Hanya Coretan.

Kadangkala, memang sering menjadi tanda tanya, apakah kita hidup dalam sebuah lakonan yang mempunyai watak-watak atau hidup dalam sesuayu yang nyata yang dipanggil realiti? Apakah kita sedar bahawa kehidupan kita umpama lakonan yang mempunyai pilihan? Setiap watak-watak sampingan merupakan orang di sekeliling kita, tetapi, drama yang kita lalui, filem yang menjadikan kita watak utama ini tidak mempunyai sebarang latar yang jelas; sering berubah. Plot yang teratur; sering mempunyai kejutan. Warna-warni bicara; dipenuhi kritikan, gurauan, nasihat. Hidup yang perlu kita tempuhi adalah sesuatu yang nyata, tidak boleh diulang semula andai tersalah cara. Tidak seperti drama atau filem di televisyen, boleh diulang semula andai terlupa bicara. Hidup kita kini adalah drama dan filem yang nyata. Diperhati oleh orang ramai dan juga yang di atas. Sekali diri tersalah langkah, cemuhan akan telinga tadah. Kehidupan akan menjadi susah. Sering dipenuhi dengan segala memori yang tidak menyerlah. Tidak indah. 

 

Kadangkala, mungkin kita lupa, sebenarnya memang kita hidup memerlukan watak-watak sampingan dan bukan berseorangan. Kita tidak sehebat watak utama drama atau filem. Sekali kita ditembak, bukan kita akan bergerak. Bukan kita akan mula bangun semula. Andai tercatat MATI. Maka tetap akan MATI. Tiada apa yang boleh kita ubah. Kerana itulah sudah dikata, hidup kita merupakan lakonan kita yang mempunyai pilihan. Andai tersalah pilih, maka hidup. Hidup kita. Apa yang akan berlaku? Mungkin semua boleh mengagaknya. Sejujurnya, kehidupan saya memang gembira, tetapi entah kenapa, saya lebih suka bersendirian. Apakah kerana sering terasa seperti ada pemerhati? Atau ketakutan yang sering menemani? 

 

Kadangkala, saya terfikir, apakah cara penulisan saya ini merupakan identiti saya yang sebenar? Sejujurnya, tidak pandai akan saya untuk menulis sebuah cerita bahagia, perlu sedikit usaha yang nyata. Tetapi tidak andai sebuah cerita yang dipenuhi dengan cerita yang suram. Kini, coretan yang saya lakukan ini sebenarnya adalah untuk bertanya, apakah saya wajar menulis cerita yang suram? Atau cerita yang girang? Atau kedua-duanya? Setiap kali saya menulis cerita yang suram, atau mencoretkan setiap bait-bait perkataan umpama ini, pasti ada satu perkara yang lemah. Badan saya menjadi semakin lemah dan jantung berdegup pantas, ya, ketika menulis sebuah karya seram dan suram, saya terlalu selami wataknya sehinggakan pernah sekali saya sehingga demam, tetapi cerita itu tergantung sehingga kini dan akhirnya lenyap dalam komputer riba kerana terlupa untuk menyelamatkan fail tersebut ketika diformat. Apakah saya memang jenis yang suram? Sejujurnya, saya hanya akan bertukar rupa setiap kali menulis pelbagai genre. Dan genre yang pernah saya tulis sepanjang lima tahun terlibat dalam dunia penulisan, genre persahabatan, ketuhanan, romantik, seram dan kekeluargaan. Jadi, boleh saya bertanya? Adakah wajar saya menulis semula kelima-lima genre yang saya mahir tersebut? Walaupun genre romantik agak kurang mahir. Atau, meneruskan dengan karya seram dan mengancam nyawa? 

 

Comments

You must be logged in to comment
thelucidream
#1
hey, hey, hey... ^_^
bila menulis, pud kena yakin... macam kak shim kata di komen bawah ni, benda tu normal. rasanya semua penulis pernah rasa macam ni.
Jadi diri sendiri dan yang penting pud selesa. okey? :)
Shimmieh
#2
BUat apa yang Puding rasa selesalah. Benda tu normal, akak pun pernah rasa macam tu, tapi apa yang Puding perlu buat is just go with the flow. Okay? Yang penting kena yakin. Gudluck!
Jisooshua17
#3
Just be the way that you like so you could be yourself ^^