mental breakdown

Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya tak.

Benda ni nampak sekejap tapi sebenarnya lama.

 

Aku dah buat silap. Aku rasa. Aku tak tahu. Aku makin putus asa dengan hidup aku.

Patutnya aku terima tawaran f6 dahulu daripada terima tawaran kos diploma yang aku tak minat. Ungkit je pasal benda ni, mesti aku nak menangis. Tapi aku tak boleh tunjuk.

Bila aku subtly cakap aku tak suka kos ni, mak mesti cakap, “teruskan jelah. Tu yang kamu nak kan.”

Pedih.

Betul. Aku yang pilih diploma. Semua ni salah aku kan.

Tapi sebab apa?

Sebab mak yang pandang tinggi pada universiti.

 

Aku dapat tawaran politeknik untuk kos teknologi digital. Which is I assume berkaitan dengan ict.

Tapi bila aku cakap kalau nak quit diploma & masuk politeknik, mak tak bagi.

Sebab?

Mak pandang remeh politeknik.

Padahal semua sama je.

 

Sejak aku gagal dapat A ( yes A, yang aku target selama ni) dalam ict masa spm, sejak tu aku dah mula slowly losing myself. Aku langsung tak dapat kos yang aku mintak (kos ict/multimedia something like that), aku dah give up.

Nampak macam remeh kan?

Tapi benda ni beri kesan pada hidup aku.

 

Form 6 aku dapat subjek yang aku rasa okay. Kalau aku terima, aku akan f6 kat sekolah lama. Sorang dua kawan aku ada kat sana. Subjek yang mostly teori.

Sehari sebelum aku nak daftar f6, aku dapat tawaran diploma.

Kat universiti, sem 1, aku totally a loner.

Sem 2, aku dah ada kawan sorang dua.

tapi hati aku tetap bengkak.

 

Aku menyesal. Aku menyesal.

Tapi aku tersepit.

Hidup aku diatur.

Aku tak boleh.

 

 

Kos yang aku dapat berkaitan seni pembuatan makanan. Dan aku jenis yang tak berseni. Aku tak boleh buat benda yang aku tak minat. Aku tak bersungguh.

Dalam kelas, aku anggap akulah yang paling teruk. Semua makanan aku buat/hias tak menjadi & paling hodoh. Aku bertuah ada beberapa rakan sekelas yang bantu aku. Yang lain, hanya pentingkan diri sendiri saja. Tapi takkan selamanya aku harapkan diorang bantu aku…

Kalau aku jadi chef, aku akan jadi chef yang gagal, yang teruk…

 

Aku benci.

Hidup aku menyedihkan.

Aku ni menyedihkan.

 

Aku nak je quit, tapi aku takut. Mak mesti akan kecewa dengan aku.

Tapi aku terseksa.

Aku tak tahu macam mana aku nak tenangkan hati aku.

Aku hanya mampu menangis.

 

19.

Aku akan ingat sampai bila-bila.

Growing up is a painful process.

 

 

Bukak sem baru nanti, dah sem 3. Sem 5 aku intern. benda ni buat aku resah.

Tapi aku takut. Macam mana aku nak lalui 2 sem lagi dengan hati tak tenang. Hati yang asyik salah diri sendiri. Aku takut aku tak ikhlas tuntut ilmu. Jujur, aku takut.

Aku malu. Aku malu dengan semua orang. aku ni tak berguna. Aku ni bodoh.

 

Comments

You must be logged in to comment
MeikoM01 #1
Just wanna tell you... I might have been silent for a long time... but I'm still here. If you wish to, you could talk to me when we have time.
aquariusxpisces
#2
Akak.... jangan camni :'(((
Tak apa, apa-apa keputusan yang akak dah buat sekarang ni, akak kena teruskan. Akak tenangkan diri dulu. Hm? :)
sunshine_blue
#3
saya faham...walaupun saya ni kecik lagi tapi perasaan tu kita ada kan? Samalah dgn abg saya,dia tak dapat kos yg dia nak,bila dpt lain orng dlm kelas tu mcm hina dia pulak and yes awak mesti ada perasaan nak nangis kan??saya dah ada pengalaman nmpk bende ni saya nak ucap semoga maju jaya n Tuhan ada nak tolong kalau org lain tak mampu..Good luck~
sleepingprince
#4
Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Jangan mudah putus asa. Bukan semua yang belajar / bekerja di bidang yang diminati akan berjaya sama juga bukan semua yang belajar / bekerja di bidang lain akan gagal. Yang penting usaha. Teruskan perjuangan .