotor.

“I’m sorry,” ujar Zee. Berdiri dengan sebelah kaki. Sambil tangannya capai tuala dalam poket apron. Nak lap meja. Dia kerling dua orang pekerja nya yang sedang menenangkan pelanggan lain. Ah, sudah. Sanggup Ezwan memalukan dia macam tu. marah dia depan khalayak ramai. Dah la dia owner cafe ini.

“Lain kali buat kerja tu hati-hati. Kalau tak reti, bagilah pekerja lain buat kerja. Dah la kopi ni panas,” rungut Ezwan lagi. Zee gigit bibir bawah. Geram. Ezwan kata dia tak reti buat kerja. Tak faham ke semua itu tak sengaja? Apa Ezwan ingat dia sengaja nak tumpahkan kopi tu? Zee pandang Ezwan yang sibuk bertanya sama ada minah salleh tu okay atau tak. Eleh, tumpah air je. Tu pun sikit. Nasib tak simbah kopi tu tadi.

“Behave, Zee,” tegur Ezwan. Faham apa yang Zee fikirkan. Zee mencebik. Dia teruskan tugas mengelap kopi yang tumpah.

“If you want to go to the toilet, it is on the left of the cafe,” ujar Zee. Minah salleh tu nampaknya terus pergi ke tandas bila Zee cakap begitu. Zee tahan hati yang rasa geram. Pelanggan lain nampaknya dah buat hal sendiri. Kopi yang tumpah pun dah siap dilap.

“Buat apa lagi tu? Bukan sepatutnya awak ganti kopi tadi? You better do,” ujar Ezwan. Tegas. Dia ambil tisu di atas meja untuk lap mukanya. Tadi sapu tangannya dah digunakan untuk lap baju kotor milik Eva.

“Yes I will. I always will,” ujar Zee. Matanya pandang tepat muka Ezwan. Sikit pun tak rasa takut tengok mata Ezwan yang mencerlung tengok dia. Sekarang dia cuma rasa sakit hati. Dan malu sebab dah kena tengking dengan Ezwan depan semua orang. Memang malu.

“So, kenapa tak pergi lagi? Cepatlah,” gesa Ezwan. Suara tak reti nak perlahan. Matanya duk pandang tempat yang Eva pergi tadi. Tunggu masa je Eva nak keluar.

Zee ketap bibir. Ezwan tak tanya pun sama ada dia okay atau tak. Mata dia duk lekat dekat minah salleh tadi. Dia pun sakit jugak. Sakit hati, sakit kaki. Ezwan sikit pun tak jelaskan pasal kedatangan mereka. Kalau Ezwan buat, mungkin Zee tak salah faham. Mungkin Zee nak maafkan Ezwan. Maafkan? Huh, Zee lupa yang mereka tiada hubungan pun pada mulanya. Practically, Ezwan tak buat salah. Zee terasa malu sekali lagi. Memang jelas. Ezwan tak salah dalam hal ni. Mereka tiada hubungan. Buat apa Ezwan nak jelaskan? Zee yang patut malu.

“Zee, cepatlah,”

Kali ni Zee tak tahan. Ezwan boleh tahu apa yang dia fikirkan kan? Dia tak nak cakap benda ni kuat-kuat. Buat dia malu lagi sekali. Penat dia buat kek semata-mata nak sambut birthday Ezwan even birthday dia dah lepas. Siap dia hias sendiri walaupun selama ni dia tak pernah pegang kek untuk dihias. Semua tu kerja Ina dengan Kamil. Tapi sebab dia. Sebab Ezwan yang selalu datang cafe ni, konon kata dia dah buat Ezwan jatuh hati. Semua sebab Ezwan. I didn’t expect this. Okay, awak ada perempuan lain. But you are too much to yelling at me. In front of EVERYBODY. Zee tahan je rasa nak mencarut.

“Zee,” suara Ezwan mula kendur.

