Biar Betul... Korang percaya tak?

    Wuah!!!  *menguap*..  Ngantuknya!  Author nak tidurlah, tapi tak boleh!  Author nak ceritakan kat korang sesuatu dulu, barulah Author boleh tidur dengan nyenyak!

    Hari ni,  Author dan keluarga Author pergi makan kat luar (restoran)..  Pastu, waktu kitaorang semua tengah sedap-sedap menikmati makan, kan waktu tu restoran tu bukaklah Berita TV3..  Macam biasa, topik mereka adalah berkenaan pesawat MH 370..  Pastu, Ayah ngan Mak Author pun berborak pasal MH370..  Author ngan adik-beradik Author yang lain hanya pasang telinga jelah..  Kalau mencelah, jawapannya besok tak dapat main WI-FI!  So, dengar jelah perbualan mereka berdua..

    (M= mak........A=ayah)

M:  "Nad cerite dkt sye kn, psl kwn die post kat FB..  Kawan dia tu tulis,  Anak saya yang berusia___ tahun mimpi pasal MH370..  Dia kata, dia nampak askar-askar jahat pakai senapang tawan semua penumpang dan anak kapal MH370 dekat sebuah pulau yang terpencil ni...  Lepastu, Nad kata yang anak orang tu menag berkemahiran nampak benda-benda halus dan yang semacam dengannya.."

A:  *angguk*.  "sye rse kan, entah-entah memang betul dorang kena tawan.  Pastu, saje je bubuh 'serpihan-serpihan' pesawat dekat Lautan Hindi dimana Lautan yang paling sunyi didunia.. Saja je, nak suruh kita laburkan duit (kos) yang banyak!"

M:  "betul tu, betul!  Sye pun rse mcm tu jgk...  Rasanya, yang pasal 'Kotak Hitam' tu..  Mesti dorang dah ambil!  Tak nak kitaorang jumpa dan tahu apa sebenarnya yang terjadi dekat pesawat MH370.."

A:  "Tony (?)  pun rasa terkejut dengan pengumuman PM kita yang pasal MH370 tu disahkan berakhir perjalanannya di Lautan Hindi.."

M:  "PM kita cakap MH370 mengakhiri(?) perjalanannya di Lautan Hindi sebab tak pasti.. sama ada ianya terhempas ataupun objek yang dijumpai disitu benar adalah kepunyaan MH370.."

Tetiba, abang Author mencelah...  (Ayoyo abang! Kenapa pergi mencelah? Nanti besok tak dapat main WI-FI lah..!)  Tapi nasib baik Mak ngan Ayah Author tu macam dah tak kisah pulak..

(AA= Abang Author)

AA:  "Mak, Ayah.. Betul ke Ustaz Azhar Idrus kata yang kita tak boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk semua penumpang dan anak kapal yang ada didalam MH370 sebab kita tak tahu lagi sama ada dorang ni hidup lagi ke tak,,??"

A:  *berhenti sekejap*    "boleh la, takpe..  Walaupun kita tak tahu lagi sama ada dorang hidup lagi atau tidak.. Sedekah kan jelah.."

Abang Author mengangguk faham.  Setelah itu, Mak nagn Ayah Author sambung balik perbualan mereka yang 'terjejas' sebentar tadi..

M:  "Mak sye kata, yang Cik Chuchuanim (jiran nenek Author) kata..  Yang dia 'ternampak' secara tiba-tiba yang.. Semua penumpang MH370 ni dah mati.."

Sekarang ni pulak, adik Author yang lelaki tu pergi mencelah..  (Aduhai, saudar lelakiku, kenapa tak boleh diam je pasang telinga??  Tangok saudari perempuan, elok je, senyap je, makanlah senyap-senyap Chicken Chop korang punya tuh!)

(A.LA= Adik Lelaki Author)

A.LA:  "Kenapa Makcik Susuanim tu boleh nampak pulak?  Macam mana tu??"  *minum air*

Kakak Author:  "hoi!  Makcik Chuchuanim lah!  Bukannya Susuanim!"  *balik kentang dekat A.LA*

A.LA:  "Eh biarlah!  Chuchu anim ke, Susuanim ke, Suduanim ke, suka hatilah adik nak cakap ape pon!"  *balas balik, baling kentang*

M:  "Amboi,, korang berdua ni.."  *tarik telinga Kakak Author dan A.LA*  "sedap sedap je ye, main-main kan nama orang.."

A.LA dan Kakak Author:  "aduh,aduh.. sakitlah,"  *pegang telinga sendiri*

M:  "hah! tu,, lah.  Mainkan nama Makcik Chuchuanim lagi, kan dah kena..  Ok, berbalik kepada pertanyaan adik tadi tu..  Makcik Chuchuanim ternampak benda tu sebab dia kan bomoh.."

Author dan adik-beradik Author yang lain mengangguk tanda faham..  Setelah itu, Mak ngan Ayah Author bincang lagi pasal MH370..  Kalau Author nak tulis kat sini kesemuanya, memang panjang giler ah!  Ada pasal DAJJAL lah..  Pasal fligth terakhir yang tehempas pada tahun 1977 dan sekarng tahun 2014 jadi 37 dan nama pesawat tahun ni MH370...  Memang banyak gile!

So,, Author nak tanya korang...  Berdasarkan perkara diatas, (kesemua perbualan ni betul tau! Bukannya Author tipu!)  Korang rasa-rasalah kan..  Betul tak??  Korang percaya??  Kalau caye, sila comment pendapat korang!  Kalau yang tak cye tu, suka hati korang lah!  Author pun tak tahu lagi same ade perkara ni betul atau tak...  "WALLAH HU'AKLAM..". 

Anyway, Nad tu sebenarnya kawan mak Author dan budak yang dia mimpi pasal MH370 ni kena tawan tu, Mak Author tak tahu umurnya berapa..  Tapi yang pasti, budak tu berumur tak sampai 10 tahun..

Thanks sebab sudi bace benda ni...  I very appreaciate it's so.. much!  (typo)..

p/s: ini adalah kisah benar. Tiada langsung niat lain..



 

 

Comments

You must be logged in to comment
AhSongyi #1
InsyaAllah diorang masih hidup..tapi 99% peluang untuk hidup adalah mustahil sebang dah hilang lebih 200 jam..