Chapter 1 - The Dream || Chapter 2 - Miracle Love

Miracle Love
Please Subscribe to read the full chapter

 

CHAPTER 1 - THE DREAM

 

 

“Kenapa awak seorang diri dekat sini? Nanti kalau ada orang kacau macam mana?” soal seorang lelaki yang datang menghampiri teman wanitanya yang sedang termenung nun jauh disana. Risau akan teman wanitanya kalau dikacau oleh lelaki lain.


Gadis itu hanya memberi segaris senyuman manisnya. Dengan sengajanya lelaki itu mencubit lembut hidung gadis itu. “Oppa, sakitlah.” ngadu gadis itu dengan memegang tangan teman lelakinya. “Oppa, saya nak tanya sesuatu boleh tak?” soal gadis itu dengan mendekatkan dirinya dengan teman lelakinya.


“Boleh, apa-apa sahaja untuk sayang oppa ni.” jawab teman lelakinya itu dengan nada suara yang tenang. “Nak tanya apa, sayang?” tambahnya lagi dengan pandangan matanya yang betul-betul bertatapan dengan anak mata teman wanitanya.

 

 

 

 


“Bangun June! Bangun, cepatlah!” ujar Bomi yang mengejutkan June daripada tidurnya. June mengeluh. “Cepatlah! kita dah lambat ni. Bangun, ambil ni tuala.” tegas Bomi yang memaksa June untuk sedar dari dibuai mimpi berterusan sambil memberi June tuala. June akur dengan arahan Bomi lalu memasuki bilik mandi.


*


“Kenapa lambat? Kan kita dah janji, pukul 8.30 pagi. Nasib baik kelas lambat lagi.” ujar Eun Ji yang mengeluh apabila melihat June dan Bomi tiba pada pukul 8.50 sambil menitik jam tangannya. “Entah, korang ni. Asal lambat?” soal Na Eun pula yang menyokong Eun Ji.


Bomi hanya memandang June dengan pandangan yang tajam. “Dia nilah.” jawab Bomi. June menundukkan mukanya dan membuat muka serba salah.


“Mianhaeyo.” June meminta maaf dengan muka yang meminta belas kasihan sambil tersenyum. 


Cho Rong terus menyelit. “Kau mimpi lagi ke?” soalnya. June hanya menganggukan kepalanya sahaja sebagai jawapan. Ya. “Tak nak share ke?” soal Cho Rong lagi.


June mengeluh panjang. Mimpi itu macam sebuah petunjuk bagi dirinya. Tetapi June hanya mengabaikan mimpi yang sering muncul dalam tidurnya. “Mimpi yang sama berulang macam semalam.” jawabnya pendek yang malas untuk mengingati mimpinya yang amat aneh. Perkara yang paling pelik berlaku kepada dirinya.


Ha Young dan Nam Joo yang dari tadi hanya mendiamkan diri tetiba sahaja bertanya. “So, kau nak buat apa?” soalnya.


June membetulkan rambutnya. Dengan muka yang muram, fikiran yang bercelaru June menjawab. “Entahlah, berserah kepada takdir je lah.”


*


Mata Mark terbuka luas. Terkejut mungkin. Nafasnya naik turun dengan laju. Degupan jantungnya juga laju dan berdebar dengan kadar yang laju. Mark bingkas bangun dari katilnya apabila melihat jarum jam menunjukkan pukul 9 pagi.

 

 

 

 


Mark bergegas masuk ke kelasnya. Maklumlah senior, mana boleh lambat, nanti junior cakap apa pula. Mark memulas tombol pintu bilik kuliahnya. Nasibnya baik, professornya masih belum masuk ke kelas. “Hyung!” panggil Jackson dari jauh yang memanggil Mark. Mark menoleh dan meneruskan langkahnya ke arah Jackson dan rakan-rakannya.

 

 


“Hyung, kenapa lambat?” tanya Jackson denga nada suara yang lembut seperti ingin menggoda. 


Mark menyandarkan kepalanya dibahu Jackson. “Alaa, hyung bangun lambat tadi.” ujarnya dengan lembut + gedik.


“Hish, gedik.” ujar JB atau nama sebenarnya Jae Bum yang berpura-pura muak dengan perilaku Mark dan Jackson. “Memang pun, hari-hari macam tu.” sokong  Jr ataupun Jin Young.


