FOUR

Saranghae
Please Subscribe to read the full chapter

Pada keesokkan harinya, Hana bangun lambat kerana cuti. Hana sedang bergolek golek di atas katilnya dan terjatuh. 'BUK!' Kuat jugak sound effectnya. "Adoii!!!" Hana terjerit kecil. Taehyung membuka pintu bilik Haha melihat keadaan kembarnya itu. Jatuh tertirap dengan selimut. Rambut kusut masai.

 

"Kenapa Hana? Mimpi jadi perenang kuak lentang?" Taehyung memandang ke arah Hana sambil mengunyah biskut. Hana bangkit dari jatuh dan duduk. Matanya masih terpejam.

"Terjatuhla. Ish oppa ni" Hana menggarukan kepalanya.

"Hehehe. Depan rumah Zico tu diorang pindah hari ni." Taehyung menarik kerusi belajar Hana dan duduk. 

"Betul ke??" Hana memandang ke arah Taehyung.

"Yep. Diorang ada anak sorang. Sebaya dengan kita. Mungkin esok kut dia masuk ke sekolah" Taehyung memandang Hana. "Lelaki ke perempuan ek?? Hehehe" Taehyung membuat muka miang.

"Gatal la oppa, keluarlah. Nak mandi ni" Hana mengheret Taehyung keluar.

 

Selesai mandi, Hana turun ke bawah dan nampak Taehyung sedang belajar dengan Jimin. Hana menuju ke dapur. Hana termenung. Kenapa semalam, sepanjang dia berjalan dengan Zico, terasa macam ada seseorang memerhatikannya. Takkan kekasih Zico kut. Zico mana ada girlfriend. Taehyung yang ingin mengambil air ternampak Hana yang sedang termenung. Taehyung malas nak menegur Hana dan keluar dari dapur. Taehyung duduk di hadapan Jimin.

 

"Aku rasa Hana ada perkaralah yang disembunyikan dari aku" Taehyung memberitahu tanpa memandang ke arah Jimin.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Jimin memandang ke arah Taehyung.

"Well.. aku kan kembar dia. Aku tahu la. Hana suka sangat termenung semenjak dua ni" Taehyung menongkat dagunya dan memandang ke arah Jimin.

"Haha! Kau rasa Zico tahu tak masalah Hana tu?" Jimin menongkat dagu dan menggarukan kepalanya dengan pen.

 

Hana keluar dari dapur dan menuju ke arah Taehyung. "Buat apa?" Hana bertanya tiba2 menyebabkan Taehyung dan Jimin terkejut. Taehyung mengangkat buku menunjukkan yang dia tengah belajar. Hana tersengih. Hana menuju ke arah pintu dan keluar. Dia duduk di atas bangku di bawah pokok di hadapan rumahnya. Hana menarik kakinya dan duduk bersila dan mendengar lagu dari phonennya. Matanya melihat ke rumah jiran barunya itu. 

 

"Noona!" Jungkook menuju ke arah Hana. Hana tersenyum memandang Jungkook.

"Jungkook.. tak jalan2 ke hari ni?" Hana mencabut earphonenya.

"Tak. Malaslah. Bangun lambat hari ni. Makcik dan pakcik tak balik lagi ke?" Jungkook duduk di sebelah Hana.

"Belum. Minggu depan kut diorang balik" Hana bermain dengan phonenya. Hana juga melihat ke arah rumah sebelah. Biasanya Zico akan mengacau dia pada hujung minggu. Jungkook perasan akan pendangan mata Hana ke rumah sebelahnya. 

"Noona rindu Zico hyung ke?" Jungkook mengangkat kening dan tersengih nakal.

"Mengarut lah!" Hana menjengilkan matanya ke arah Jungkook. "Jom ke rumah Zico." Hana menarik tangan Jungkook. "Oppa!! Hana ke rumah Zico!!" Hana menjerit di muka pintu. "JOM!" Hana menarik tangan Jungkook.

 

 

***********************

 

 

Zico masih berselubung di dalam selimut. Omma dan Appanya tiada di rumah kerana pulang ke kampung selama seminggu kerana neneknya sakit. Zico tidak mengikut memandangkan dia bersekolah. Alasan! Cakap jela taknak berpisah dengan Hana. Zico tinggal di rumah dengan abangnya, Jaeho. Jaeho meletakkan tangannya ke atas dahi Zico. "Demam rupanya, patutla tak pergi ke rumah sebelah" Jaeho tersenyum.

 

"Annyeong!!" Hana menjerit di hadapan rumah Zico. Pintu rumah Zico terbukak dan ternampak Jaeho. Hana tersengih memandang Jaeho. "Jaeho oppa, Zico ada dekat rumah tak?" Hana bertanya.

"Ada, dia sedang tidur. Demam panas budak tu" Jaeho tersenyum. "Korang masuklah dulu. Zico ada dalam bilik dia, pergi lah jenguk." Jaeho memberi laluan kepada 2 orang tetamu a.k.a jirannya itu. Hana terus menuju ke bilik Zico. Dia ternampak Zico masih tidur. Hana meletakkan tangannya ke atas dahi Zico. Panas. Hana membasahkan tuala dan meletakkannya di atas dahi Zico. Dia memandang ke arah wajah Zico yang masih terlena. Jungkook hanya memerhati.

"Hana, oppa hendak keluar. Boleh tak Hana tolong jagakan si Zico ni?" Jaeho memandang ke arah Hana. Hana menganggukkan kepalanya. Jaeho tersenyum "Oppa pergi dahulu. Bye Hana, Bye jungkook". Jaeho hilang di sebalik pintu. Hana kembali menatap muka pucat Zico. Jungkook join duduk di sebelah Hana.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: updateee sooon!!"!
kamong
#2
Chapter 5: pahal dgn rapmon ? erghh
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: Huwaaaa T^T
Jahatnya Kim Hana... kenapa buat Zico macam tu... T^T
aquariusxpisces
#4
Chapter 4: Wahhh!!!! Untungnya sama birthday dgn Taehyung!!!!
aquariusxpisces
#5
Chapter 3: Huwaaa....knp x confess?
aquariusxpisces
#6
Chapter 1: Huwaaaaa π_π
Kesiannya biasku tu...zico suka hello kitty? Hahahahaha XD
aquariusxpisces
#7
Tahniah!!! Jumpa pun ff pasal block b