MY STORY

HALUSINASI (Re-Write)
Please Subscribe to read the full chapter

Aku sedang berdiri di hadapan cermin tingkap bilik aku pada malam itu sambil mata aku meliar memandang kawasan halaman ‘rumah’ yang baharu sahaja aku berhijrah beberapa bulan yang lepas. Angin meniup lembut rambut aku menyebabkan ia beralun. Terasa nyaman pada malam itu membuatkan hati aku yang masih penuh dengan tanda-tanya itu kian menghilang digantikan dengan ketenangan yang dirasai di dalam jiwa.

Kejadian yang berlaku sebelum aku dimasukkan ke dalam ‘rumah’ ini masih bermain-main di minda aku. Kenapa aku dituduh membunuh? Kenapa juga aku yang dituduh? Fikiran aku menjadi celaru kini. Omma aku juga setuju apabila polis mencadangkan supaya aku dimasukkan ke dalam ‘rumah’ yang bagaikan mengongkong hidup aku ini. Adakah omma bencikan aku?

Adik perempuan aku, Xi Luyeon juga tidak datang untuk membawa aku lari daripada ‘rumah’ yang bagaikan penjara. Sesungguhnya, aku tidak suka tinggal di sini. Kalau mereka tak boleh tangkap si pelakunya, biar aku sendiri yang menangkapnya.

Korang nak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa aku dimasukkan ke ‘rumah’ ini? Aku akan ceritakannya...

******

Perpustakaan awam yang terletak berdekatan dengan rumah aku selalu dikunjungi oleh RapMon dan aku sendiri. Biasanya, kami berdua akan menyiapkan kerja sekolah atau membuat study group di pustaka ini. Memandangkan, perpustakaan ini adalah tempat yang sesuai untuk belajar kerana suasana yang sunyi amat diperlukan untuk menfokus dengan apa yang mahu dipelajari.

RapMon yang sedang menulis formula matematik tambahan di atas buku kerjanya terhenti secara tiba-tiba. Dia mula menyandarkan tubuhnya pada kerusi dan mula meregangkan jari-jari sehingga berbunyi. Aku juga berhenti menulis apabila melihatnya mengeluh kecil.

“Kau kenapa?” tanya aku mahu meminta penjelasan.

“Susahlah soalan ni. Kau boleh tolong ajarkan tak?” RapMon menunjukkan bukunya pada aku. Aku mengambil buku yang diberikan dan mula melihat-lihat soalan yang dinyatakan di atas buku tersebut.

“Memanglah susah. Kita mana belajar lagi bab ni,” kata aku dengan gelak ketawa yang kecil dan halus kerana peraturan apabila berada di dalam perpustakaan ialah jangan sesekali bising.

“Ya, aku tahu tu! Tapi aku nak belajar awal-awal supaya nanti senang. Cikgu tanya, kita terus boleh jawab. Kan?” RapMon membalas dan mula menegakkan badannya kembali. Dia nampak seperti mempunyai sedikit semangat.

“Macam nilah. Kalau kau nak belajar sangat bab tu, apa kata kalau kau fahamkan betul-betul dulu? Lepas tu, kau boleh cuba jawab soalan dia. Kalau masih salah, kau cuba, cuba dan cuba sehingga kau berjaya. Arasseo?” Luhan memberi tips untuk memahami bab yang belum dipelajari kepada RapMon.

“Okey, aku setuju!” kata RapMon dengan semangat dan mula melihat jalan kira bagi bab itu dan cuba untuk memahaminya. Jika dia masih rasa jalan kira yang ada di dalam buku rujukan itu sukar, dia cuba mencari jalan kira yang senang dengan buku rujukan matematik yang berada di dalam perpustakaan itu.

Luhan tersenyum melihat gelagat RapMon yang kekadang nampak seperti kebudak-budakkan itu. Kemudian, dia menyambung kembali mempelajari apa yang dipelajari sebentar tadi.

 

******

 

Begitulah persahabatan aku dengan RapMon. Aku gembira dapat kawan macam dia. Takkanlah aku sanggup membunuhnya, kan? Dendam? Aku ni bukan jenis yang cepat berdendam. Bukan nak puji diri sendirilah tapi sebab apa yang aku cakap ni betul. Bagi aku perasaan dendam ni boleh merosakkan hubungan sesama insan. Ye dok? Okey, okey, sambungan cerita aku yang tadi...

 

******

 

Disebabkan markah ujian adik aku yang mendapat straight A’s dalam peperiksaan pertengahan tahun, omma dan appa aku bercadang untuk pergi keluar makan malam bersama-sama bagi meraikan kejayaan adik aku yang satu-satunya aku sayangi. Appa aku menyuruh adikku menutup matanya terlebih dahulu dengan menggunakan kain berwarna hitam ketika kami sekeluarga berada di dalam kereta.

Beberapa minit kemudian, destinasi yang dituju oleh kami sekeluarga mula memunculkan dirinya dan aku pulak yang terlebih gembira berbanding adik aku yang cemerlang dalam peperiksaan ini. Kain yang menutupi mata adikku dibuka oleh ommaku. Mula-mula, adik mengelipkan beberapa kali matanya bagi menghilangkan kabur di matanya. Beberapa saat kemudian, dia melopong tidak percaya dan mula menangis terharu.

Aku hanya mampu tersenyum. Kalau adik aku gembira, aku juga gembira. Selepas itu, dia mula memeluk omma dan appa aku sebagai tanda terima kasihnya kepada mereka berdua. Belum pernah aku melihat adik aku yang seorang ini, menjadi manja sebelum ini. Yalah, bagi aku dia bagaikan seorang lelaki kerana perwatakannya yang agak kasar dengan aku itu.

“Oppa! Kenapa tercegat lagi kat situ? Marilah duduk dan makan,” laung Luyeon, adik perempuan aku menyebabkan lamunanku terhenti. Terus aku menuju ke arah meja makan yang terletak di tepi pantai itu dan duduk bersama-sama keluarga.

Ya, omma aku memang sudah bercadang untuk meraikannya di sini memandangkan adik aku suka akan suasana di tepi pantai. Aku tahu itu pun kerana aku sering kali melihat adik aku melukis pemandangan di tepi pantai.

Kami sekeluarga pulang ke rumah seusai pukul 10 malam. Apabila melintasi rumah RapMon, masa seperti dihentikan. Aku dapat lihat seorang lelaki memakai jaket berwarna hitam serta memakai mask yang menutupi separuh daripada wajahnya. Sedang aku ralit melihatnya, dia terus melihat ke arahku dan membuat tanda menggunakan tangannya seperti mengelar lehernya. Aku terkejut dan mula melihat ke arah lain supaya dia tidak tahu yang aku melihatnya walhal dia memang sudah tahu akan hal itu.

 

******

 

Kalau korang nak tahu, itulah kali pertama aku melihat si pembunuh yang misteri itu. Memang aku keliru dengan tindakannya yang menghendap rumah jiran aku a.k.a kawan baik aku iaitu RapMon. Apa motif dia sampai sanggup berjalan: berpusing-pusing ke sekeliling halaman hanya untuk memastikan bahawa rumah kediaman keluarga Kim itu line-clear. Aku malas memikirkannya. Dahlah, korang dengar jelah sampai habis...

 

******

 

Pada hari itu, aku bercadang dengan RapMon untuk pergi membeli-belah di Shopping Mall yang terdekat dengan rumah kami berdua. Apa? Ingat orang perempuan je ke yang pergi membeli-belah? Orang lelaki pun sama lah. RapMon menyuruh aku menunggunya sementara dia sedang bersiap. Tunggu punya tunggu sehinggalah satu jam lebih baru dia keluar. Apa daaa? Aku ingatkan perempuan je yang selalu bersiap lambat rupa-rupanya sahabat aku pun sama jugak dengan spesies wanita.

Ketika sedang membeli-belah, RapMon mengajak aku untuk pergi melihat kedai yang menjual CD bagi bermain permainan di dalam ps3 miliknya. Maklumlah, appa dan ommanya baru sahaja membeli ps3 untuknya kerana berjaya dalam peperiksaan pertengahan tahun. Aku pun ada juga segelintir perasaan cemburu di dalam hati namun dipendamkan sahaja kerana tidak mahu RapMon beranggapan bahawa dia seorang yang kuat cemburu seperti perempuan.

Berjalan punya berjalan sehinggalah kami menjumpai sebuah kedai khas untuk CD permainan sahaja. Baru sahaja kami mahu melangkah ke dalam,

“Luhan oppa! RapMon oppa!” suara seseorang yang amat aku kenali memanggil kami berdua. Terus sahaja kami berubah haluan dan bergerak menuju ke arahnya yang kelihatan seorang diri sahaja.

“Saeng buat apa kat sini?” tanya aku. Setahu aku, sebelum aku ke sini aku ternampak dia masih melelapkan matanya di atas katilnya kerana aku mengambil peluang untuk mengintainya. Aku mahu juga tahu apa yang sedang dilakukan olehnya. Dan aku dapat lihat bahawa dia sedang melelapkan matanya. Di atas katil empuk miliknya.

“Yeon nak jumpa kawan. Oppa berdua buat apa kat sini?” tanya Luyeon serta memberitahu tujuannya datang ke Shopping Mall pada pagi itu.

“Bukan kamu...” tanpa sempat aku bertanyakan soalan lain kepadanya, aku dipotong dengan jawapan yang diberikan RapMon.

“Oppa pergi beli barang sekejap. Ni ha, oppa Yeon nak teman sangat oppa ni. Tahulah yang dia sebenarnya nak join oppa bermain ps3 kat rumah oppa nanti,” aku menggaru kepalaku apabila RapMon berkata sedemikian. Apalah? Takkanlah salah aku nak pergi rumah sahabat aku sendiri, kan? Hehehe, taklah. Kami memang dah bercadang nak bermain ps3 bersama.

“Oh, Yeon nak ikut oppa, boleh? Sebab kawan Yeon tak sampai lagi lah. Dia kata nak datang pukul 9 pagi tapi sampai sekarang masih tak nampak batang hidungnya,” luah Yeon dengan wajah y

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 2: Annyeong author!!! Citer ni mmg best la. Mmg daebak. Saya suka. Apa2 pon congrats sbb dh bt saya terhibur dengan citer ni