You know? Its fine. You can have another women. I don’t give a damn about it. I might just thought that I’m special for you at a second. Zee menjeling.

“Zee...” kali ni Ezwan sendiri tak terkata. Tak tahu kenapa ayat untuk membela diri tak keluar dari mulutnya. Apatah lagi bila nampak Eva sudah menuju ke sini. Zee hanya mampu tergelak kecil. Gelak menyindir. Sepatah perkataan pun Ezwan tak terangkan apa-apa pada dia.

Zee melangkah. Cukup sakit hati. Lagi-lagi bila berselisih dengan minah salleh tadi. Minah salleh tu dah jeling dia semacam. Kalaulah jelingan boleh membunuh. Agaknya Zee dah mampus. Malas Zee nak layan.

“Ina, harini awak take charge. Saya ambil rehat. Kunci kedai, tolong hantar kat rumah saya,” ujar Zee bila ternampak muka Ina di kaunter. Agaknya Ina pun dah nampak apa yang jadi. Muka Ina menjelaskan segalanya. Muka simpati. Dan Zee benci sungguh. Tak pernah dia dimalukan begini.

“Alya, ganti pesanan mereka semula. Lepas tu suruh dua orang pekerja baru tu tolong hantarkan. Harini Ina take charge, dengar arahan dia. Nanti Ina bagi laporan pada saya okay?” arah Zee. Antara semua pekerjanya, dia paling percaya Ina. Sebab Ina paling lama dan paling senyap dalam cafe ini. Tak mungkin dia akan khianat.

“Baik boss,” jawab Alya, Azri dan Ina serentak. Kemudian, Ina melangkah ke dapur semula. Menyambung kerjanya.

“Err, boss. Kek ni?” tanya Azri tiba-tiba. Zee yang sedang mengemas begnya untuk pulang, memberhentikan perbuatannya. Mengeluh.

“Buang je lah,”

“Tapi membazir lah nanti,” ujar Azri. Dia masih berharap yang Zee akan bawa kek tu kepada Ezwan. Biar Ezwan buka mata luas-luas. Orang yang dia konon nak pikat dah nak balas perasaan dia balik tetapi dia pula buat hal.

“Then you can have it,” balas Zee lemah. Malas nak fikir. Dia fikir nak balik je sekarang. Sebelum balik, dia sempat meminta maaf kepada pelanggan tentang apa yang sudah jadi. Walaupun malu, kena juga buat. Jatuhlah reputasi cafenya bila dia pergi begitu sahaja.

Penat dia hulur senyuman palsu kepada pelanggan. Terangguk-angguk bila pelanggan tanya bahawa betulkah itu salah dia. Mengaku. Kalau tak, nanti dia juga yang kena kutuk. Dah buat salah, tak mengaku. Tak putus-putus minta maaf sebab ganggu mereka. Siap offer percuma secawan kopi lagi. Nanti dia akan telefon Ina untuk memaklumkan hal tersebut. Dia kena ganti balik reputasi yang dah jatuh tadi.

 

 

Dua hari. Dua hari dah Zee tak datang cafe lepas hal tu terjadi. Bukan tak datang pun. Dia kan boss, dia yang bukak cafe. Tapi elok je jam pukul 10.15 pagi, dia dah sedia nak balik rumah. Lepas tu dalam pukul 11.30 sebelum cafe tutup pukul 1, dia datang semula. Tolong apa yang patut. Rasa macam boss betul. Lepak je.

Masalahnya Zee betul-betul tak puas hati. Dia dah suruh Alya spy si Ezwan tu. Dia ingatkan lepas kejadian dia balik dari cafe haritu, Ezwan adalah nak kejar dia ke, takpun telefon ke nak jelaskan hal sebenar. Tak ada langsung! Sakit hati Zee. Alya pun bagitahu yang Ezwan masih datang ke cafe dengan minah salleh cun tu. Agaknya tu sebab Zee rasa berat hati nak datang cafe. Berbulu mata dia tengok diorang berdua tu. Sama cantik, sama padan. Kalah dia yang selalu Ezwan puji comel.

Tapi malangnya hari ni, ramai pula yang datang ke cafe. Tak menang tangan. Yang duduk di cafe ataupun yang order sahaja. Zee yang fikir nak balik pun tak jadi. Kesian pulak dekat pekerja dia buat kerja. Yang dua orang tu, dah insaf kot. Ataupun patah hati jugak. Dorang nak pikat si Azri dekat kaunter pulak. Malangnya, ada bodyguard Azri yang sentiasa tolong jeling dekat dua orang pekerja tu, bila diorang tertangkap usya Azri.

“Wei, jangan lah kasar sangat. Kesian diorang,” kadang-kadang Zee dengar Azri bela dua orang pekerja barunya itu. Haii, agaknya Azri dah jatuh hati pada salah sorang? Ke cuma tunjuk baik dengan rakan sekerja? Zee pun tak tahu lah.

“Biarkan! Kau jangan memandai nak cari perempuan gatal macam diorang tu. Aku sepak kau nanti,” ugut Alya. Aduh, comel betul dua orang kembar ni.

“Haha yelah, Alya oi. Nanti aku jumpa Miss Right aku, kau nilailah sendiri. Aku ni pakar tau pilih calon isteri,” huh Azri cakap macam dah sepuluh kali kahwin. Pakar cari calon isteri atau calon makwe?

“Boss... Ezwan,” tegur Alya.

“Biarkan dia,” Zee berkata. Tangannya sibuk membancuh kopi untuk pelanggan. Tak putus-putus juga dia senyum. Tapi senyum kelat lah, sebab dapat tahu Ezwan sedang menuju ke sini.

“Two Americano, please. Take out,” order Ezwan. Suasana di kaunter senyap. Dua? masing-masing tertanya. Zee nampak Azri sibuk layan pelanggan lain. Jadi dia pun buatlah. Separuh ikhlas. Biar tak sedap.

Siap. Dia letakkan depan Ezwan. Lepas tu nak pergi. Nak masuk dapur. Tiba-tiba Ezwan masuk ke kaunter.

“Siapa benarkan awak masuk?” jeling Zee. Tenung muka Ezwan macam nak makan.

“I’m going out,” jawab Ezwan. Berkerut dahi Zee. Dah masuk, lepas tu nak keluar pulak? Dia masuk buat apa? Gila.

“But you’re going to follow me,” Ezwan tarik tangan Zee keluar dari kaunter. Americano dia pegang dengan sebelah tangan dia lagi satu. Bawak Zee keluar dari cafe tersebut. Rasa semak dalam cafe tu. They need to talk. But not in the cafe, somewhere else. Tempat dia boleh explain dari A sampai Z tentang apa yang Zee dah salah faham.

“Lepaslah!” Zee berusaha tarik tangan dia. Tapi apa lah yang  nak dibandingkan kekuatan dia dengan kekuatan seorang lelaki. Bukannya budak kecik. Akhirnya dia ikut juga Ezwan keluar. Sempat dia bagi isyarat mata dekat Alya minta tolong tengokkan cafe dia.

Dekat luar, Ezwan lepas tangan Zee. Zee usap pergelangan tangan dia yang dah sakit kena tarik dengan Ezwan. Apalah masalah lelaki itu. Menyampah betul! Zee langsung tak pandang muka Ezwan. Dia masih jauh hati lagi. Tak nak tengok muka.

“Masuk,” tiba-tiba Ezwan buka pintu kereta yang elok terparkir di tepi mereka. Tak perasan pula Zee sebentar tadi kelibat kereta itu.

“Awak nak apa?” tanya Zee. Suara dah lembut sikit. Malas nak panjangkan hal ni. Kalau nak mintak putus, cakap je lah. Bukan susah.

“Masuk dulu. We go somewhere, then I’l tell you,” ujar Ezwan. Suaranya juga lembut. Dia pandang Zee yang langsung tak mahu bertentang mata dengannya. Kecil hati jugak. Tapi dia tahu, Zee memang dah salah faham. Dia pandang dengan muka yang betul-betul nak pujuk. Punya lama dia tenung muka Zee yang hanya diamkan diri. Mungkin tengah fikir sama ada nak masuk ke tidak dalam kereta.

Zee kerling muka Ezwan yang kelihatan betul-betul mengharap. Akhirnya dia mengeluh. Kalah dengan perasaan dan renungan Ezwan. Dia masuk ke dalam. Dalam kereta, masing-masing diam. Zee jual mahal. Ezwan berhati-hati hendak bercakap. Takut Zee tak suka. Dia tak nak sakitkan hati Zee dah. Cukup lah dia sembunyikan sesuatu daripada Zee sampai dia merajuk begini sekali. Naik gila Ezwan bila tengok muka beku Zee. Muka kelat yang dipamerkan hanya bila Ezwan ada.

“Americano tu ambiklah satu,” ujar Ezwan memecah sunyi.

“Bukan awak punya?” tanya Zee. Dia taknak ambik sebenarnya. Tapi, dia memang gila Americano. Haih, salahkan taste dia.

“Saya memang beli untuk awak. Saya perasan awak asyik minum Americano. I thought you like it,” jawab Ezwan. Kemudian dia tengok Zee mencapai Americano di tempat pemegang air. Dia senyum. Just as what he expected.

“Awak... tak nak minum?” Zee capai yang satu lagi, hulur kat Ezwan. Ezwan geleng kepala.

“I don’t really drink Americano. Pahit. Saya lagi suka white coffee,” jujur.

“Then kenapa awak order? Membazir,” Zee jeling Ezwan di sebelah. Hahah lantak kau lah. Duit aku jugak dapat kan? Zee tersengih-sengih. Tapi buat penat je si Alya dengan Azri melayan Ezwan kalau dia order tapi tak minum.

“Sebab awak suka,” jujur lagi. Zee terus terkedu.

Hahaha, rasa nak gelak. Tapi gelak yang awkward. Now dia nak cakap apa? Memang dia perasan sejak akhir-akhir ni Ezwan dah tak order Latte tapi order Americano. Haha, terharunya. Terharu? Ehem, Zee macam lupa yang dia sekarang tengah merajuk.

“Ni saya buat tahu,” ujar Zee.

“Oh ye?” tangan Ezwan pantas mengambil Americano yang dipegang oleh Zee. Dia menyisip. Zee pun sama.

“Errr....” Ezwan tak tahu nak kata apa lepas minum sedikit. Memang dia tak selalu minum Americano tapi rasanya rasa Americano bukan sebegini.

“Saya tahu. Tak sedap. Dah jangan minum,” Zee segera capai Americano di tangan Ezwan. Americano dia pun dia letak kembali ke tempatnya. Memang tak sedap.

“Bukan macam tu...” Ezwan takut Zee salah faham. Kecik hati lagi perempuan itu, mahu penat dia nak pujuk lagi.

“No no. Saya pun rasa tak sedap. It’s okay,” tak berani Zee nak mengaku yang dia memang sengaja buat tak sedap. Lupa pulak. Tadikan bukan main marah lagi. Sampai dia buat cincai je. Konon nak bagi Ezwan minum Americano yang tak sedap. Sekali dia pun kena.

Mereka sampai di sebuah taman. Ezwan ajak Zee keluar dari kereta. Nak duduk di meja betul-betul di tengah taman itu. Biar dikelilingi pokok. Baru tenang sikit hati.

“Sekarang awak nak cakap apa?” tanya Zee. Dia kena bersedia. Mana lah tahu Ezwan betul-betul nak mintak putuskan hubungan mereka. Kejap. Kalau putus hubungan, means putus kawan lah. Sebab Zee dengan Ezwan bukannya couple pun kan. Selama ni kan memang Zee jual mahal dengan dia. Konon tak nak layan Ezwan.

“Cuba awak duduk dulu. Relaks,” ujar Ezwan. Dia duduk. Pandang Zee yang macam teragak-agak nak duduk. Mula buat muka mengharap. Dia tahu Zee akan kalah. Mesti dia duduk juga nanti. Dan memang betul, Zee duduk di hadapan Ezwan. Berdebar-debar. Dia tak nak tertipu dengan suasana romantik macam ni. Betapa banyak dalam drama dengan novel, lelaki kalau nak cakap benda buruk mesti bawa perempuan kat tempat macam ni. Nak bagi dorang tenang lah konon. Buat orang ternanti-nanti dan berharap adalah.

Zee tengok Ezwan buka tab. Apa yang dicari tak tahu. Zee hanya menanti. Tak tahu benda apa yang buat dia betul-betul berdebar. Tiba-tiba Ezwan hulur tab pada Zee.

“Tengoklah,” kata Ezwan. Teragak-agak dia ambik tab itu. Takut berita buruk. Tapi apa yang dilihat oleh Zee bukannya sesuatu yang buruk.

Macam mana nak terangkan. Sebuah website. Website tentang review cafe dia. Satu-satu Zee baca article itu. Dari mula sampai habis. Zee memang terkedu habis. Tak tahu macam mana nak cakap. Pelbagai-bagai perasaan sekarang ini dia rasa. Article itu memang buat dia terharu.

“The thing that makes me really impressed was the workers who are really friendly with a great attitude toward their customers. They don’t complain to the customer even if the customer blame them for something they did nothing wrong. I can really say that this cafe have the best serving among all the cafe that I’ve been. They work professionally and don’t get their problems take control of their emotion as I saw the smile that never fades from the workers faces,”

“Apa ni?” tanya Zee. Hampir tak keluar suara dia nak tanya sebenarnya. Dia pandang muka Ezwan yang senyum-senyum. Buat dia malu. Sebenarnya dia tak faham. Situasi apa sebenarnya ini?

“That girl you saw, dia adalah blogger terkenal di U.S mengenai review cafe-cafe yang menarik dia seluruh dunia. Dia akan melawat cafe dan dia buat review mengenainya, komen atau puji...semua dalam blog dia. Dia memang terkenal. At least everyone yang buka cafe kalau boleh nak dia buat review mengenai cafe mereka. Secara tak langsung, cafe mereka akan jadi terkenal. Lagipun orang suka dengan detail yang dia bagi dan dia komen dengan cara yang lembut, macam bagi suggestion untuk cafe tersebut jadi lagi maju. Macam tulah. How? Suka?” jelas Ezwan.

“How? What? Tak, macam mana... no no, ermm, benda ni? Cafe saya?” Zee cakap pun dah tak betul. Ezwan tergelak kecil melihat muka terpinga-pinga Zee.

“Yup, cafe awak. Awak tahu betapa susahnya nak invite dia datang Malaysia semata-mata nak tunjuk kat dia pasal cafe awak. I was working really hard nak siapkan proposal. Sampai saya terpaksa propose untuk tanggung whole flight untuk dapatkan dia turun. Awak tahu, peluang untuk masuk kat blog dia, review daripada dia memang satu perkara yang sukar. Well, I had a hard time untuk dapatkan dia turun but the result is amazing. Kan?”

“Kenapa? I mean, why you’re doing this?” kali ni Zee betul-betul nak jawapan. Dia tak faham. Apa maksud semua ni? Kalau betul Ezwan dah tolong dia begitu sekali nak majukan cafe ni nampaknya dalam hal ini memang dia bersalah besar. Dari mula minah salleh tu datang, Zee teringat-ingat macam mana perangai dia yang betul-betul tak matang. Semua salah faham ni rupanya berpunca daripada dia.

“Kan saya kata, saya serius. Saya tak tahu lagi macam mana nak tunjuk kat awak yang saya serius. So, saya buat macam ni. Awak marah?” tanya Ezwan. Dia pandang muka Zee. Sukar nak ditafsirkan. Padahal selama ni dia pandai teka apa yang Zee fikirkan.

“Tak. Bukan. Saya just rasa macam bodoh sangat. Rasa macam bersalah sangat. Jadi maksud awak, perempuan tu, I mean Eva ni, datang cafe saya dengan awak haritu sebab nak buat review mengenai cafe saya? Macam tu?”

“Yup. Sorry sebab marah awak hari tu. Saya tertekan sikit. Sebab saya nak plan saya berjaya. I want everything to be perfect. Tapi tiba-tiba awak TER-tumpahkan air tu, saya takut kalau Eva tak nak buat review. Awak tahu, dia tu complicated sikit. Actually dia memang hampir nak batalkan, tapi saya berjaya pujuk dia. Saya penat-penat bawak dia ke Malaysia, takkan dia nak pergi macam tu je. Nasib baik awak pandai control keadaan. Saya rasa Eva nampak apa yang awak buat tu yang dia bagi good review mengenai cafe awak. Pandai comel saya,” Ezwan usap kepala Zee.

“Sorry tertengking awak,” sambung Ezwan.

Zee terdiam. Nampak? Betapa besar kesalahan dia? Dia hampir musnahkan usaha susah payah Ezwan. Semuanya sebab dia. Kenapalah dia cepat sangat salah faham. Dia baca dah review tadi. Eva punyalah puji dia kata dia seorang pengusaha cafe yang sangat bagus. Katanya tindakan dia minta maaf dan menerangkan perkara yang betul kepada pelanggan buat Eva rasa amat terkejut. Dia kata tindakan itu amat sukar untuk dilakukan. Maklumlah, reputasi sebuah cafe perlu dijaga. Tapi Zee hanya terangkan yang itu semua salah dia, mengaku dan meminta maaf dengan betul-betul ikhlas. Apatah lagi, Zee offer satu cawan coffee percuma untuk setiap pelanggan. Attitude seorang pengusaha cafe yang buat Eva rasa bangga. Padahal masa air tu tertumpah, dia punya pasal. Sebab cemburu, kalau boleh nak simbah je coffee panas tu dekat muka Eva haritu. Tapi tengoklah apa yang Eva cakap mengenai dia.

“Zee, say something.” Gesa Ezwan. Dia pulak berdebar-debar sebab Zee diam. Kepalanya tunduk je. Tahu-tahu Ezwan nampak air mata menitik. Kelam-kabut dia bangun. Duduk sebelah Zee.

“Hey, kenapa awak nangis. Saya ada buat salah ke? Awak tak suka ke? Sorry. Sorry tak cakap kat awak pasal benda ni. Sorry okayy,”

“Dah la. Stop la cakap sorry,” marah Zee. Bila Ezwan minta maaf, dia lagi rasa teruk. Dia yang salah.

“Okay, sorry.”

Zee jeling Ezwan. Sorry lagi.

“Err, sorry? Eh, ermmm,” dah. Tak tahu nak cakap apa. Akhirnya Zee gelak kecil.

“Saya yang nak mintak maaf. Saya hampir gagalkan semuanya. Saya yang salah. Lepas tu saya yang tak nak jumpa awak dah. Saya yang lari. Saya tak tahu kenapa saya buat macam tu. Saya tahu saya salah. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya mintak maaf sebab dah salah faham tentang semuanya. Saya mintak maaf sebab dah anggap awak lelaki tak guna. Saya betul-betul mintak maaf. Terima kasih sebab ni. Saya tak tahu macam mana nak cakap lagi dah. Betul-betul minta maaf and betul-betul terima kasih. Serius,” Zee pandang muka Ezwan. Betul-betul rasa bersalah.

“Dah. Dua-dua salah. Seri. Tak nak lah dengar perkataan maaf ni. Now, as salah faham pasal saya dengan Eva dah selesai, saya nak bincang pasal kita. But sebelum tu, saya ada tawaran untuk awak. Sini. Saya dah buat satu official blog untuk cafe awak, nanti awak boleh update dalam blog ni. Tentang flavour, offer atau apa-apalah. Awak boleh guna blog ni. Then, disebabkan saya tahu awak memang amat berminat dengan coffee, saya nak tawarkan awak buat brand coffee awak sendiri. My company taja. Macam mana? Awak boleh bukak cawangan cafe kat tempat lain sekali. Saya tolong. How? Sounds great?”

“Ezwan...saya tak tahu nak cakap apa. Saya..”

“Well you can just say yes. Sebab saya dah buat separuh plan tu. Saya cakap je kat awak,” ujar Ezwan selamba. Memang pun. Selama Zee duk mengelak dari jumpa dia tu, dia dah berusaha macam-macam.

“Eva pun cakap nak bantu. She was really impressed dengan awak,” ujar Ezwan.

Zee hanya diam. Serius tak tahu nak cakap apa lagi. Ezwan memang serius. Serius menakutkan. Tapi dia memang dah jatuh hati habis. Ezwan memang seorang yang memahami. Punya lah besar impian dia nak buka cawangan baru. Nak buat brand coffee sendiri. Nak jadikan cafe dia terkenal di seluruh negara. Memang dia teringin. Cita-cita dia sejak dia buka cafe lagi. Dia memang nak buat tapi mesti terbantut. Dia tak yakin cafe dia boleh ‘membesar’. Tapi Ezwan yang buktikan semua tak mustahil.

“Zee, ada tawaran istimewa. Nak kahwin dengan saya? Kita bercinta habis-habis lepas kahwin. Nak?” tanya Ezwan. Dia tenung muka Zee yang serta-merta merah.

“Awak lamar saya ke apa?” tanya Zee tak faham. Lamar ke saja tanya?

“Tak lah. Tawaran untuk seumur hidup. Nak tak? Kahwin dengan saya? Bukan susah pun,” selamba Ezwan cakap.

Zee tergaru-garu kepala. Nak jawab apa? Nak jawab ‘nak’? Malunya. Macam mengaku yang dia ada feeling dekat Ezwan. Sampai habislah Zee nak jual mahal ye. Jawab jelah. Hati dah berkata-kata. Masalahnya bukan Ezwan cakap ‘sudi tak kahwin dengan saya’. Kalau macam tu senang la nak jawap. Ya. Bukan nak. Kalau nak, bunyi macam dia yang NAK kahwin. Faham? Argh complicated!

“Tak payah jawab. Tu pun saya dah buat separuh jalan. Saya dah suruh mak saya hantar rombongan meminang kat rumah awak. Tinggal terima je sepenuh hati,” Ezwan tergelak kecil. Apatah lagi bila tengok muka Zee yang merah padam.

“Ezwan!” jerit Zee. Rasa nak mengamuk. Eii, suka hati dia je. Rasa nak picit-picit pipi Ezwan. Geram.

“Tu jawab call,” suruh Ezwan. Nampak nama contact, ‘mak’. Mesti family dia dah sampai dekat rumah Zee. Dia hanya sengih.

“Terima tau. Tawaran seumur hidup. Kalau awak tolak, saya akan tawar lagi. Jangan risau,” Ezwan senyum sampai ke telinga. Happy!

 

Note to Izzati :

*Ending dia pelik. Sorry lah*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Syirahpopo #1
Lol haha okayy ^^
Nanochip #2
Chapter 1: It's funny... I like the character very much... I dislike the angst part but overall I lOVE IT!!!!!