Part 1 (Missing)

MATO's WORLD .
Please Subscribe to read the full chapter

10 malam

Sarah memasuki rumah dengan muka yang cemberut. Hurh mana tak nya. Harini birthday dia! Tapi sorang pon tak ingat. Sorang pon tak wish. Hurh bukanlah dia mengharap sangat, tapi dihatinya dia teringin orang mengingati tarikh lahirnya. Dia memandang rumahnya. Aik? Gelapnya. Mana kawan dia lagi dua orang tu?

Dia memandang jam di handphonenya. 10.00 p.m. Hmm dah berdengkurlah tu. Dia mendengus kasar lalu mencari-cari suis lampu yang berhampiran dengannya. Rasanya dia terlanggar sesuatu tetapi dibiarkan. Malas nak ambil tahu.

Tap! (Bunyi suis on --")

"Suprise!!!!"

Terkejut Sarah apabila mendengar dua orang rakannya menjerit menyebut 'suprise'. Dia terdiam sebentar memikirkan apa yang berlaku sebenarnya. Dia memandang sekeliling. Kek.Belon.Hadiah.

"saengil chukha hamnida~ saengil chukha hamnida~ sarang haneun Ahn Sarah shi~ saengil chukha hamnida~" Dua orang rakannya,Kim Hyunri dan Kim Gyuna menepuk tangan dengan bersungguh-sungguh. Sarah memandang dua rakan baiknya dengan terharu. Hampir saja ingin mengalirkan air matanya. Akhirnya! Ada juga orang yang ingat. Apa lagi orang itu adalah rakan baiknya sendiri.

"Yey! Eh cepatlah tiup lilin! Nanti cair terkena kek nanti!" Jerit Gyuna. Memang perangai dia suka menjerit dan jerit. Sarah mengukirkan senyuman lebarnya lalu pergi ke arah mereka untuk meniup kek hari jadinya.

"Remember. Buat hajat di dalam hati ok?" Pesan Hyunri. Sarah mengangguk. Sambil tiup, sambil tu berhajat.

'Aku berharap persahabatan kami kekal dan kami bahagia selalu.'

Cukuplah sudah dia berumur 18 tahun.

11.30 p.m.

"Huarhhhhhhh aku ngantuk la weiyh!" Kata Hyunri sambil menguap besar. Hah ini satu tabiat dia, dia kalau depan orang yang tak kenal, amboi! ayu sesangat. Dengan kami, mula tunjuk belangnya.

"Dah la jom tidur. But first! Let we clean all this." Gaya cakapnya seperti ingin mengajak selfienya. Mereka pon hanya akur mendengar kata yang paling tua iaitu Gyuna . Selepas kemas mereka masuk ke bilik masing-masing.

12 p.m.

Begitu juga dengan Sarah. Dia memandang hadiah yang diberi oleh Gyuna dan Hyunri. Hah, sungguh harini hari yang paling bahagia! Sedang dia memandang hadiah itu, dia seperti merasa ada orang yang meniup dibelakangnya dan mendengar seseorang memanggil-manggil namanya. Terasa seram sejuk pula. Meremang seluruh bulu romanya. Cepat-cepat dia sembunyi di bawah selimut dan tertidur.

Sebaik sahaja Sarah tidur, muncul satu kelibat dengan pakaian yang berjubah panjang. (Macam drakula selalu pakai tu) Dia menghampiri Sarah dan duduk di sisi katil tersebut. Dia menyelak selimut yang menutupi wajah Sarah. Namja tersebut mengusap-usap wajahnya dan membuatkan Sarah tidak selesa dan terbangun.

Terbuntang matanya melihat seorang namja pelik berada dibiliknya. Dah la mempunyai gigi taring. Pikirnya ia adalah gigi palsu tapi tajam.

"A-awak siapa? Macam mana awak boleh masuk bilik saya?" Soalnya dengan ketakutan memandang wajah namja tersebut.

"I'm yours and you're mine" Kata namja tersebut dengan suara serak-serak basahnya. Sarah mengerutkan dahinya. Tidak memahami maksud kata-kata namja tersebut. Sarah terpandang matanya dan dia terdiam.

"Khaja" Namja tersebut bangun lalu menarik tangan Sarah. Sarah seperti dihipnosis (ye erk?) hanya mengikuti namja tersebut. Sampai sahaja di beranda bilik, namja tersebut memandang wajah Sarah sambil menggerak-gerakkan bibirnya seperti sedang membaca sesuatu dan ia membuatkan Sarah menutup matanya dengan perlahan-lahan. Namja tersebut mengangkat Sarah gaya bridal style dan terbang keluar daripada rumah itu. (ok ayat tu merapu xD)

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet