chapter 14

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

"Apa..kau cuba buat ni?!" suara Minseok terketar-ketar. Perasaan takut terlukis pada wajahnya.

"Kenapa? Takut? hehehe," Wi Fan melibas-libas tali tersebut ke lantai, merenung tajam ke arah Minseok. Bagai serigala lapar di depan mangsanya, menanti masa singkat untuk membahamnya.

Tali di libas ke lantai berkumandang seluruh bilik sudah cukup mengerunkan Minseok. Luhan pula tidak terkecuali. Setapak demi setapak kaki Wi Fan cuba mendekati Minseok. 

Minseok seakan tidak dapat berfikir lagi. Matanya bagai digam masih tertumpu pada tali cemeti yang digengam oleh Wi Fan. Minseok mengundur, mengundur dan terus mengundur dirinya ke belakang. Berkali-kali dia meneguk liur. Minseok membayangkan bagaimana seorang anak kecil lemah di dera teruk oleh ibu tiri yang biasa dia lihat di kaca televisyen. Dia mengagak Wi Fan pasti melakukan sesuatu yang mungkin mencederakan dirinya. Atau lebih teruk dari itu!

 

"Wi Fan please, tolong hentikan!" tiba-tiba Luhan yang membisu sejak tadi bersuara.

 

"Hentikan? Heh." Wi Fan merengus.

"Patutnya appa bagi perhatian pada aku dan mak aku. Dah masuk lapan bulan lepas mak kahwin baru, tapi sampai sekarang appa selalu tumpukan kau lebih dari aku!" tengking Wi Fan sambil menyebat kuat lantai dengan rotan membuat Minseok dan Luhan terkejut. Wi Fan seolah hilang akal.

"Segala kasih sayang apa semua dia serahkan kat kau sorang. Appa selalu ceritakan pasal kau, prestasi kau and apa semua tentang kelebihan kau appa cakap depan aku dan mak aku. Aku dah muak dengar Min. Aku dah muak dengar semua tu! Aku nampak appa lebih bangga bila ada anak macam kau. Aku pulak, silap sikit appa tengking. Silap kau appa tak bising pulak. Kau rasa ni adil ke?"

Minseok terdiam. Pada masa yang sama dia terkejut bercampur kecewa. Otaknya cuba mencerna dengan kenyataan yang agak sukar dia terima keluar dari mulut Wi Fan. Kalau benar Wi Fan itu abang tiri Minseok, jadi ayahnya... kahwin lagi?

Dia tak tahu ayahnya kahwin lagi. Dia tak tahu ternyata ayah berpoligami selama dia tinggal di asrama. Dia tak tahu yang dia mempunyai ahli keluarga baru. Sungguh, dia betul-betul tak tahu!

Dia tertanya-tanya, kenapa ayah sengaja sembunyikan rahsia penting gini dari anak kandung seperti dia? Dia bukan budak kecil lagi kena di rahsia dewasa dari pengetahuannya! Kenapa...kenapa ayah kejam sangat?!

Minseok baru sedar yang badan belakangnya bertemu dinding. Dia kini berada di sudut hujung dinding. Wi Fan tersengih lebar, membuatkan jantung Minseok hampir sahaja mahu meletup.

 

"Wi Fan please, tolong lepaskan dia! Boleh tak kita bincang elok-elok? Dia tak salah. Dia betul-betul tak tahu hal ni!" Luhan merayu.

"Tahu ke tak tahu ke aku tak nak ambil tahu. Aku nak dia rasa apa yang aku rasa. Aku nak dia tahu bagaimana rasanya sakit, pedih...Sama seperti hati aku yang pendam selama ni." kedua mata Wi Fan masih melekat ke wajah Minseok, tidak langsung menoleh ke arah Luhan.

Minseok memeluk tubuh - seakan mengecilkan dirinya. Adrenalin mengalir laju dari kepala hingga ke hujung kaki. Nafasnya seolah tidak keruan. Dia makin panik.

Tiba-tiba dia teringat peristiwa-peristiwa ngeri berlaku di sekolah ketika itu.

"Kau ke...yang bunuh-"

"Ya," Wi Fan mencelah.

"Ke..kenapa?" soal Minseok.

 

Wi Fan jeda. Mungkin sedang berfikir sejenak.

"Aku nak..." kata Wi Fan terhenti seketika lalu memandang Luhan. Kemudian, dia memandang semula ke arah Minseok.

 

 

 

 

"Aku nak hidup kau 'kosong',"

"Huh?" Minseok hairan.

 

"Kalau bukan sebab Yoona, kau takkan dapat gelaran kingka sampai sekarang.  Hidup kau takkan bosan bila group BTS asyik bersaing dengan kau main bola sepak. Aku rasa tercabar bila group BAP buli kau, mereka fikir mereka hebat di mata kau. Mr. Kibum pulak layan kau macam anak emas. Yelah cikgu tu selalu utamakan kau bila waktu dia mengajar. No wonder lah kau selalu dapat markah tinggi dalam kelas. Disebabkan tu jugak appa rasa bangga bila tengok prestasi kau selalu naik kalau tak lagi tak bukan sebab Yoona, BTS dan Mr. Kibum. Appa selalu bagi perhatian kat kau bila apa apa jadi kat kau sepanjang kau tinggal di asrama. Kau selalu bagitau alasan kau bila appa tanya pasal luka kau. Terjatuh bawah tanggalah, accident lah...padahal semua tu kerja BAP. So, appa lebih risaukan kau dari aku. Aku yang t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu