Scar.

Waiting III (Scar)

Begin with : 

Ceritera Jackson.

Jackson:

              Aku melihat sekeliling dengan mata yang sayu. Kosong. Hati ku Kosong selepas Youngji meninggalkan aku. Aku seperti mayat hidup. Hidup tanpa harapan. Ya, Youngji bawa harapan ku pergi, pergi bersama dia yang hilang tanpa dikesan. Walaupun kami berpisah 3 bulan yang lepas, tapi kejadian itu terasa seperti baru terjadi semalam. Hati ku hancur. Hancur menjadi serpihan. Aku bakal suaminya, tetapi kami telah pun berpisah. Kasihan bukan?

 

          Memang benar, ini semua salahku. Aku benci diriku. Aku sendiri tidak tahu apa sebabnya kami putus. Youngji sangat keras hati. Youngji meninggalkan aku dan semua kenangannya semasa bersama ku. 7 tahun aku menyulam cinta bersamanya tetapi putus ditengah jalan. Kau sangat kejam Heo Youngji.

           Sekiranya aku boleh mengundur masa, Aku mahu berubah sepenuhnya demi kesayangan aku itu. Berubah yang terbaik untuknya. Aku tidak tahu dimana silapku. Aku tidak mahu dia tinggalkan aku. Hidup ku menjadi sunyi. Tiada kedengaran suara manjanya, melihat gelak tawanya yang unik, mendengar bebelannya, dan tiada yang mahu gaduh-gaduh manja bersama ku.

         Bau harumannya masih segar dalam kamar ku. Bau haruman bunga-bungaan yang sangat harum dan manis seperti pemiliknya. Aku rindu dia. Terlampau rindu sehingga air mataku mengalir tanpa aku sedari setiap aku terbayangkan dia disisi. Oh, Heo Youngji. Aku tak pernah jatuh cinta sebegini gila.

 

         Gila? Aku gila?

         Kelibatnya sering muncul dalam ingatan. Senyumannya yang amat aku rindu. Rumah ini menjadi saksi kami bersama susah dan senang.

          Bolehkah aku lupakan cinta pertama ku?

          'Boleh sekiranya kau bercinta sekali lagi.' Hah, itu kata orang yang tidak menyayangi pasangannya sehingga mati. Itu mitos. Itu semua auta yang direka oleh rakyat-rakyat yang putus harapan dengan cinta pertama, tetapi bukan aku. Aku masih berharap dia kembali.  Aku tidak akan pernah berubah hati, cinta aku hanya untuknya. Nae, untuk Heo Youngji seorang walaupun mengjangkau seribu tahun lamanya.

           Aku harap aku masih boleh bersama-samanya sehingga akhir hayatnya, sampai kami tua. Aku harap aku masih boleh melihat bunga-bunga sakura mekar pada musim bunga nanti. Aku mengenggam erat cincin couple milikku. “YJL- Youngji Jackson Love”.

 

 

 

 

Ceritera Youngji.

 

Youngji:

             Tiga bulan tanpa kehadiran seorang insan yang bermakna bagi aku. Dia, Wang Jackson. Dia cinta pertama dan Akhirku. Kenapa aku harus berpisah dengannya? Aku tidak mahu dia menanggung malu, bersimpati dengan ku. Aku seorang yang tabah walaupun aku kehilangannya, aku yakin aku pasti boleh melalui kehidupanku seperti biasa. Aku boleh hidup tanpa cinta. Tanpa dia. Walaupun aku amat sedih dan hatiku hancur kerana harapan aku untuk menjadi isteri kepada orang yang amat aku cintai musnah begitu sahaja.

         Sekiranya dia tahu aku bakal mati, bakal hilang keupayaan ku, hatinya akan lebih robek. Lebih baik hatinya dirobek, dihancurkan sekarang. Lagipun, dia pasti betemu jodohnya nanti. Dia tidak perlu tahu hal ini.

         Jodoh itu kan rahsia tuhan. Mati itu pun rahsia tuhan. Aku hanya bersedia untuk hadapinya.

Jahatkah aku?

          Aku tidak mampu melihatnya menangis, berteriak semasa ketiadaan aku. Aku mengharapkan sidia ada bersama ku di saat-saat akhirku menghembuskan nafas terakhir. Jackson, kenapa hati ku pedih sebegini sakitnya? Aku tidak mahu dia menanggung malu sekiranya pembedahan ke atas ku tidak berjalan lancar, aku bakal menjadi buta. Ya, buta. Hilang kedua-dua mataku. Cacat kekal. Mahukah dia mempunya isteri yang buta? Menyusahkan hidupnya pula. Mungkin dia akan simpati? Bedebah, aku tidak mahu simpati sesiapa. Aku bukan pengemis. Aku tidak mahu dilihat seperti seoraang yang menagih simpati orang. Lebih baik aku mati dari hidup dalam simpati orang.

