I Wish

CRUSH

 

' Weh cepat masukkan !!! '

Byul mula menjerit sambil mencekak pinggangnya mengharapkan ahli kumpulannya akan menjaringkan gol untuk kumpulannya. Dia masih tercungap menyedut udara disekelilingnya untuk memenuhi peparunya. Sungguh penat dia bermain bola jaring hari ni. Asalnya tadi dia menjadi GD( Goal Defence ) tapi dia sengaja menukar kepada GK( Goal Keeper ) untuk melepaskan penatnya. Dia tahu kalau dia jadi GK dia boleh berehat sebentar. Beberapa orang belajar tahun akhir masuk kedewan tempat kami bermain memandangkan pelajar memang suka melepak disitu ketika rehat.

' Byul Suga ada kat belakang tu ' Bisik Naeun. Aku hanya meletakkan jari telunjuk ku di bibir meminta jangan bercakap apa. Byul memegang dadanya yang agak sakit. Mengapa jantungnya mengepam terlampau laju. Mahu sahaja dia pengsan disitu.

' Okay pelajar tahun tiga diminta untuk berhenti bermain bola jaring dan futsal dan masuk ke perpustakaan untuk mendengar taklimat ' Tiba-tiba satu suara memenuhi ruang dewan. Permain bola jaring sudah memasamkan muka mendengar pengumuman yang di sampaikan oleh cikgu. Byul mula berjalan ke tepi untuk mengambil airnya dan meneguknya hingga separuh. Dia tak pernah kisah untuk menjaga menampilannya di hadapan crushnya sendiri.

' Guys nanti kutip sampah dekat sana-sana tu. Nanti kene marah dengan cikgu pulak ' Arah Jiyeon. Byul mengatur langkah berat mengutip sedikit sampah disudut dewan di mana tempat mereka melepak untuk merehat sebentar tadi. Dia sengaja tidak memandang ke arah crushnya dan berlagak selamba. Rakannya pernah marahkannya kerana bersikap sahaja walaupun dia berdiri hanya 10 cm jauh dari ku

Byul selamba melangkah tanpa berpaling untuk ke bilik persalinan demi membersihkan dirinya yang dah dipenuhi dengan peluh akibat bermain tadi


' Kau ni still sama kan macam dulu kan. Buat selamba badak je ' Tegur rakan baik ku atau namanya Jungyeon. Gadis yang agak tomboy dan berambut pendek. Sikapnya yang bersahaja membuatkan aku suka berkawan dengannya walaupun mulutnya agak lancang

' Habis tu kau nak expect aku jerit terkinja macam minah gedik yang syok dekat Jin ? ' Kepala aku terbayang seorang minah gedik yang bernama Hani yang sangat minat akan seniornya Jin. Ada suatu hari Hani tu terkinja-kinja depan Jin dan Jin dengan selambanya menolak dahi gadis itu sehingga terjatuh dan berlalu begitu sahaja tanpa kata maaf

' Takda lah aku fikir kau senyum ke atau paling kurang pandang dia ke ? Ini tidak asyik dengan muka poker facenya ' Kutuk Jungyeon. Dia teringin menyumbat mulut rakannya dengan tuala yang dipenggangnya. Macam lah kau faham perasaan aku. Silap hari bulan kalau aku pandang terus tak main nanti.

' Dan lagi satu tadi aku ada terdengar kawan-kawan dia cakap " Rajin betul awek Suga tolong bersihkan dewan " dan diaorang panggil kau awek Suga masa dia masuk ke dalam dewan lambat sikit dari kawan dia tadi ' Byul terpana mendengar kata Jungyeon. Suga ada buat konspirasi dengan kawan-kawan dia ke apa ? Baru semalam dia dibenarkan untuk melihat instagram Suga memandangkan instagram nya private. Hari ni pula dia dipanggil Girlfriend Suga

' Haha tipulah ' Byul ketawa yang dibuat-buat. Dia tak tahu apa emosi yang patut dia tayangkan. Kakinya melangkah keluar dari bilik persalinan dengan perasaan yang bercampur aduk. Dia berpaling dan ternampak Suga bersama dua orang pelajar perempuan yang aku simpulkan mungkin dari pelajar tahun akhir. Tanpa Byul sedari rakan-rakan Suga yang lain memandangnya yang mulai pergi dengan perasaan yang sedih.

' Suga tadi Byul nampak kau tengah bersembang dengan Seohyun dengan Choa ' Tegur Jimin setelah Suga selesai berbual dengan rakan perempuannya tadi. Suga membulatkan matanya dan matanya meliar melihat kalau-kalau dia dapat mengesan Byul

Byul mula berjalan disekeliling sekolah tanpa arah tujuan. Matanya mula berair. Byul sekali lagi menyalahkan dirinya lagi. Kenapa dia masih tidak boleh lupa akan Suga walaupun Suga bukanlah dalam ketegori menarik. Kalau nak kata Suga sesuai dengan Ideal Type tapi lagi ramai ideal type yang serupa dengan dengan Suga. Contohnya Woozi pelajar tahun 3 yang se akan akan Suga juga merupakan Ideal type nya. Tapi jantungnya tak pernah berdebar pun apabila berjumpa dengan Woozi. Hatinya seolah hanya untuk dia. Kalau ikutkan bulan ini dah masuk 5 bulan sejak dia suka akan Suga. Kepalanya menerawang kembali teringat bagaimana dia boleh jatuh suka pada Suga

' Byul macam mana nak buat yang ni ? ' Tanya Jungyeon sambil menghulurkan buku math. Aku digelar Math Mastermind memandangkan aku sering mendapat markah tertinggi dalam ujian math. Aku menarik buku dari tangannya. Soalan Poligon. Ni yang payah sikit. Aku mula menyelesaikan tapi kemudian aku menggaru kepala yang tidak gatal. Kenapa jawapannya lain dari jawapan belakang.

' Aku tak tau lah ' Kata Byul memulangkan buku Jungyeon kembali

' Alah tolong tanyakan dekat senior belakang kau tu. Dia pun pandai lagi-lagi math ' Kata Jungyeon. Belakang aku ? Aduh manalah aku kenal. Aku cuba memanggil Wonwoo rakan lelaki sekelas ku memintanya untuk menanyakan soalan Math pada Senior belakang aku. Jungyeon kata tadi nama dia Min Yonggi atau Suga.

Wonwoo mula menanyakan soalan tadi tapi dia agak bingung  dan memanggil Byul untuk terangkan sendiri. Byul bangun dengan perlahan dan berdiri disebelah Suga dan mendengar apa yang di ajarnya. Dia dapat merasakan mukanya mula memerah seperti tomato. Tiba-tiba dia terasa suhu disekelilingnya panas. Dia tak pernah rasa keadaan begini. Dia perasan salah seorang rakan Suga memandangnya tersenyum. Dia sebolehnya menyorok mukanya. Suga menghulurkan buku Math kepada Byul dan Byul menundukkan badannya mengucapkan terima kasih dan terus duduk di tempatnya.Dia menyebamkan mukanya di permukaan kaca sejuk meja perpustakaan dan mengangkat mukanya dan memandang Jungyeon yang melihatnya terpingga-pingga.

' Merahnya muka kau ' Kata Jungyeon dengan mulut separuh terbuka. Byul memegang jantungnya berdetik dengan kelajuan luar biasa. Aduh kenapa dengan aku ni. Tumpuan aku untuk belajar serta merta hilang. Aku menarik nafas beberapa kali untuk menghilangkan nervous.

Keseokan harinya lagi teruk di mana kata rakan-rakan ku akan menjadi kenyataan. Tanpa disangka keeseokan harinya dia study di perpustakaan tapi bukan duduk dibelakang ku tapi berhadapan. Berhadapan selang satu meja. Sepanjang belajar aku tidak dapat menumpukan perasaan. Beberepa kali juga aku bertembung mata dengannya tapi aku cepat cepat mengelak dari nya . Bagaimana aku ingin belajar sekiranya jantung aku sebegini

Aku bangun dan keluar dari perpustakaan dan ingin mengambil udara diluar. Sekiranya aku masih di dalam boleh pengsan aku. Tanpa aku perasan dia juga telah hilang. Setiba sahaja di luar aku terlihat dia duduk di rak kasut sambil makan roti. Langkah-langkah aku terus menjadi agak terumbang-ambing tetapi aku hanya berbuat selamba lalu dihadapannya. berdiri disebelah beg dan membelakanginya dan memegang jantungku kenapa aku perlu jadi begini hanya disebabkan dia. Adakah hebat sangat dia sehingga aku tidak boleh kawal diri sendiri

Byul menggeleng kepalanya berharap bayangan tadi hilang tapi bayangan tadi digantikan dengan kejadian di mana dia jadi terlampau nervous kerana dipaksa oleh rakan-rakannya untuk mengambil gambar dengan Suga Sejak dia mengenali Suga hidup dia seolah-olah tidak tenteram. Hidupnya menjadi separuh gila akibat Suga. Dia menjadi seorang yang sangat peka denga keadaan sekeliling

' Byul kau pergi mana ? ' Tegur Jungyeon mengejutkannya. Dia mengelap matanya yang berair. Dia cuba belagak kuat dihadapan semua orang walaupun hakikatnya dia pernah bersedih sepanjang hari di mana dia terbaca satu tweet Suga yang mengatakan dia suka akan seseorang. Dia tahu dia bukanlah sesiapa tapi hatinya seolah kaca yang dihempas ke batu. Pecah berderai tanpa satu serpihan pun tinggal. Hatinya sakit sedangkan di pernah melalui perkara sama sebelum ini. Dia merasakan Suga lain daripada orang-orang yang di suka sebelum

' Jomlah masuk perpustakaan ' Jungyeon menarik tangan Byul. Dia hanya merelakan diperilaku sebegitu. Otaknya kosong untuk berbuat apa apa. Hatinya sekali lagi pecah berderai walaupun dia tidak layak untuk mempersoalkan dengan siapa Suga hendak berbual.


Byul merenung siling sambil teringat bagaimana dia mengstalk crushnya itu. Kelas di mempunyai tempat paling strategik di mana bangunan kelasnya berdepan dengan bangunan kelas Suga. Jika Suga ingin ke makmal Sains dia akan melalui depan kelasnya untuk ke Makmal. Jika dia nampak Suga di sebolehnya cuba tidak membuat apa-apa eye contact supaya jantungnya kekal elok dan sejahtera. Rekod dia tak pernah buat eye contact dengan Suga

Walaupun kekadang kawan-kawannya pernah kata yang Suga mungkin suka juga pada dirinya tapi sifatnya dirinya yang terlampau merendah membuatkan dia sentiasa tidak yakin. Jungyeon pernah beri beberapa bukti yang mengatakan Suga juga menyukainya tapi sepenuhnya ditentang oleh ku. Mana mungkin senior tahun akhir akan suka pada pelajar tahun tiga. Aku rasa perkara itu sesuatu mustahil kerana aku bukanlah secantik Queenka sekolah sehingga dipandang olehnya. Fikiran aku sentiasa dihujani dengan kata-kata negatif yang datangnya dari diriku sendiri.

Byul mempunyai trauma di mana dia takkan memberitahu lagi kepada crush bahawa yang diasuka akannya kerana di sekolah lamanya dia pernah dihina oleh crushnya sehingga satu kelas menghinanya. Itu membuatkan dirinya menjadi berhati hati dan cuba tidak suka lagi pada seseorang tapi dirinya kalah.


' Kau ni biar betul tak nak cakap apa sebelum kita habis sekolah ni ' Tanya Jungyeon. Harini hari terakhir dia bersekolah dan hari terakhir dia dapat berjumpa dengan Crushnya itu.

