Cita-cita?

Sebenarnya, dari semalam otak saya terganggu. Soalan yang datang menjengah semuanya 

 

"Kau nanti dah besar nak jadi apa?"

"Kau takde cita-cita ke?"

"Aku ni nak kerja jadi apa sebenarnya?"

"Course apa nak diambil?"

"Boleh ke aku kerja ni nanti?" dan banyak lagi.

 

Tapi ia merujuk kepada satu perkara. Iaitu CITA-CITA!

 

Dulu kecik-kecik, bukan main lagi bila cikgu suruh tulis cita-cita. Ala.. Yang kena isi 3 cita-cita tu. Jawapan yang saya ingat adalah..

 

Cikgu, doktor, usahawan, pelukis komik, polis (?!), bomba dan entah apa lagi.

 

Tapi bila masuk form 1, cita-cita yang dulu macam dah hilang. Dah tak tahu tujuan hidup. 

 

Pernah terlintas dekat hati saya, tapi ni kira macam saya marah diri sendiri.

 

"Apa nak jadi kalau kau tak decide? Kalau gitu lebih baik kau takyah sekolah."

"Takkan kau nak menyesal bila kau dah kerja nanti?"

"Buat apa kau belajar susah-susah kalau kau macam takde kerja? Baik takyah."

 

Allahu. Macam mana boleh terlintas pun, wallahualam. 

 

Tapi satu perkara yang saya pasti, saya mesti cari cita-cita saya. Lagipun, saya taknak hampakan ibu bapa saya.

 

( Kenapa aku takboleh decide sendiri?????? )

 

Masuk form 1, cita-cita yang banyak bermain adalah psikiatrist, sebab saya kagum macam mana orang boleh ada masalah mental. Dan juga pengaruh kdrama. #kbai

 

Lepastu, baker. Kagum bila tengok kek-kek yang lawa, warna macaron yang comel dan hiasan kek yang menggamit jiwa. Tapi ni pun ada pengaruh kdrama. #sokbai

 

Dan kerjaya yang berkaitan seni. Interior designer, fashion designer. Illustrator. Tapi entah kenapa, rasa macam "boleh ke aku survive dengan kerjaya aku?". Lagipun saya self-taught artist, so tak mahir tak expert gila ah pasal seni. Tapi so far feedback orang sekeliling.... ( tak ramai yang menyokong rasanya..) mungkin yang menyebabkan jiwa saya kosong.

 

Dan yang terakhir, contoh bila dah kahwin nanti mestilah ada buat kerja sambilan kan bila anak dah besar ( eh engkau, kesitu pulak )... Ehem ehem ini yang last lah, saya nak jadi usahawan. Buat kek dari rumah dan pasarkan (lol). Minat buat dessert ni sebab ibu ada jual tart nenas. Memang kagum ah dengan mak sendiri sebab tart nenas tu sedap, dan bila dia baking, saya pun turut serta (cewahhh).

 

Ada jugak terfikir nak bukak commission untuk lukisan tapi takkan nak ambil endah course yang penting. Sebab pada saya, melukis ni sesuai untuk sampingan.

 

( Tapi kalau dah hidup melukis cover buku orang, itu memang best gilaXD )

 

Dan... Pada saya sekarang, kerja kebajikan ( cikgu, doktor ) nampak lebih penting. So maybe, sama ada doktor, cikgu ataupun animator. 

 

( Beria kata buat apa, baik tanya dulu pendapat orangXD )

 

YANG PENTING!

 

Mohon siapa yang baca, boleh bagi tips dan pengalaman. Sebab sekarang ni section dalam otak 'cita-cita' memang completely lost.

 

2:20 a.m., takleh tido.

Comments

You must be logged in to comment
wecalleditfanfic
#1
Hmm.. Just do what u love and love what u do. Just sharing from my experience, I took broadcasting at university and graduate with a good grade. I was hoping I could make a good movie or maybe a good tv program someday. But Allah said different, I got the job interviews but never be hired. Maybe rejeki saya bukan disitu. Thankfully, when I was waiting to get a job, I took a sewing course and taraaaaamm.. I ended up running my own business as baby dress maker. Hoho.. Alhamdulillah, rejekinya dari situ.