                Sekiranya aku mati, aku harap Jackson tidak melupakan aku. Aku mahu dia tahu yang aku amat menyayanginya. Aku berharap yang musim bunga tahun ini, kami akan melihat bunga sakura yang mekar bersama-sama, tetapi apakan daya. Tarikh pembedahan ku semakin hampir, tinggal seminggu.

          Aku melihat rantai yang diberikan oleh Jackson, terdapat sebentuk cincin dijadikan loket rantai tersebut. Dibelakang cincin tersebut terselit huruf ‘JYL’ menandakan ‘Jackson Youngji Love’. Aku tersenyum. Aku akan menyimpannya selagi hatimu masih pada ku. Ini satu-satunya kenangan kita yang tinggal bersama ku.

 

 

 

 

5 tahun kemudian.

 

           Bunga-bunga sakura mula mekar di sepanjang jalanraya Seoul. Ini bermakna musim bunga sudah tiba.

          “Cantikkan?” tanya Jackson pada Hani.

           “Cantik sangat. Terima kasih sebab temankan Hani ke sini. Hani suka sangat musim bunga. Romantik!” Hani mengenggam erat tangan Jackson.

          “Awak nak makan strawberry smoothie?” Tanya Jackson sambil mengusap lembut rambut kekasihnya, Hani. Hani menangguk comel. “Aigoo, comelnya.”

           “Saya tunggu awak kat kerusi tu tau, jangan lambat tau!” Hani duduk dikerusi itu, lalu Jackson pun beredar untuk mencari strawberry smoothie.

                     


 

 

“Tumpang tanya, boleh saya duduk disini?” Tanya seoarang gadis kepada hani.

“Boleh, silakan sementara boyfriend saya pergi belikan strawberry smoothie.” Jawab hani riang. Gadis itu pun duduk. “Cantik.” Terlintas difikiran Hani sejurus melihat wajah gadis jelita disebelahnya.

“Wah, strawberry smoothie.. lama tak makan strawberry smoothie bila musim bunga. Dulu ada orang selalu bawa saya kesini dan belikan saya strawberry smoothie. Saya kerap kesini untuk tunggu musim bunga dengan harapan saya boleh berjumpa dengan seseorang. Mesti boyfriend awak tu romantic orangnya.” Kata gadis itu mesra.

“Dulu kerap juga gaduh-gaduh sebelum relay, sekarang bila dah relay .. dia jadi romantic. Pelikkan, dia pun suka minum strawberry smoothie bila tiba musim bunga.” Terang Hani.

“Samalah kita, dulu boyfriend saya pun suka gaduh-gaduh. Dia comel sebenarnya. Awak denga bf awak mesti sweet kan. Awak panggil dia dengan panggilan apa?” Tanya gadis itu lagi.

“kami tak panggil sayang-sayang ni.. Dia panggil by name je.. saya panggil dia Jack si busuk. Hahaha, nama dia Jackson sebenarnya, sebab itu…” tak sempat Hani menghabiskan ayat.

“Awak, saya nak minta tolong. Berikan in pada kekasih awak tu. Nah, ambil lah ni, beritahu kekasih awak.. ini tanda terima kasih kepadanya. ”gadis itu menghulurkan seutas rantai dan terdapat sebentuk cincin sebagai loket rantai itu.

“Eh, tunggu sekejap.. awak kenal kekasih saya???” tidak sempat Hani bertanya lagi, gadis itu berdiri dan mula kan langkahnya untuk beredar. Dia mengeluarkan tongkatnya. Hani semakin pelik. Tongkatnya meraba-raba tanah. ‘Ehh, takkan lah cik ni….’ Tiba-tiba tongkatnya terjatuh. Hani ingin menolongnya.

Gadis itu mengutip kembali tongkatnya, dan mula berjalan, beredar dari situ.

 

Kebetulan Jackson datang kearah Hani.

“Hani-ssi… Nah Strawberry Smoothie awak..” Jackson menghulurkan Smoothie tersebut kepada kekasihnya hani. Dia terlihat seutas rantai dan sebentuk cincin di rantai tersebut di tangan Hani.

“Mana awak dapat tu?” Jackson merampasnya dari Hani. Dia sangat kenal akan rantai itu.

“Tadi ada cik itu bagi. Dia cakap macam ni pada saya terima kasih pada awak, dan dia suruh saya beri ini pada awak.” Terang Hani.

“Siapa dia?” mata Jackson membulat, nadanya semakin tinggi.

“Ada cik tu, dia kata dia kerap kesini nak tunggu musim bunga dan dia tengah tunggu seseorang. Tapi kan awak, cik tu cantik sangat malangnya cik tu buta… dia baru je pergi dari sini.”

“Buta? Takkan lah..” Dia membelek cincin tersebut. “JYL? Youngji?” Air matanya mengalir. Dia terus berlari meninggalkan Hani dan mencari Youngji.

 

“YOUNGJI!!! HEO YOUNGJI!!!!” jerit Jackson. Kini Youngji menghilangkan diri lagi.

“Youngji-ahhh…” Jackson terduduk. Air matanya mengalir deras. Kini semuanya terlambat. Dia tidak dapat menahan sebak. Dia amat menyayangi gadis itu. Dia berfikir gadis itu meninggalkan dia tanpa sebab dan bahagia bersama lelaki lain, tetapi walaupun sudah 5 tahun, dia tetap menunggu jackson. Penungguan youngji yang sia-sia tetapi youngji mengharapkan orang yang sempurna dapat membahagiakan cinta pertamanya itu.

 

 


 

                    

*flashback- 7 tahun lalu*

“Jackson.. awak yakin cinta awak tak berubah sampai bila-bila?” Tanya Youngji sambil menyedut strawberry smoothie dan menikmati keindahan musim bunga.

“Sayang, sampai bila-bila, walaupun seribu tahun cinta saya takkan berubah demi awak!” Jackson mencuit hidung youngji.

“yah, tangan tu jangan nak cuit-cuit hidung saya! Erm, Awak sanggup tunggu saya walaupun saya dah mati?”

“Hidup mati saya dengan awak. Saya sanggup tunggu.”

“Betul ni? Saya pegang janji awak Wang Jackson…” Youngji mencium bibir munggil Jackson. Jackson tersenyum. “hey.. curi-curi cium ea..” Jackson memegang pipi mulus youngji lalu mencium gadis itu. Mereka dibuai keasyikan musim bunga yang sangat romatik.

 

                                 (Jackson menyuapkan strawberry smoothie ke mulut youngji)                                        

 

   -TAMAT-

 

 

Janji,

Sakitnya sekiranya tidak ditepati,

Cinta,                                                                               

Cinta tidak semestinya indah,

Cinta tidak semestinya kesudahannya bersama si dia,

Cinta perlu pengorbanan,

Pengorbanan yang amat memeritkan

membuktikan yang kita amat menyayangi dia.

Biarpun kita terluka,

Kita mampu melihat dia bahagia,

Kadang kala cinta ini membuatkan kita bersifat pentingkan diri,

Tetapi demi dia.. untuknya..

pengakhiran berbeza dengan cerita-cerita dogeng,

Kerana cinta meninggalkan parut, parut yang mendalam.

Cinta boleh berubah mengikut masa seperti manusia.

                                                                                                                                                -Youngji.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BarmyDew
2018 : Cover baru , I Miss HUR YOUNGJI SO MUCH! GOD PLEASE TAKE CARE OF HER. I'M STILL JACKJI SHIPPER ><

Comments

You must be logged in to comment
m_nanakim
#1
Chapter 1: walaupun saya ni bukan peminat Jackson, dalam crita ni entah kenapa saya dapat membayangkan dengan baik sekali cara dia mengejar dan menangis ketika mencari youngji tapi tak jumpa.....itu yang menyedihkan lagi bagi saya.....
m_nanakim
#2
Chapter 1: aigooo...... sweet giler tapi sedih giler juga........ToT..... demi kekasih tercinta dia sanggup mengundur diri..... youngji-ah.... sedih la wei..... mesti Hani rasa bersalah....
Nabila_Pss
#3
Chapter 1: Sedihnyaaaaa!!!!T_T
ShiMatoki
#4
Chapter 1: T^T WEYHHH SEDIHNYAAAAAAAAAAA /emo terlebih
inaequanimous
#5
Ko nk wat bekwoh ka
Eli_Shane
#6
Chapter 1: Aku yang letak bawang tu /ckp smbil nangis
inaequanimous
#7
Chapter 1: Spe ltk bawang ni
inaequanimous
#8
Chapter 1: Huwaaaaaaaa