Kisah Silam.

Mr Bean vs Miss Elsa

Pang! Sebuah tamparan sedas hinggap tepat di muka lelaki itu. Lelaki itu membeliakkan mata sambil merenung tajam wajah mulus perempuan di hadapan nya itu. "Ape masalah you hah?!" tengking lelaki itu. "You curang dengan I dengan perempuan murahan ni? you sedar tak dia tak layak nak jadi dok.." belum sempat perempuan itu menghabiskan kata-katanya satu tamparan hinggap di mukanya. "Jangan sekali-kali nak hina Na Jiu! dia jauh lagi bagus dari you tau! salah ke dia jadi doktor? dia ada kerjaya bagus bukan macam you asyik main duit je sebab tu dah tak pandai nak jaga hati orang! Mentang la you anak jutawan, dah pandang hina dekat doktor yang miskin huh? you ingat Na Jiu miskin sangat heh? Dia ada segalanya lah. Dia ada banglo empat tingkat, kereta ferrari 3 biji dan escalator dalam rumah dia. You ingat apa? dia saje je taknak tayang kekayaan dia depan semua orang sebab dia tahu kalu dia tunjuk mesti ramai yang hormat dia. Bukan macam you, ada kekayaan pegi tayang dekat semua orang. tak fikir ke orang yang miskin macam I ni?" sekali nafas sahaja lelaki itu tuturkan. Na Jiu yang ada di situ hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu untuk balas apa-apa. Dia terlalu takut akan perubahan Jackson yang gila itu. Habis semua rahsia nya yang dipendam selama ini habis dikeluarkan oleh Jackson. Dia mendengus sendirian. 

Perempuan itu terkedu. "B..betul ke?" tanya perempuan itu. Jackson mengeluh. "Lain kali kalau nak menghina boleh tak siasat dulu? You boleh je kan tengok hal peribadi Na Jiu? Yelah, bayar sikit je then dapatlah." jawab Jackson sambil mengerling ke arah perempuan itu. Perempuan itu terus pergi ke arah Na Jiu lalu memegang erat kedua-dua tangan Na Jiu. Na Jiu amat terkejut dengan kelakuan perempuan itu. "Err, Hye Min.. apa ni?" tanya Na Jiu resah. "Na Jiu.. maafkan aku. Maafkan akuuu." kata perempuan itu dengan air mata yang deras mengalir. Na Jiu kasihan melihat perempuan itu namun apabila mengenangkan kisah silamnya yang dilakukan oleh Hye Min, hatinya berfikir semula. Perlukah aku?

 

"Arghhh!" jerit Na Jiu. "Omo, kenapa ni Na Jiu? Basah nya pakaian kau!" tanya Hye Min. Na Jiu merentap tangan Hye Min yang cuba membetulkan rambutnya yang basah. "Tak payah lah berlagak nak baik dengan aku. Semua ni kerja kau kan?!" jerit Na Jiu. Hye Min tersenyum sinis. "Oh well, memang pun." "Tapi kenapa?" soal Na Jiu. "Sebab kau rampas Gary dari aku! Gary milik aku!" Hye Min menarik rambut Na Jiu sekuat hati lalu mengambil paip air dan menjirus badan Na Jiu dengan air. "Alalala, baru nak mandi ya? Kesian." kata Hye Min sambil menarik rambut Na Jiu dengan lebih kuat. Na Jiu menjerit kesakitan. "Lepaskan aku! Lepaskan!!" setelah habis, Hye Min menolak kepala Na Jiu lalu Na Jiu terjatuh dan kepalanya terkena singki tandas. Hye Min tersenyum sinis. "Padan muka kau anak miskin!" Hye Min ketawa lalu meninggalkan Na Jiu keseorangan. Na Jiu sedaya upaya untuk bangun walaupun kepalanya terasa sangat berat akibat sentakan tadi.

 

Bukan itu sahaja, Hye Min sentiasa mengambil bekal Na Jiu dan membuangnya di dalam tong sampah. Dia juga sering memanggil Na Jiu "anak miskin". Atas sebab kebulian yang di hadapi oleh Na Jiu, dari situ dia bertekad untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Dia ingin membuatkan Hye Min memandang tinggi kepadanya. Na Jiu seorang anak businessman yang kaya raya. Disebabkan sikapnya yang rendah diri itu membuatkan ramai pelajar membulinya. Dia sengaja menyuruh pemandunya mengambilnya dengan kereta yang buruk dan mengoyakkan kasutnya agar kelihatan miskin. Dia sudah tidak mampu untuk meneruskan kehidupan "kaya" nya. Dia penat dilayan dengan penuh hormat dengan semua orang. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet