Permulaan.

Mr Bean vs Miss Elsa

Na Jiu sibuk mengemaskan peralatan pembedahan. Sambil mengemas mulutnya becok mengomel itu ini. Tanpa disedari, ada seorang jejaka ligat memerhatinya dari jauh dengan senyuman dan gelengan kepala. "Sebijik macam makcik! Memang patut pun kau jadi makcik Na Jiu!" kata jejaka itu sendirian. Dia segera meneruskan langkahnya ke arah Na Jiu.

"Yo makcik!" kata jejaka itu sambil menepuk peha Na Jiu dengan kuat. "Hoi ert! ert! Nyah kau!" Jejaka itu lantas gelak dengan kuat mendengar latahan Na Jiu dengan bersungguh-sungguh itu. Na Jiu yang sedar akan perbuatan nya itu segera menoleh untuk mendapati bahawa ada ataupun tidak orang lain yang mendengar nya juga.

Nasib Na Jiu malang ketika itu. Kelihatan beberapa orang nurse dan doktor yang lain berdiri tercengang sambil  memerhatikan gelagat Na Jiu. Na Jiu segera menekup mukanya sambil menundukkan badannya berkali-kali dan meminta maaf kerana membuat bising.

Setelah keadaan kembali reda, Na Jiu kembali memandang jejaka yang mentertawakannya dari tadi. "Sedap betul ketawakan aku ya!" omel Na Jiu dalam hati. "Yah Lee Jackson!!" jerit Na Jiu namun masih dalam keadaan terkawal kerana risau pesakit-pesakit di situ akan mendengar jeritannya. "Wae?" tanya Jackson dalam keadaan mengejek.

Na Jiu mengetap bibirnya dengan kuat. Sakit hatinya apabila diperbuatkan begitu. "Apasal kau buat macam tu hah?" soal Na Jiu dengan kasar. "Sebab aku rindu kau." Jackson mengangkat keningnya sambil merenung ke dalam muka putih bersih Na Jiu itu. Na Jiu, gadis cantik yang berjaya mengocak hati lelakinya untuk bercinta.

"Kalau rindu, baik tak payah. Pergi lah layan apa Kpop kau tu. Apa, Yoona SNSD EXID Hani.." balas Na Jiu geram. "Jeles jugak makcik ni yaa." Jackson bermain-main dengan pipi mulus Na Jiu. "Ish! Kalau setakat nak sakitkan mata aku, baik kau blah!" balas Na Jiu sambil bercekak pinggang.

"Aduh, dia ni saja je nak bagi aku cair." omel Jackson dalam hati. "Aku ok je, lagipun lepasni aku nak pegi makan sushi." Jackson mula mengayat Na Jiu. Dia tahu, Na Jiu pasti tidak akan tolak sushi. "Pergilah! Tak kisah!" balas Na Jiu namun hatinya sudah mula meronta-ronta hendak ikut sekali. "Aish kau ni Na Jiu, ego sangat lah!" kata Na Jiu dalam hati. "Taknak? Seriously? Ok then, aku pergi makan sorang-sorang. Lagipun aku ada duit lebih ni." Jackson mula menayangkan duitnya ke arah Na Jiu.

Na Jiu mula menelan air liur. "Aish dia ni tau-tau je taktik nak ceriakan aku. Nak pegi ke tak eh?" soal Na Jiu sendirian. "Dahlah, aku pergi dulu. Nanti kena bebel lagi dengan makcik tua." perli Jackson. "sempat lagi tuu! Takpa-takpa ini hari, hari kau." Tanpa disedari, Jackson sudahpun berjalan menuju ke pintu keluar.

"Cepatnya dia keluar! Ini tak boleh jadi!" Na Jiu segera pergi ke biliknya lalu mencapai handbag nya tanpa sempat menanggalkan kot putihnya itu. Jackson menoleh ke belakang. "Aik? Takda? Marah sangat lah tu." kata Jackson lalu mencari kelibat Na Jiu. Tidak ada!

Jackson mengeluh sendirian. Niatnya untuk makan bersama Na Jiu nampaknya tidak ada kesempatan. Sedih dibuatnya. Belum sempat dia memandu keretanya dia terdengar ada orang mengetuk cermin keretanya. Dia segera tersenyum sendirian. "Amboi, siap pakai kot lagi. Tadi berlagak." perli Jackson. Hatinya sudah mula berbunga-bunga dengan kehadiran Na Jiu.

Na Jiu mencebik. "Aku takut kau dah pergi. Malas nak naik bas, buang duit! Lagipun sekarang kan waktu lunch." Na Jiu mula mencipta kata-kata. Sebenarnya, dia memang teringin nak makan dengan Jackson kerana sudah 2 hari tidak makan dengannya. Jackson hanya tersenyum mendengar celoteh Na Jiu lalu memandu keretanya ke kedai sushi kegemaran mereka.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet