Final

Jangan Menghilang

Aku memasuki bilik pesakit leukimia dengan hati yang gembira. Terutama apabila aku berjumpa dengan salah seorang pesakitku yang menghidap penyakit leukimia tahap empat ini. Ya,.. detik ini, dia masih boleh tersenyum tawa meskipun sakit yang dialaminya sangat berat untuk ditanggung.

 

Kim Je Jae namanya. Nama keluarganya sangat persis dengan namaku, Kim Jongin. Sejak dari kecil aku teringin mempunyai seorang adik perempuan yang boleh aku lindungi. Lebih-lebih lagi gadis seperti Ja jae. Aku sangat menyenanginya.

 

“Hai, doktor kacak! Kita berjumpa lagi.” Sapa Je jae saat aku masuk ke dalam bilik wadnya. Dadaku tenang setiap kali melihat senyumannya yang tidak lekang dari bibir. Aku mengusap kepalanya dengan penuh kasih sayang.

 

“Je jae sihat? Tadi makan apa?” soal aku. Kerusi kayu aku tarik dekat ke katilnya dan duduk. Tanganku mengenggam erat tangan kecilnya. Comel melihat Je jae yang sedang mengingati apa yang dimakannya tengah hari tadi.

 

“Sup tulang, kimchi,.. lagi apa ya? Je jae tak ingatlah doktor.” Ujar Je jae lalu memasamkan mukanya. Geram dia apabila aku hari-hari menaya dia makan apa kerana setiap kali aku menaya, dia tidak dapat menjawab. Itu yang membuatkan aku geli hati.

 

“Doktor, semalam doktor Jimin botakkan rambut Je jae. Je jae tak suka dia. Dia kata Je jae menyusahkan diri untuk bertahan hidup. Apa maksud doktor Jimin tu, doktor?” tersentak aku mendengar kata-katanya. Di dalam hati, aku menyumpah seranah doktor tua itu. Sudahlah suka menyusahkan orang sekeliling, sekarang mahu menghasut anak-anak seperti Je jae ini. Sungguh tidak beradab. 

 

“Je jae suka haiwan apa? Nak doktor bawakan untuk Je jae esok?” kata aku seraya menukar topik. Aku tidak mahu berbual dengan Je jae soal mati. Gadis kecil ini tak boleh mati. Dia harus bertahan.

 

Untuk aku,..

 

“Je jae suka rama-rama! Doktor boleh bawa Je jae pergi muzium rama-rama?” pintanya dengan penuh berharap. Aku agak pelik melihat betapa fanatiknya terhadap haiwan bernama ‘rama-rama’. Comel sangatkah rama-rama itu selain anjing dan kucing?

 

“Kenapa rama-rama? Dekat rumah doktor ada banyak anjing comel. Je jae tak nak tengok?” dia menggeleng laju.

 

“Nak rama-rama juga,” aku hanya menggelengkan kepala melihat Je jae yang sentiasa dengan pendiriannya. Kalau itu yang dia nak, yang itu jugalah dia kena dapat. Tak boleh yang lain.

 

Aku mendukung Je jae ke ribaku. Secara automatik aku memeluk tubuhnya dengan erat. “Okey. Minggu depan kita pergi.” Aku memberi kata putus. Je jae menjerit gembira. 

 

Baru lima bulan aku bertugas di hospital ini. Lima bulan itu jugalah aku mengenal siapa Kim Je jae. Gadis kecil yang tidak mempunyai keluarga dan dijaga oleh seorang lelaki tua yang kejam dari kecil. Sewaktu Je jae menjadi anak angkat kepada lelaki tua itu, Je jae dijadikan hamba seks dan diperlakukan seperti binatang. Sebagai seorang doktor, aku harus menolong pesakitku.

 

Setelah berminggu-minggu terpaksa menahan sengsara, aku berjaya melepaskan Je jae dari cengkaman si durjana itu dan menjadikan Kim Je jae adik angkat aku. Aku tidak mahu hari-hari hidupnya tanpa kasih sayang. Aku amat menyayangi Je jae seperti aku menyayangi,.. mendiang adik aku yang sudah lima tahun meninggalkan aku.

 

“Kita pergi sama-sama ya,..” aku tersenyum manis kearahnya. Gadis itu membalas ikhlas senyuman aku membuatkan aku semakin mengeratkan pelukannya.

 

“Doktor, ada orang nak jumpa doktor,” misi lingkungan 20-an memanggil aku bersama senyuman. Dia memandang kearah Je jae. “Hai, Je jae” sapa misi itu. Je jae tidak membalas malah menyembunyikan diri di belakang aku. Senyuman misi itu pudar.

 

“Kenapa tak balas? Kecil hati kak misi tu,” ujar aku. Aku juga tidak faham kenapa Je jae sangat tidak suka dengan misi baru itu.

 

Je jae tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri. Aku menggelengkan kepala. Aku memandang kearah misi tadi yang menundukkan wajahnya. Aku memintanya meninggalkan kami berdua di dalam bilik itu.

 

“Hey, kenit!” aku memandang wajah pucat Je jae. “Cuba cakap dengan doktor, kak misi tu jahat dengan Je jae ke?” soal aku.

 

“Hari tu, Je jae nampak kak misi tu tampar doktor. Je jae benci dia sebab dia sakitkan doktor. Bila besar nanti, Je jae tak nak jadi macam dia.” Rungut Je jae sedikit geram. Aku menghela nafas panjang. Kerana itukah Je jae membenci misi tadi.

 

Aku membelai rambut Je jae, “Je jae, kak misi tu tak pernah sakitkan doktor tau. Dia sebenarnya baik sangat dengan doktor. Jadi, jangan benci kak misi tu.”

 

“Tapi dia dah sakitkan doktor.” Bantah Je jae. Aku menggeleng tanda salah.

 

“Je jae nak tau satu rahsia tak? Ini cuma kita berdua je tau okey?”

 

“Apa? Je jae nak tau!” sorak Je jae dengan gembira. Aku mendekatkan mulut aku telinga kecilnya dan berbisik sesuatu kepadanya. Muka Je jae pada mulanya terkejut, kemudian dia tersengih.

 

“Okey, doktor!”

 

 

***

 

Sampel darah milik Kim Je jae diletakkan ke atas meja. Seorang lelaki berkot putih mengeluh panjang sebelum membuka kata-kata.

 

“Kondisi Je jae semakin merosot. Rawatan chemotherapy juga tidak berkesan untuk Je jae. Saya berharap encik bersabar dengan semua ini.” Ujarnya. Dia tahu lelaki di hadapannya ini masih belum dapat menerima kenyataan, tetapi ini sudah tertulis. Dia sebagai doktor juga tidak punya pilihan.

 

“Pembedahan touch and go tak kan tak boleh selamatkan budak tu? Apa guna kau sebagai doktor kalau tak boleh selamatkan dia!” jerkah lelaki itu sambil menangis. Ini kali pertama dia menangis untuk budak yang difikir tidak berguna.

 

Lelaki itu melutut di hadapan doktor itu. Air matanya tidak henti-henti dari mengalami membasahi pipi. Sungguh dia menyesal dengan perbuatannya selama ini terhadap Je jae.

 

“Bagilah dia peluang untuk hidup dengan lebih lama. Aku janji aku akan minta maaf dengan dia, dengan Jongin, dan semua orang yang pernah aku sakiti. Berilah aku peluang untuk tembus balik kesilapan aku pada dia. Tolong aku,..” mohonnya dengan penuh berharap.

 

“Aku janji aku tak akan sakitkan dia. Aku merayu pada kau.” Katanya lagi.

 

Dahi doktor itu semakin berkerut. Detik ini, harapan untuk Je jae terus hidup adalah tipis. Gadis kecil itu hanya ada masa dua minggu untuk bernafas, mengikut anggarannya sebagai seorang doktor. Perkara lain, dia serahkan kepada tuhan.

 

“Encik kena ingat, saya seorang doktor, bukan tuhan. Saya hanya penyelamat bukan malaikat yang boleh mencabut nyawa orang sesuka hati. Saya juga bukan suratan takdir yang menentukan bila Je jae akan mati. Apa yang kita boleh buat sekarang ialah membahagiakan detik-detik terakhir Je jae. Itu yang kita boleh buat.”

 

“Jahanam!” Meja doktor itu ditendang sehingga terbalik. Dada lelaki itu merombak naik turun menahan marah dan tangisan sekaligus. Pintu bilik tersebut dibuka dan ditutup dengan kasar.

 

“Bukan kau seorang yang sakit dengan pemergian dia,..” gambar Jongin dan mendiang adiknya yang dijadikan bingkai di dalam bilik itu dia pandang dengan penuh rasa bersalah. Terutamanya pada Jongin,. “Maafkan papa, Jongin..”

 

Dia tahu, Jongin pasti sakit dengan pemergian Je jae kelak. Kim Je jae yang sudah dianggap adik oleh Jongin semestinya sakit buat dia juga. Jongin yang sudah sakit dengan pemergian adik kandungnya dahulu itu tentu takut dengan pemergian itu buat kali kedua.

 

“Ini semua salah aku..” gumamnya seorang diri. Dia sedar yang selama ini dia sudah susahkan Jongin, ibunya, adiknya,.. malah dirinya sendiri. Orang yang patut mati selayaknya dia, bukan orang lain.

 

 

 

***

 

 

“Uwah! Rama-rama tu warna biru!” teriak Je jae sambil memegang kotak kaca yang di dalam terdapat beberapa bangkai rama-rama yang berwarna biru laut. Aku turut buat muka teruja di hadapan Je jae. Namun siapa yang tahu, aku sekarang dilanda gelisah yang teramat.

 

Sebenarnya aku takut. Takut yang Je jae akan meninggalkan aku nanti.

 

“Kenapa doktor senyap je ni? janganlah macam ni, doktor. Senyum? Senyum doktor.”Je jae menayangkan senyumannya di hadapan aku, dengan harapan aku akan mengikutinya senyum. Aku,..langsung tidak dapat senyum sekarang. Langsung.

 

“Jae,” aku terus memeluknya erat.

 

Kenapa dia harus mati? Kenapa dia harus sakit saat aku betul-betul perlukan dia sisiku? Kenapa cuma aku yang tidak bertuah kerana tidak dapat memiliki Je jae? Kenapa? Tolong jawab pertanyaan aku. Kenapa gadis naif seperti Kim Je jae ini mempunyai jangka hayat yang pendek. Kenapa,..

 

Je jae mengusap belakang aku dengan lembut. “Jangan sedih, doktor. Pak cik Oh kata, mati ni semua orang akan merasainya. Hari ini, hari Jae, mana tau esok lusa hari doktor pula. Nanti Jae kenalkan doktor dengan mendiang ibu dan ayah Jae ya,.” Katanya menambahkan lagi rasa sebak di dadaku.

 

“Doktor sayang Jae.” Ujar aku.

 

“Jae sayang doktor juga,” balasnya sambil mengelap air mata tanpa aku sedari. Bibirnya yang pucat tiba-tiba menggeletar sendiri, namun ditahannya.

 

“Doktor, nak kimbap gulung boleh tak? Jae teringin nak makan.” Pinta gadis kecil itu. Selalunya aku yang akan melepaskan dulu pelukan ini, tetapi kali ini gadis itu sendiri yang melepaskan dahulu. Ini yang membuatkan aku bertambah gelisah.

 

“Ikut doktor pergi beli ya?” soal aku. Dia menggelengkan kepala.

 

“Jae duduk dekat bangku sana. Kaki Jae letih,” katanya perlahan. Aku berat hati mahu membiarkan Je jae duduk seorang diri di situ. Tetapi yang dia mahu, terpaksa aku ikutkan. Aku berjalan ke gerai berdekatan untuk membeli kimbap gulung itu.

 

Je jae berjalan ke bangku yang kosong dan duduk di atasnya. Dia memerhati orang asing yang lalu lalang di hadapannya. Satu nafas panjang di keluarkan.

 

“Je jae?” satu suara memanggil nama Je jae. Je jae berpaling ke tepi untuk melihat siapa pemilik suara itu. Wanita itu tersenyum manis kearah Je jae. “Hai.” Sapanya.

 

Wanita itu terkejut apabila Je jae membalas senyumannya buat kali pertama. Dia berasa sungguh terkejut dan gembira dengan perkembangan terbaru daripada Je jae.

 

“Sinilah, kak misi!” Je jae memanggil wanita itu mendekatinya. Tanpa berlengah, langkah wanita itu berjalan kearah Je jae dan duduk di sebelah gadis kecil itu.

 

“Je jae datang sini dengan siapa?” soal misi itu. Semua orang di sekeliling Je jae hanya pelancong tempatan yang datang ke sini bersama anak-anak mereka. Cuma Je jae seorang di sini.

 

“Doktor Jongin. Kak misi pula?” soal Je jae kembali.

 

“Kak misi datang dengan keluarga abang misi. Dia sekarang dengan ibu dia,” balas misi itu. Dia pelik dengan sikap Je jae yang tidak berhenti daripada merenungnya. “Je jae ada benda nak beritahu misi ke?” tanya misi itu. Dia rasa Je jae mahu bercakap dengannya, tetapi tidak tahu macam mana mahu memulakan perbualan.

 

“Je jae nak minta maaf sebab pernah benci kak misi.” Kata Je jae bersama esakkan. Wanita itu jadi serba salah pada gadis kecil itu.

 

“Jae fikir kak misi benci doktor Jongin, jadi Jae pun benci kak misi. Maafkan Jae,” katanya lagi.

 

“Hey,.. tak ada apa yang Jae nak minta maaf. Jae tak ada salah pun pada kak misi. Dah,.. jangan nangis. Je jae anak yang baik kan?” ujar wanita itu. Dia merapatkan bahu Je jae ke bahunya.

 

“Maafkan Jae ye kak misi. Sebab Jae, doktor Jongin abaikan kak misi. Kalau Jae tahu kak misi ialah tunang dokor Jongin, Jae tak akan suruh doktor Jongin jumpa Je jae lagi,”

 

“Je jae, ini memang tugas doktor Jongin untuk jaga Je jae. Salah kak misi juga, terlalu nak kan perhatian daripada doktor Jongin. Tapi itu tak bermakna kak misi nak hubungan doktor Jongin dengan Je jae renggang tau. Kak misi tak salahkan Je jae.” Terang wanita itu. Walaupun malu mahu mengaku, ini semua silapnya. Dia tidak patut memarahi Jongin tempoh hari.

 

“Doktor Jongin sayangkan kita sama rata. Kita sama-sama perlukan perhatian daripada doktor Jongin. Jadi, kita berdua pun kenalah bertolak ansur kan?” wanita itu memandang Je jae yang mengelap air matanya dengan tapak tangan belakang.

 

“Doktor Jongin dah cerita semuanya. Tentang hubungan doktor Jongin dengan kak misi, kenapa kak misi marah doktor Jongin. Kalau kak misi nak tau, doktor Jongin sangat sayangkan kak misi. Cuma sebagai doktor, doktor Jongin tak ada pilihan lain. Doktor Jongin nak kahwin dengan kak misi,” wanita itu tersenyum kecil tatkala Je jae berkata begitu. Mula timbul rasa malu di hati.

 

“Itu kak misi tau. Kak misi pun sayangkan doktor Jongin,” balas wanita itu. Kemudian, Je jae tidak bercakap lagi. Dada Je jae mula berasa perit namun disebabkan kak misi ada, Je jae hanya mendiamkan diri. Je Jae tidak dapat bertahan lama. Dia terbatuk-batuk sambil memegang dada.

 

“Je jae okey?” soal wanita itu. Dia mengusap-gusap belakang Je jae seperti yang diajarnya sewaktu belajar dahulu. Batuk Je jae semakin lama semakin kuat dan tidak terkawal. Je jae mengeluarkan sapu tangan dan surat berwarna coklat kayu dari jaket bajunya. Surat itu diberikan kepada misi.

 

“T-ol-ong bagi de-kat D-ok-tor Jo-ngin.” Kata Je jae dengan tersekat-sekat. Dia menutup mulutnya dengan sapu tangan tadi. Serta merta sapu tangan itu bertukar warna menjadi merah.

 

“Jae! D-arah!” Je jae menggelepur di tubuh misi itu yang sedang menangis teresak-esak. Nafas Je jae kian tersekat-sekat tetapi masih banyak ucapan yang perlu Je jae beritahu.

 

“K-ak misi! Ja-e...

 

“Jangan cakap apa-apa Jae,.. bertahanlah! Demi doktor Jongin, kak misi, dan semua orang yang berada di sisi Jae. Tolong,..” kata wanita itu sambil menangis teresak-esak. Ramai orang mengerumumi mereka.

 

“Kenapa dia? Je Jae!” aku yang sedang mencari Je jae disitu terkejut dengan suasana sekeliling.

 

“Jongin,..Jae,..” ujar wanita itu dalam tangisan.

 

“Kenapa jadi macam ni, Kyungmi? Je jae? Bangun sayang. Doktor ni,..” aku mengambil Je jae daripada Kyungmi ke dakapanku. Aku memandang Je jae bersama air mata.

 

“Maafkan doktor sebab terlalu lama tinggalkan Jae. Buka mata sayang, buka mata.” Pintaku sambil menepuk-nepuk wajahnya. Je jae menelan air liur darahnya dengan senyuman.

 

“J-angan na-ngis,.. t-olong, de-mi Jae?” ucapnya perlahan. Aku mendekatkan telinga aku ke bibirnya. Suara tenggelam dengan bunyi-bunyi manusia di sekeliling aku.

 

“Apa, Jae?”

 

“Jaga kak misi elok-elok. Jangan sakitkan hati dia lagi,”

 

“Jae,..” tiba-tiba nafas Je jae turun naik laju. Aku tau, saat ini Je jae sedang bertarung nyawanya sendiri. Tetapi aku tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya Je jae menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.

 

Pada hari Selasa, 16 Oktober,2015. Tepat pukul lima petang. Gadis yang bernama Kim Je jae sudah jauh meninggalkan aku di sini.

 

“Je jae!” aku menangis sekuat hati. Naluri aku benar. Je jae pasti akan meninggalkan aku satu hari nanti, dan betul-betul terjadi. Je jae sudah meninggalkan aku.

 

“Jongin,..” Kyungmi terus memeluk erat tubuh aku yang kaku. Hanya tangisan aku saja yang bergema. “Saya ada,.. jangan nangis. Demi Je jae,” pujuk Kyungmi kepada aku. Dia mengusap-usap belakang aku.

 

Aku membalas pelukan Kyungmi dengan erat. Sebelah lagi tangan, aku mengusap kepala Je jae yang terbaring kaku di dakapanku.

 

 

 

***

 

 

Aku menatap kubur Je jae lama. Perkara yang berlaku kelmarin seakan mimpi buruk buatku. Batu nisan yang tertulis nama ‘Kim Je Jae’ aku mengusapnya dengan perasaan sebak. Seperti semalam aku baru berkenalan dengan gadis kecil itu. Kini, dia sudah meninggalkan aku.

 

“Awak,..” Kyungmi berdiri di sebelah Jongin. “Je jae ada bagi surat ni pada saya. Dia minta saat berikan surat ini kepada awak,” aku mengambilnya tanpa ragu-ragu.

 

“Saya tunggu dalam keretalah,..” Kyungmi meminta pamit kerana mahu memberikan aku ruang untuk membaca surat tersebut.

 

“Jangan!” aku menahan Kyungmi dan memegang tangannya, “Temankan saya dekat sini, please.” Pinta aku. Aku terus mengeluarkan isi surat itu lalu membacanya.

 

 Hai, doktor kacak! Pertama sekali, Jae nak ucapkan terima kasih sebab sudi melindungi Jae selama ini. Doktor terlalu baik pada Jae dan Jae sangat terhutang budi dengan doktor. Walaupun Jae tak dapat hidup lama, tapi Jae selalu buat yang terbaik bila dengan doktor. Jae tau yang doktor rindukan mendiang adik doktor kan? Jae bukan sebahagian daripada hidup doktor, tapi doktor selalu anggap saya macam adik doktor sendiri. Terima kasih, Doktor =)

 

  Jae ada satu lagi permintaan. Boleh doktor tunaikan untuk Jae? Jae tak minta banyak, Jae cuma minta doktor jaga kak misi macam doktor jaga Jae selama ni. Jae selalu nampak kak misi perhatikan doktor bila doktor dengan Jae. Jae nak perhatian doktor sepenuhnya pada kak misi. Dia mahukan lebih perhatian daripada doktor lepas ni. Dah lah, doktor. Jae nak pergi buat chemotherapy ni,. bye!

 

-Daripada Kim Je Jae kepada Doktor Terkacak, Kim Jongin-

 

Buat kesekian kalinya air mata aku menitis kerana gadis comel itu. Aku memandang kearah Kyungmi yang memandangku dengan sedikit pelik. Aku menarik Kyungmi menghadapku dan dahinya ku cium dengan rasa bersalah.

 

“Maafkan saya sebab terlalu abaikan awak. Saya minta maaf sangat-sangat,” ujar aku dengan nada kesal. Kyungmi menggelengkan kepala.

 

“Tak awak,. Saya yang terlalu mengawal awak. Saya minta maaf,” balas Kyungmi menyalahkan dirinya.

 

“Tak, tak, jangan salahkan diri awak. Awak buat saya bertambah bersalah. Jangan cakap awak yang bersalah,” Kyungmi tersenyum kecil mendengar kata-kata aku. Dia sangat berterima kasih kepada Je jae kerana mengubah aku.

 

“Saya cintakan awak. Jangan buat saya macam ni lagi?” ujar Kyungmi dalam pelukan aku.

 

“Demi awak, demi Je jae, saya berjanji tak akan abaikan awak lagi,” janji aku.

 

Mereka sama-sama berpelukan. Kehilangan seseorang yang kita sayangi memang menyakitkan, tetapi kita harus sedar yang ada lagi orang yang lebih sayangkan kita. Mereka meninggalkan tapak perkuburan sambil berpegangan tangan.

 

“Semoga doktor gembira dengan kak misi,”

 

Tamat

 

 

 


   Maafkan saya kalau terlalu pendek. Kalau ada kesalahan ejaan, saya minta maaf banyak-banyak. Nanti saya betulkan^^ anyway, terima kasih kerana membaca!

 

Misi = Jururawat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baehwililly
#1
Chapter 1: kalau jae hidup mesti dorang dah bersama . sedihnya :'
starlightkim_
#2
Chapter 1: Sedihnya cerita ni..tapi mmg daebaklah..saya suka sangat cerita ni..
starlightkim_
#3
Cantik poster cerita awak ni.
Update soom
QisHun
#4
good luck !! poster awak cantik dan simple~ <3
baehwililly
#5
Cepat update HUHU XDDDD tk shabar nak baca
tenmachan
#6
good luck! anyway, cantik poster...