Abah...

Assalamualaikum...

(Actually benda ni bukannya apa-apapun,tapi kalau nak baca silakan...)

Sesungguhnya makhluk ciptaan Tuhan ini sangat berharga bagi saya. Sungguh disayangi dan dicintai...

Abah...

Pada 22 April 2010. Pada jam 8.30 pagi.  Semasa hari persekolahan...Abah tinggalkan saya sekeluarga bersama seorang ibu,seorang kakak dan tiga orang abang. Saya adalah anak bongsu.

Umur saya 9 tahun waktu itu. Sekarang saya berumur 13 tahun.

Bongsu bukan sekadar bongsu,dalam keluarga,saya yang paling rapat dengan Abah. Ya,saya anak ayah. Ramai orang kata yang muka saya dan Abah serupa. Anak ayah! ^_^  (feel proud)

 

 

Abah,Adik rindu Abah sangat-sangat!  Abah tahu tu?  Adik terasa sunyi sangat sebab Mama lebih manjakan Abang,Angah,Ande dan Anchik daripada Adik. Hehe,tapi tak ape...Adik masih ada Abah dalam hati Adik...!

Rasa macam nak ikut Abah sekali ke 'sana'.  Adik nak jaga Abah dekat 'sana' tapi tak boleh...  Mama cakap,Adik kena teruskan hidup dengan usaha.  Mama cakap Mama nak tengok Adik berjaya bila dah besar nanti...  Insyaallah...

Abah nak tahu?  UPSR adik dapat 4A 1B.  Periksa akhir tahun ni pun adik dapat nombor 17/31 dalam kelas dan 18/217...   Kalau Abah ada mesti Abah bangga dengan pencapaian Adik kan?  Adik nak sangat Abah puji Adik macam dulu,

"Pandai anak Abah,macam Abah."

Hehe,kalau dengar semua tu masti best!

Abah,nak tahu? Adik Form 1 tahun ni kelas Amanah,1st kelas punya... ^_^

Abah,Adik akan hadiahkan Abah banyak-banyak Al-Fatihah ye?! Hehe...

 

 

Sorry ganggu wall reader ye? Saya just miss my Abah for no reason. I am pabo right? (Ah,I am tearing)

 

 

Jadi saya ingin beri ceramah sikit ye...Hehe,sikit je,senang lagi.

Hm...bagi reader-reader sekalian yang masih mempunyai ayah silalah sayangi mereka dengan seprnuh hati anda. Sebab apa? Ayah seorang bapa kepada kita,seorang suami kepada ibu kita dan pemberi makan minum kita. Ibu pun kenalah disayangi juga ya! (Tapi kalau saya,saya lebih rapat dengan Abah saya)

Bye!

(Luahan hati daripada seorang insan yang comel...........Hehe,gurau. Eww...perasannye! I mean,luahan hati daripada seorang insan yang penyayang) (Why penyayang? Cuz saya sayang semua orang! Termasuklah my lovely namja chingu! Oops! Hehe...)

Comments

You must be logged in to comment
IzyAngel98
#1
U tearing me ... T^T
^^ benda dah lepas. Hidup perlu diteruskan!