About random

Hai korang,

*bawa diri di ceruk meja belajar* mengenang masalah diri yang pelik. Kenapa pelik? Sebab heartz orang yang boleh tahan pelupa. Betullah~ tak percaya tanya heartz *hehehe*. Haihh, hari kawan heartz yang ke-14 mengamuk dan marah pada heartz. Mana tak nyer setiap kali birthday diaorang, heartz dengan bangga jadi orang terakhir wish. Tapi wish seminggu kemudian hee~

Memang rasa bersalah tetapi dah lepas. Hanya maaf yang dapat dihulurkan. *duduk tepi katil pula* Maaf kawan dan tak lupa Papa saya juga 'Im so soorrryyy Papa' . Yang best tentang heartz lagi adalah......*bunyi gendang muncul entah dari mana* turung tung tun tung ~ adalah  heartz akan terlupa nama orang yang baru berkenalan dengan heartz dalam masa 5 minit. Nama je okey tapi muka tak lah. Tu yang kalau orang tiba-tiba panggil atau tegur, heartz akan balas dengan senyuman sahaja sebab ingat muka tapi nama lupa. Benda ni ada jadi dekat korang tak???

Cerita heartz pun lama terbiar. Rasa segala atuk, nenek, cucu lelabah dah buat penempatan setinggan kat situ. Heartz dah mula sibuk semula dengan assingment dan final project yang turun macam hujan batu di otak sendiri. Psst..psst....nak tahu??? Untuk ni serius heartz tak suka final project heartz sebab itu semua berkaitan buah nenas. Benci nenas, katakan tidak pada nenas, nenas not wanted. Oleh itu, diri ini memang sengaja buat-buat lupa dan cari idea lain untuk lari dari nenas

Pineapple it so scary than ghost..

 

 

 

Kkk

Comments

You must be logged in to comment
ren16zaizen
#1
Semi a orang ada masalah pelupà, coma teruk atau x je...

Well, I'm forgetful person too.