final

Happy Birthday Kookie!!

Di pagi yang indah lagi nyaman...

 

" Kookie! Kookie! Bangun..bangun!! Dah pagi! " kejut Jimin sambil melompat-lompat di atas katil Jungkook.

 

Jungkook yang terjaga dari tidur terus menyepak kaki Jimin sehingga jatuh ke lantai. Jimin mengerang kesakitan yang terasa di buntutnya.

 

" Sakitlah! " jerit Jimin.

 

" Sapa suruh tanjai-tanjai atas katil orang." kata Jungkook dengan muka  tak bersalah terus turun dari katil menuju ke toilet untuk bersihkan diri. Jimin berjalan keluar sambil mengurut buntutnya yang masih sakit itu.

 

" Ha,Jimin.Apsal tu?" tegur Namjoon yang melihat Jimin mengurut-urut buntutnya.

 

" Takda pa,la." kata Jimin.

 

" Wei,mari berkumpul kejap." panggil Jin dan semua kekawannya berkumpul di ruang tamu.

 

" Hari nie birthday,Kookie kan? So,kita nak celebrate kat mana?" soal Jin.

 

" Hari nie birthday Kookie ke? " soal Taehyung sedikit kuat membuatkan Yoongi terpaksa mengetuk kepalanya dengan seduk kayu yang entah dari mana datangnya.

 

" Diam la sikit. Apalah kau nie. Birthday adik kesayangan sendiri pun tak ingat ke?" kata Yoongi dan Taehyung hanya tersengih.

 

" Saya ingatkan kelmarin birthday dia." Jawab Taehyung.

 

" Dah,dah.. Sekarang apa plannya?" soal Hoseok dan mereka pun mula berbincang tentang party kejutan untuk Jungkook.

 

" Korang duk berbual apa,tu? Kutuk saya ye?" soal Jungkook dari belakang membuatkan hyung-hyungnya yang lain terperanjat.

 

" Kau nie buat kitorang lemah jantung je tau." kata Jin lalu beredar masuk ke dapur bersama Yoongi swag.

 

Jimin duduk di sofa sambil tengok tv dengan Hoseok dan Namjoon. Taehyung masih lagi berdiri kat situ sambil melihat Jungkook.

 

' Aku nak beli hadiah apa kat budak nie,ye?' soal Taehyung dalam hatinya. Jungkook memandangnya pelik.

 

" Hyung,okay ke?" soal Jungkook membuatkan Taehyung tersedar dari lamunannya. Tanpa menjawab pertanyaan Jungkook,dia terus join dengan kekawannya yang lain tengok tv, Jungkook mengangkat bahunya tanda tak faham dengan perangai hyungnya yang sorang tu.

 

Sarapan pagi sudah pun siap disediakan oleh chef Jin dengan pembantunya chef Yoongi yang tetiba jer pada hari itu dia begitu rajin masuk ke dapur buat pertama kalinya. Selesai sarapan dan berbual semua,Taehyung meminta diri untuk keluar.

 

" Hyung,nak ikut boleh?" soal Jungkook tetapi Taehyung tidak membenarkannya.

 

Taehyung mula keluar dan Jungkook sedikit hampa sebab ini kali pertama Taehyung tak benarkan dia ikut sekali.

 

" Kookie,jom keluar jom. Hyung ingat nak beli barang sikit la." ajak Jimin dan Jungkook hanya mengangguk.

 

Jimin,Yoongi dan Jungkook keluar sekali. Hoseok,Namjoon dan Jin tinggal di rumah untuk membuat persiapan untuk majlis hari kelahiran Jungkook.

 

Di KL Plaza..

 

" Kita buat apa kat sini? Bukan kata nak beli barang ke?" soal Jungkook hairan.

 

" Nak beli barang la,nie." jawab Jimin.

 

" Saya ingatkan nak beli barang dapur ke apa tadi." kata Jungkook.

 

" Yang tu semua serahkan kat Jin hyung je.Kan,Jimin?" kata Yoongi dan Jimin hanya mengangguk.

 

" Dah,la. Jom kita enjoy! " kata Jimin lalu menarik Jungkook ke mana authornim tak pasti.

 

Di Coffee Shop.

 

" Kau knape,Tae? Resah macam hilang bini je kenapa?" soal Daehyun lalu meletakkan secawan coffee latte di atas meja.

 

" Kalau hilang bini boleh cari lain. Tapi sekarang saya duk fikir nak beli hadiah apa kat adik saya sorang nie,ha.Tension betul la." kata Taehyung lalu minum coffee latte itu.

 

" Sedapnya." sempat lagi si Taehyung memuji.

 

" Amboi,senangnya cakap kalau bini hilang cari lain. Kau nie memang kaki perempuan kan?" kata Daehyun.

 

" Ye ke kaki perempuan?" soal Taehyung lalu menyelak kaki seluarnya untuk melihat sama ada kakinya macam perempuan ataupun tak.

 

Daehyun menyekeh kepalanya.

 

" Tak payah nak loya buruk sangat lah kat sini." marah Daehyun dan Taehyung hanya tersengih.

 

" Macam mana nie,hyung? Nak beli hadiah apa?" soal Taehyung yang masih buntu.

 

" Adik kau suka apa? Kau beli lah apa yang dia paling suka." cadang Youngjae yang kebetulan lalu di situ dan duduk di sebelah Daehyun.

 

" Ha'ah la. Dia suka Iron Man. Tapi..." 

 

" Tapi apa?" soal Daehyun.

 

" Tapi pakcik kat kedai seberang jalan sana tu taknak jual kat saya." 

 

" Peliknya. Apa yang dia taknak jualkan tu?" soal Youngjae dan Taehyung menunjukkan gambar berdiri Iron Man yang dipamerkan di kedai itu. [taktau nama apa papan tu]

 

" Kau nie kan Taehyung. Nak kata bengap marah tapi..Ntah nak cakap apa pun tak tau. " kata Daehyun yang pening dengan adik angkatnya sorang nie.

 

Sementara itu di rumah.

 

Hoseok cuba mengantung kain rentang yang tertulis 'Happy Birthday Kookie Cookies' di siling tetapi malang tak berbau apabila seekor labah-labah merayap dilengannya membuatkan dia menjerit dan terjun dari tangga yang tak berapa nak tinggi tu. Namjoon yang meniup belon di bawah terpaku melihat kejadian itu.

 

Jin yang berada di dapur terkejut terus menuju ke ruang tamu.

 

" Aphal tu?!" soal Jin terkejut.

 

" Hyung,labah-labah besar hyung. Dia..dia merayap kat tangan saya. Geli siot." rungut Hoseok.

 

Namjoon mengambil labah-labah yang berada di lantai lalu membawa kepada mereka.

 

" Nie,ke? " soal Namjoon dan Hoseok terus lari ke bilik sambil menjerit. Jin hanya mampu mengeluh.

 

Berbalik ke KL Plaza.

 

" Hyung nie dah knape? Asyik-asyik bawa saya pi kedai anak patung nie dari tadi kenapa? Saya bukan budak-budak lagi dah la." ngomel Jungkook yang dah penat masuk ke kedai anak patung.

 

" Eh,hyung ingatkan kau masih budak-budak. Ohh,dah matang dah adik kita sorang nie rupanya." kata Jimin lalu mengosot rambut Jungkook. Jungkook menepis tangan Jimin. Jimin mula masam seketika.

 

" Dah,la korang. Jom masuk kedai barang Kpop tu la." ajak Yoongi dan mereka hanya menturuti.

 

Setelah lama membeli belah semua hari pun dah makin gelap,Yoongi mengajak mereka berdua pulang. Sebelum Yoongi masuk ke dalam kereta dia menelefon seseorang.

 

" Wei,siap tak lagi?" soal Yoongi dalam phone.

 

" Dah cuma si Taehyung nie tak balik-balik lagi. Call tak dapat. Dia off phone dia." jawab Hoseok pula.

 

" Biar la kat dia. Kami nak balik dah nie." kata Yoongi.

 

" Okey..okey.." jawab Hoseok dan panggilan ditamatkan.

 

Mereka bertiga pun pulang ke rumah. Sebaik sampai kat rumah Jungkook diberi kejutan oleh hyung-hyung kesayangannya. Siap dapat hadiah lagi dari hyung-hyungnya.

 

" Thanks,semua. Mana Taehyung hyung?" soal Jungkook yang perasan Taehyung takda dalam majlis itu.

 

" Entahlah,Kookie. Hyung call dia tadi tak dapat." kata Jin.

 

" Saya call pun tak dapat." kata Jimin pula.

 

" Guys! tengok nie! " panggil Yoongi dan mereka semua berkumpul di depan tv dengar berita.

 

' Seorang pemuda dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan pancutan empat roda di depan kedai coffee shop.'

 

" Eh,tu bukan kedai abang angkat Taehyung ke? " soal Hoseok dan semua masih tertumpu.

 

' Pemuda itu dikenali sebagai Kim Taehyung yang berusia dalam lingkungan 20-an meninggal dunia di tempat kejadian..'

