Next

CAST

Cheng Xiao (Wjsn)

Jeonghan (Seventeen)

 

Cheng Xiao iaitu seorang perempuan yang suka membaca fanfic. Suatu hari, sedang dia membelek-belek fanfic di laptopnya. Selepas beberapa minit dia mencari fanfic untuk dibaca matanya tertumpu pada satu tajuk fanfic "Next" lepas dia membaca sinopsis fanfic itu dia mula tertarik untuk membaca.

Dia pun mula menekan fanfic itu dan muncul satu perkataan 'Jangan baca fanfic ni jika tak mahu perkara buruk berlaku' tapi Cheng Xiao hanya mengendahkan peringatan itu dan terus membaca fanfic.

"Kisah benar"

"Cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Jeonghan pulang ke kampung untuk menziarahi ibunya tapi sebaik sahja dia pulang ke halaman kampung itu dia perasa ada perkara pelik pada ibunya. Suatu hari,dia terjumpa mayatnya sendiri di atas katilnya yang sebenarnya telah dibunuh oleh ibunya sendiri. Ibunya yang berasa kesal terus mengantung dirinya pada tali yang diikat di biliknya.

"Wah! Makin best je" Cheng Xiao yang begitu seronok membaca fanfic itu terus menekan 'next' untuk membaca kisah seterusnya.

Sedang Cheng Xiao leka membaca fanfic itu dia terdengar sesuatu bunyi dari dapurnya. Dia pun mengambil keputusan untuk turun ke bawah untuk melihat bunyi tersebut. Dalam perjalanan dia hendak ke dapur tiba-tiba sahaja telefon rumahnya itu berbunyi. Dia pun mengangkat dan "Hello" tapi dia suara pun dari telefon tu. Berkali-kali dia berkata "hello" tapi kosong sahaja. Tanpa rasa curiga Cheng Xiao terus meletak telefonnya dan bergerak ke dapur.

"Aik?"Cheng Xiao terkejut apabila dia ternampak lumuran darah di atas lantai dapurnya. Dia terkaku untuk beberapa saat kerana dia terfikir mana datang darah ni dan dia baru perasaan yang rupa-rupanya darah tu rupanya ialah air sirap yang tertumpah dari botol kacanya yang telah pecah.

Dia terus mencapai penyapu dan membersihlan serpihan kaca yang pecah itu. Sedang Cheng Xiao mengemop dia merasakan seperti dirinya diperhatikan oleh seseorang namun bila dia toleh tak da apa apa pun. Selepas selasai sesi membersih dia pun naik ke bilik semula.

Masuk sahaja bilik Cheng Xiao terus menyambung fanfic tadi.

"Omma masak apa ni? Kenapa kuah warna merah?"

"Si ibu hanya senyum dan terus mengaul kuah merah itu"

"Haih peliknya mak dia ni? Mana ada kuah merah" omel Cheng Xiao.

"Omma masak bubur kuah merah lah tu lah sebab kuah ni merah"

Begitu tekun Cheng Xiao membaca tetiba sahaja anak patung kesayangan jatuh ke lantai. Takda ribut takda angin tetiba je jatuh.

"Haih jatuh pula patung ni" Cheng Xiao hanya membiarkan dan terus menyambung membaca fanfic tu. Sebenarnya Cheng Xiao tak sedar yang ada satu lembaga di tepi katilnya yang sedang memerhatinya.

 

+

"WHAT? Kenapa mayat aku ada kat sini?" kata Jeonghan yang ketakutan sebaik sahaja melihat dirinya di tepi katil dan melarikan diri ke luar.

"Ahhhhhh!" Jeonghan menjerit kuat sebaik sahaja dia melihat satu mayat tergantung di kipas.

"Oh my god! Pahal seram ni" jerit Cheng Xiao yang betul-betul terkejut dan dia mula terbayang difikirannya.

Tetiba pintu biliknya diketuk.

Tok tok tok

Cheng Xiao berasa pelik dan dia mula mengeletar. Setahu dia cuma dia sahaja ada dirumah ini. Tapi siapa pula yang ketuk pintunya? Baru sahaja dia nak menghampiri pintu biliknya tiba-tiba ada satu surat yang datang dari celah pintunya. Dia pun melihat apa yang ada di atas kertas itu dan tertera 'Next'

Cheng Xiao terkejut dan baru teringat fanfic yang dibacanya tadi.

"Tak mungkin" kata perlahan Cheng Xiao dan air matnya mula mengalir serta ketakutan mula menguasai dirinya. Dia memandang di tepi biliknya ada satu lembaga hitam yang menakutkan.

"Apa ni?" jerit Cheng Xiao. Dia dah tak boleh tahan lagi kerana dia berasa takut gila. Terdapat satu mayat di tepi katilnya dan bila dia pandang ke arah kipas,dia ternampak satu mayat tergantung dikipas. Situasi yang sama dengan fanfic yang dibacanya tadi.

"Next!" jerit lembaga hitam yang dinampak oleh Cheng Xiao tadi iaitu Jeonghan.

"Kau nak apa? Aku tak ganggu kau!!" jerit Cheng Xiao dan baru sahaja dia teringat satu peringatan yang mengatakan 'Jangan baca fanfic ini jika tak mahu sesuatu buruk berlaku.

Tanpa disedari tiba-tiba sahaja lembaga hitam itu berada di hadapan Cheng Xiao. Cheng Xiao menekup mukanya.

"HAHAHAHAAHAHAH" Jeonghan mula ketawa dengan suara yang begitu seram.

"Next!" Jeonghan menghampiri Cheng Xiao yang sudah pun setengah mati kerana takut,badannya menggigil. Jeonghan makin menghampiri Cheng Xiao. Nyawanya seperti dihujung tanduk. Dia hanya mampu berserah pada takdir.

Jeonghan mula menerkam Cheng Xiao dan mencekik leher Cheng Xiao dengan kukunya yang tajam. Tanpa belas kasihan Cheng Xiao akhirnya mati. Begitu banyak darah yang mengalir dari lehernya. Lepas sahaja Cheng Xiao mati,Jeonghan terus lesap.

Banyak lagi mangsa yang perlu dia cari. Sebenarnya Jeonghan dibunuh oleh ommanya kerana ommanya banyak hutang dan membuat keputusan untuk membunuh satu-satunya anak itu. Disebabkan tiada siapa yang tahu kematian dua anak beranak itu,rohnya pun merayau rayau untuk mencari mangsa yang seterusnya.

Bila nak baca sesuatu tu silalah baca peringatan yang pentinh sebelum anda yang terkena.

Adakah anda yang seterusnya?

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Haha ingat ke cerita apa, dahlah jeonghan pula tu 😂😂 huhu
durian_
#2
alamak, matilah sy lepas ni