' Biarlah. Mungkin aku boleh lupakan dia nanti ' Kata Byul dengan nada pasrah. Dia bukan tak nak tapi diri seolah tidak boleh berdepan dengan Suga. Dirinya seolah tidak layak dengan Suga. Dia sentiasa mempersoalkan bahawa adakah dia cukup sempurna untuk berganding dengan Suga. Bukankah ada perempuan yang lebih baik untuknya. Aku mungkin tidak layak dengan dia.

Byul perasan yang Suga memandangnya dari jauh tapi dia sekali lagi menafikan kerana Byul ialah Byul. Seorang yang tidak pernah rasa kesempurnaan dirinya sendiri walaupun orang sekelilingnya sering memujinya. Byul mula melangkah keluar sekolah dengan hati berat dan diiringi dengan air mata yang mengalir deras di pipinya. Mengapa hatinya rasa sakit. Hatinya seolah ditusuk sembilu.

Kalau dibenarkan untuk kembali masa lampau dia berharap dia takkan berjumpa dengan Suga atau kalau dia berharap dia mempunyai amnesia supaya dia boleh hilang kan ingatannya segala tentang Suga supaya hatinya tidak sakit dan pedih. Byul terus berjalan dengan hati yang berdarah dan sentiasa berharap mereka takkan berjumpa lagi

I WISH THAT WE DONT MEET AGAIN AFTER THIS

 

 



 

Note

I'm done with something angst(again) Well cerita lebih macam kesakitan seorang secret admire. Pasti semua pernah rasa dan saya pun pernah rasa. Bukan pernah tapi tengah rasa kesakitan. Saya mungkin agak tunggang terbalik dalam penulisan FF tapi saya dah cuba sebaik mungkin harap takdalah macam kapal karam hihi

Terima kasih kepada yang sokong, Sub dan comment. Tak lupa jugak ada yang dah upvote. Love You !!! ^-^

Saya tulis FF ni sempena contest tapi saya harap pembaca akan hayati segala apa yang ditulis dan mungkin pembaca pernah merasai ke. Kita sama-sama merasai kesakitan so Selamat Membaca dan Fighting untuk perserta contest yang lain

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aisyashuhada
#1
Chapter 1: Saya tak taulah saya ni hati batu ke takde perasaan. Saya tak rasa sedih pun (adalah sikit). Mungkin sebab saya tak pernah suka kat orang (nak suka macam mana, sekolah saya semua perempuan).
iAMaQT
#2
Chapter 1: Sedihnya. And yeah kena gila ngan hidup but my own crush would never notice me.. ever orz. point of view banyak salah btw, maybe you need to re-check and edit it. anyway, good job there and hwaiting for the contest neh~

Goodluckhoshi,byscoupsgeumji <3
Eli_Shane
#3
Chapter 1: sedih sobs tapi banyak kesalahan ejaan dan penggunaan perkataan yang salah. macam aspek tu, aku rasa kau nak tulis expect yang bermaksud jangka kan? lol.
menggeling - menggeleng
belajar tahun 3 - pelajar tahun 3
dan ada sesetengah ayat yang macam tergantung e w e sorry sebab tegur. kbye
-abe harris yang kacak lagi hansem buing buing
Jelly_Warrior
#4
Chapter 1: Pehhh!! daebak! true reality...mmg 'syok' bila jadi secret admire nih...btmbah best bila kita cuma mmpu pendam smpai la selamanya...heol~~ good job weh !
Jelly_Warrior
#5
Wooo..fighting bro!!! Gudluck utk kau~~/waiting for ur update/
zerofxrconduct
#6
Finally! A Suga fanfiction. Based on your description dah tarik perhatian saya so saya sangat-sangat excited nak tungu macam mana perkembangan cerita ni~ Good luck awak, saya akan support karya awak ^-^ Fighting!
Sawako184
#7
Yeaaaaah Suga ><

Fighting!!