 

Mereka semua tergamam apabila mendengar nama itu. Otak mereka saat itu masing-masing tidak dapat berfungsi sebab terlalu terkejut dengan apa yang menimpaTaehyung.

 

" Taehyung hyung!!" jerit Jungkook dan berlari keluar dari rumah itu diikuti kekawannya yang lain.

 

" Jungkook! Tunggu! " panggil Jimin.

 

" Taehyung hyung!!! Andwae!!" jerit Jungkook dalam tangisan.

 

Tetiba langkah Jungkook terhenti membuatkan kekawannya yang lain turut terhenti. Mereka semua tergamam melihat Taehyung sedang bermain buaian di taman berhampiran kawasan perumahan mereka. Taehyung memandang ke arah mereka kerana dia ternampak bayang-bayang di tanah.

 

" Oh? Korang semua ada kat sini kenapa?" soal Taehyung yang terkejut dengan kehadiran kekawannya kat situ.

 

" Hantu!! " jerit Hoseok membuatkan semua terkejut termasuk Taehyung.

 

" Mana hantu?!" soal Taehyung lalu berlari ke arah mereka. Semua pakat lari lintang pukang tak cukup tanah.

 

" Kejap!" jerit Jungkook dan semua berhenti. 

 

" Knape?" soal Jin kepenatan.

 

Jungkook menundukkan kepalanya dan melihat di celah kangkangnya untuk melihat sama ada Taehyung itu hantu ataupun tidak. A'la macam dalam filem hantu tu. Dan ternyata bahawa Taehyung bukannya hantu.

 

" Hyung!!" jerit Jungkook lalu memeluk Taehyung. Kekawannya yang lain pun turut memeluknya juga. Taehyung hairan.

 

" Awat korang semua,nie? Nangis-nangis cam bayi nie knape? Namjoon hyung mana hilangnya 'cool' hyung? Yoongi hyung tak 'swag' la kalau nangis camni.." soal Taehyung hairan.

 

'Pakk!' 

 

satu tamparan hinggap di lengan Taehyung membuatkan Taehyung mengerang kesakitan.

 

" Sakitlah!! " marah Taehyung kepada Jin.

 

" Awat orang call taknak angkat?! Awat off phone kau tu?! Kau tau tak tadi masuk berita nama kau terlibat dalam kemalangan and mati?! Kau buat kitorang risau tau tak?!" tudiah..Kena dah bebelan dari omma Jin.

 

" Saya bukan saja-saja off phone la. Bateri phone habis."

 

" Habis awat tak reti-reti nak balik ke?! " soal Jimin dalam tangisan lalu dia mengelap air matanya. Yoongi menenagkan Jimin sambil mengelap air matanya sendiri.

 

" Saya...Saya bukannya saja-saja taknak balik cuma..Saya takda apa-apa hadiah nak bagi kat Kookie. Dah merata tempat saya cari tapi semuanya mahal. Saya malu lah kalau balik tangan kosong dengan tak bawa hadiahkan.So,saya.." katanya terhenti apabila Jungkook memeluknya.

 

" Hyung selalu ada disisi saya pun dah cukup.  Itulah hadiah paling sempurna untuk saya." kata Jungkook membuatkan kekawannya yang lain terharu begitu juga dengan Tehyung.

 

" Maaf buat korang semua risau." kata Taehyung.

 

Mereka semua pulang ke rumah untuk sambut birthday boy yang tertangguh tadi. Orang yang meninggal tu hanyalah kebetulan nama sama dengan Taehyung. Birthday itu adalah paling 'daebak' buat Jungkook.

 

Tetiba lampu terpadam. 

 

" Namjoon hyung bayar bil elektrik tak tadi?" soal Jimin.

 

" Bayar lah."

 

Jin membuka lampu suluh di handphonenya dan ternampak 'sesuatu' di belakang Jungkook. Semua muka 'cuak' kecuali Jungkook yang tak tau apa.

 

" Awat?" soal Jungkook lalu memandang belakang.

 

" Happy birthday,Kookie! " ucap 'hantu' Taehyung yang sebenar dengan suara garau membuatkan semua lari tak cukup tanah keluar rumah.

 

 

THE end..

 

HAPPY BIRTHDAY KOOKIE!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 1: omaigad !!! hantu tuh taehyung yang mati ker taehyung sebenar ? lawaklah emding die !!
Yvonne_Zhang
#2
Chapter 1: Omaigad..trharunya..cma endingnya tu,mmg lwak..hahaha.daebak authornim..