Bam Bam, Yungyeom dan Young Jae hanya tersenyum sahaja melihat telatah mereka. Tak padan dengan yang junior. Junior pun tak segedik Mark dan Jackson. “Hyung, kenapa selalu datang lambat?” tanya Bam Bam yang ingin tahu sesuatu dari Mark.


Mark mengeluh panjang. “Hurm, macam ni…” kata-katanya terhenti apabila melihat Professor Jong Kook masuk ke kelas mereka.

 

 

 

 

“Hish, macam tak logic je.” ujar Nam Joo yang tidak percaya akan cerita June. 


June hanya memandang Nam Joo dengan pandangan yang tajam. “Betullah.” ujarnya yang membela diri lalu mereka semua berhenti berbicara apabila Professor Jong Kook melangkah masuk.


“Okay, saya akan mengambil kehadiran.” ujar Professor Jong Kook. Maka pembelajaran mereka bermula.


*


Bomi menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Member-member lain yang perasan hanya memerhati Bomi.


“Kau kenapa?” soal June yang teringin tahu apa yang merunsingkan Bomi.


Bomi memandang June dengan tekun. “Mimpi kau.” jawabnya terus terang. June bingung. Mimpinya? Apa kaitan mimpinya dengan Bomi. “Aku peliklah, kau selalu mimpi benda yang pelik, and macam mimpi kau tu berchapter-chapter. Kau tak pernah terfikir ke, June?” jelas Bomi lagi sambil bertanya.


June hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil menghirup air susu kotaknya. “Mungkin betul juga kata Eun Ji tadi.” desis hatinya.


*flashback*
“…maybe, tu satu miracle dalam diri kau…”
*end flashback*


Dan pada masa yang sama,


“Mimpi tu peliklah, aku selalu ada dengan perempuan tu tapi…” belum sempat Mark menghabiskan kata-katanya dipotong oleh Bam Bam. “Tapi apa?” soalnya yang tidak sabar untuk mengetahui. 


Young Jae mengetuk perlahan kepala Bam Bam. “Sabarlah, tunggu dia habiskan cakap dia.” ujarnya. Bam Bam membuat muka merajuk supaya dirinya dipujuk. “Alolo, mianhae.” Young Jae meminta maaf dengan perilakunya tadi.


“Tapi aku tak nampak mukanya pun, cuma nampak mata dia je. Cantik~” Mark menghabiskan ceritanya yang dipotong oleh Bam Bam tadi sambil terhanyut dalam alam maya mimpinya.


Jackson memukul lembut dada Mark supaya Mark sedar. “Apa kau ni?” soal Mark dengan nada suara yang tinggi dan pandangan mata yang tajam.


“Jealouslah, setakat nampak mata pun dah kata ‘cantik~’.” ajuk Jackson dengan muka yang manja. “Eleh~ Jealous konon, poyolah.” ujar Mark lalu membangkitkan dirinya dan terus menoleh belakang. Jackson mengikut Mark.

 

 

“Aduh…” keluh seorang gadis yang terlanggar Mark. Sempat Mark menangkap air susu kotak yang dibawa gadis itu. Takut tertumpah. “Mianhae.” ujar Mark lalu menghulurkan air susu itu ke arah empunya.


Gadis itu menundukkan dirinya 90 darjah. “Mianhaeyo, sunbaenim.” ujarnya. Mark mengangkat bahu gadis itu dan memandangnya. Matanya tetiba sahaja tertumpu pada anak mata gadis itu. “Mata ni.” kata hati Mark dan juga gadis itu. “Dia depan mata aku…” ujar seorang gadis yang berambut panjang, disimpul di belakang dengan sendirinya.

 


“June!” panggil Bomi manakala “Hyung!” panggil Jackson. Mark dan June mengalihkan pandangan mereka. “Mianhae.” ujar June yang meminta maaf sekali lagi lalu terus pergi.

 


Mark kaku. Perasaanya bercampur baur. Adakah June yang sering muncul dalam mimpinya? Persoalan yang berada dimindanya. Fikirannya melayang, masih ingat dengan jelas mimpi yang menghantuinya. Jackson memandang pelik. "Hish, hyung ni. Dari tadi aku panggil, diam je." ujar hatinya lalu menepuk perlahan bahu Mark. "Hyung."

 


Mark tersentak. Terhenti lamunannya dan memandang Jackson dengan riak wajah yang bingung. Mark menjelaskan apa yang terjadi pada dirinya kepada Jackson. "Ilusi je tu." tenang Jackson menjawab. “No, bukan kebetulan. Aku jumpa dia lagi. Aku tak tipu.” keras Mark yang mempertahankan fakta yang berlaku kepada dirinya. “Tolonglah percaya dekat aku.”


*


"Kenapa dengan aku ni?" Mark mengeluh sendiri sambil memusingkan telefon pintar ditangannya. Matanya ingin terlelap tetapi secara tetiba sahaja pandangan mata yang sering muncul dalam mimpinya terlintas. Matanya terbeliak. "Hish, tak naklah aku tidur." ujarnya lalu menelefon Jackson.


*


"Maaf ya. Dia ni aku punya." ujar seorang lelaki yang entah datang dari mana menarik gadis yang sedang rancak berbicara dengan teman lelakinya.


Gadis itu cuba untuk melepaskan tangannya. Begitu juga dengan teman lelakinya yang menarik semula tangan teman wanitanya. "She's mine! Let her go!" ujar teman lelaki gadis itu lalu memberi hadiah di pipi lelaki itu. Cecair berwarna merah keluar dari hujung mulut lelaki itu. Lelaki itu mengesatnya dengan pandangan yang amat tajam. Ya pandangan seperti sebilah pedang yang ingin menusuk.  "Tunggu kau, dia akan jadi milik aku." ujarnya lalu terus pergi

 

 

Mark membuka perlahan matanya. Dia memandang sekeliling biliknya. "Huh...~" panjang Mark mengeluh. "Kenapa aku mimpi lagi ni?" soalnya.

 


Mark mengemaskan pakaiannya. "Okay kot macam ni. Nak jumpa doktor je." ujar Mark lalu perlahan-lahan melangkah masuk ke ruangan doktor. Doktor lelaki, handsome pada pandangan Mark. "Hish, aku lagi handsome dari dia." tetiba sahaja Mark rasa cemburu dengan doktor itu. Doktor itu hanya melemparkan senyuman sahaja dan memberi isyarat. 'Jemput duduk.' Mark melabuhkan punggungnya. Hatinya berdebar untuk menceritakan, takut dirinya digelar orang gila.

 

Doktor itu melihat buku rekod Mark. "Okay, sekarang awak boleh mulakan." ujar doktor itu yang memberi green light supaya Mark bercerita.


"Macam ni doktor. Setiap malam, saya mesti akan mimpi perkara yang sama dan mimpi saya tu akan bersambung...bersambung. Macam sebuah cerita. Doktor jangan cakap saya ni gila pula. Saya tak tipu." jelas Mark. "Mula-mula, saya fikir mimpi biasa je tapi lama-lama mimpi tu makin selalu terjadi. Dalam mimpi tu, ada saya, seorang perempuan dengan seorang lelaki ni. Tapi saya tak kenal siapa diaorang sebab saya cuma nampak mata diaorang je..." jelas Mark lagi dengan riak muka yang runsing.


Doktor itu hanya menganggukan kepalanya sahaja. Mungkin ilusi yang dihadapi oleh pesakitnya. "Masalah awak ni jarang saya jumpa. Okay, saya nak tanya pernah tak awak ada hubungan dengan sesiapa sebelum ni? Ataupun awak pernah tak nampak mata yang dalam mimpi awak tu secara realiti?" soalnya.


Mark mendengarnya dengan begitu kushyuk. Tetiba sahaja Mark teringat akan mata seorang gadis yan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
youngminbfminwoo
saya dah update! Cepatlah baca, cepat laah, bagi comment tau, saya tak sabar ni!

Comments

You must be logged in to comment
m_nanakim
#1
Chapter 2: Wa, best crita ni! =D * thumbs up!!* Good job & good luck untuk contest tu! xD crita ni memang best, serius sebab saya dapat membayangkannya dengan sempurna sekali.. =) once again, tahniah kerana telah menulis sebuah crita yang bagus!
Seasony
#2
Chapter 1: Bestnyaaa. Semoga berjayaaa authornim :*