So, I suggest u to learn anything u want to learn; languages, cooking, baking, anything. Remember, ilmu tak harus didapat dari sekolah, dimanapun kamu bisa belajar. Then u will find ur call. When u got one, be committed to what u do. Focus. U dream, then u make it come true. :)

Gut luck.. Mwaah~
lilylunalove
#2
Pada saya, fokus kepada apa yang awak minat je. Kalau rasa tak minat, dinasihati perkara tu letak tepi dulu. Sebab orang kata, nanti dh nak kerja kita kena cari kerja yg boleh menggembirakan kita. Kerja yang kita buat dengan rela hati tanpa paksaan. Kerja yg kita enjoy bukan semata mata nak cari duit je. Tapi kalau takde rezeki dalam bidang yg kita minat tu, redhalah dgn takdir yg Allah dh tetapkan (─‿─) contoh nnti bila apply upu. Kalaulah ditakdirkan awak dpt universiti yg awak impikan tapi tak dpt course yg awak minta, i suggest awak pergi je belajar dulu. Sebab selalunya mula mula memang kita tak minat bidang hg ditawarkan tu tapi nnti bila awak dh belajar lama lama minat tu akan muncul sendiri (・∀・) bak kata org kan tak kenal maka tak cinta ecewahhh <(‾︶‾)>
Saya pun pernah rasa apa awak rasa bila tiba tiba otak saya selalu blank bila org tnya psal cita cita hahaha ( ̄∀ ̄)
Tapi sekarang bila saya dh smbung belajar kt u, saya mula belajar mencintai course saya sendiri walaupun realiti ternyata tak seindah mimpi (′~`●)
sunshine_blue
#3
well haha biasalah tu..masa kecik2 berangan betul aku nak jadi doktor haiwan..siap jahit luka kucng aku lagi tau..jangan main2 aku pro tau..haha tapi sekarang,macam dah hilang semangat nak capai cita2 tu..al maklumlah aku ni budak kelas geo n PD takde kene mengena langsung cita2 tu hahaha..biar aku mengarut tapi keinginan aku untuk berjaya ade lg tau haha..nak jadi guru SEJARAH gitu..takpelah,yang pnting nnti kita ada kerjaya untuk masa depan..
kuchens
#4
Maaf, tapi cita-cita saya pun banyak yang dah terbabas haha XD
Masa sk rendah, mmg mcm2 lah. Nk jadi doktorlah, lecturer la etc.
Naik sklh menengah, nak jadi programmer or something relate to IT & graphic designer, or magazine editor or photographer. Tapi bila xdpt kos yang sy nak, semua tu mcm dh emmm. Kecewa tu mmg terangan.
Sy skrg belajar pastry sbb dpt, tapi i don't think I've the talent to be chef pastry. Everything I made tak secantik org lain :") selalu je mental breakdown XD
Tinggal satu je lagi cita-cita, be a cafe owner. But idk whether it's gonna happen or not...
Tapi bila fikirkan balik, mungkin sbb cita2 tu Allah takdirkan saya dpt kos pastry... Cuma saya je lagi yang duk kecewa seorang diri lagi haha. sbb saya jenis yg bersungguh dlm benda yg saya minat je ^^"
(Wish me to survive sampai graduation XD)

cita-cita tu boleh dikejar selagi ada usaha. Rezeki ada di mana2. Memang seronok bila boleh buat kerja based on minat kita. Komitmen lah yang paling penting.

Maaflah kalau saya tak membantu XD
hopelesswriter #5
cita2 tu datang dari dalam diri...ni bukan benda yg boleh diberi pendapat(bagi saya la) ....usia n pengalaman pun tak menjamin yg dicita2kan tu boleh tercapai...rasanye...yg penting...bila dah decide to do something...kena komited lah...itu yang lebih mencabar...;)...takde maknanye ada kerja yg lebih importante dari yang lain...byk pekerjaan yg sgt penting spt tukang cuci, tukang angkat sampah, drebar bas, buruh, pembantu makcik nasi lemak, etc...tapi rasanye takde yg cita2 yg gitu kan...?....that's life...belajar tinggi mane pun...tak menjamin...ni dari pengalaman...kadang ada yg dah tua pun masih tak pasti apa cita2 sebenar...susah nak cakap, tak semudah isi kad/borang di sekolah tu...yg penting...cari rezeki yang halal. kalau ada minat, disertai usaha n komitmen...InsyaAllah...sori jawapan yg tak membantu...alang2 blogwalking, saje menyibuk komen. semoga berjaya temui n capai cita2 anda.