Perasaan.

Saya rasa macam terlalu kejam. Rasa macam dah jadi pembunuh tanpa sebab. Setiap kali hendak menulis cerita yang kejam, pasti sahaja ada perasaan bersalah di pengakhiran karya yang sering bersama gerun dan debar. Kadangkala saya sendiri takut dengan apa yang saya tulis. Saya takut semuanya jadi nyata dan berlaku dalam dunia saya. Mungkin kerana terlalu berpengaruh. Saya selalu sangka watak yang saya cipta merupakan kawan-kawan saya yang saya kenali. Oleh sebab itu, hati mula berasa gerun. Perasaan bersalah mula timbul. Betullah kata orang, penulisan genre yang kejam memang membawa kemudaratan kepada penulis itu sendiri. Tetapi, hanya dengan cara ini saya mahir dalam menyampaikan nasihat. Semua cerita saya semuanya dengan nasihat yang sama. Cuma berbeza cara. Kena dalami baru sedari, nasihat apa yang saya berikan sebenarnya. 

Kesan positif kepada saya. Saya dapat belajar lebih mendalam cara-cara kematian yang teruk-teruk. Saya semakin memahami bahawa kematian boleh tiba tanpa jangka cara matinya. Amalan menjadi penentunya. Saya mendalami pelbagai kematian mangsa yang dibunuh oleh 'pemangsa'. Setiap kali hendak menghasilkan cerita, tangan saya lincah mencari maklumat di Google. Semakin lama semakin mendalami mati. MATI. Memang semua akan selaminya. 

Ingat mati, ingat diri. 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet