chapter 8

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

Minseok terbangun, melihat jam tangan menunjukkan pukul 1:45 pagi. Dia memandang ke katil sebelah, Kai masih tidur dengan nyenyak. Dengkuran halus Kai kedengaran di cuping telinga Minseok. Penat gila agaknya mamat tu.

Tiba-tiba Minseok teringat mesej yang diterimanya tadi. Lantas dia bangkit bangun dari katil. Ketika bangun, secara tidak sengaja katil itu mengeluarkan sedikit bunyi membuatkan dia tersentak. Matanya terus memandang Kai. Tidak mahu tidur Kai terganggu apabila sudah tahu Minseok terjaga. Terlihat Kai seakan tidak langsung bergerak, masih dibuai mimpi indah agaknya. Minseok menghela nafas lega. Dia memandang telapak tangannya, lalu dia mengeluh berat. Mesej itu masih terlekat pada telapak tangan dan belum pudar.

Perlahan-lahan Minseok mendekati almari, mengambil baju t shirt hitam dan seluar track. Sebelum ini dia hanya mengenakan baju singlet putih dan boxer. Dia menukar pakaian tersebut dengan penuh berhati-hati. Dia tidak mahu Kai terjaga dan mengetahui Minseok pergi ke dewan. Dia masih teringat akan mesej yang berbunyi amaran. Dia tidak mahu jika Kai diapa-apakan.

Matanya berubah segar. Kini, dia bersedia dengan apa yang dia bakal hadapi selepas ini. Kadang-kadang sedikit perasaan takut hadir dalam dirinya, mungkin dia bakal berdepan dengan 'si pembunuh'. Pada mulanya, dia memang tidak mahu ke sana seperti yang di arahkan mesej itu. Bukan dia mempercayai mesej itu tetapi entah kenapa hatinya keras tekad untuk pergi ke sana. Dari mana dia mendapat keberanian itu, dia juga tidak pasti.

Perlahan-lahan Minseok membuka pintu, melangkah keluar dan menutup semula pintu dengan penuh berhati-hati. Dia menghela nafas lega.  Tiba-tiba,

 

"Pap!" Minseok hampir sahaja mahu menjerit apabila bahunya ditepuk namun mulutnya sempat ditekup oleh seseorang.

"Jangan takut, aku tolong kau," dia berbisik ke telinga Minseok dan melepaskan sebelah tangannya dari mulut Minseok.

"K-Kyungsoo?" Minseok terkejut bercampur hairan. Mata Kyungsoo.....berwarna merah!

"Ikut aku. Dia nak jumpa kau," Kata Kyungsoo.

"Dia? Siapa?" 

Kyungsoo tidak menjawab, sebaliknya dia melemparkan senyuman manis dan berjalan. Secara automatik Minseok mengikuti Kyungsoo.

Minseok memandang kanan, kiri dan belakang dengan hairan. Mana tidaknya, sekiranya mereka lalu jalan terbuka seperti ini, sudah tentu warden asrama apatah lagi pelajar-pelajar yang tidur akan mendengar jejak dan ternampak kelibat mereka.

"Yang tu kau jangan risau. Dia dah 'tidurkan' semua warden dan budak asrama. Mudah sikit kerja kita nak pergi jumpa dia." Kyungsoo berbicara tenang dan terus berjalan tanpa menoleh Minseok. Kyungsoo seaka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu