Manusia..

Throwback tahun 2016.

Tahun di mana saya menghadapi PT3. Tahun disiplin saya merosakkan imej saya.

Saya ada BF, Niel. Niel tingkatan 5 yang akan duduki SPM. Kami mula relay kami 1 Disember 2015, lol. Niel boleh dikatakan hot stuff. Sebab. Dia tinggi up to 172 cm, handsome coz kacuk cina, putih dan atlet sekolah. Dia main ragbi dan olahraga terbaik sekolah.

Dan dia sweet, hahah.

Dan saya? Hanya pelajar biasa yang orang kenal dengan title 'budak specky pemalu'. 

SATU sekolah tahu yang kami berhubungan, but I don't really care. Till,

 

Masa tu sambutan hari raya di sekolah. Lepas makan-makan dan stuff di dewan, well, apa lagi? Date of course. Boleh katakan saya ni syaitan bertopeng bidadari, lol. 

 

Kami duduk di dalam kelas, oho, bukan kami berdua saja, lebih kurang tujuh orang dalam kelas itu. Serta kawan baik saya dengan BF dia, Mirul.

Ya saya tahu apa yang saya buat semua ni berdosa, but, hey, i'm a teenager, normal lah terjebak dengan hal macam ni, atleast tak mengandung -_-

Sebelum balik, kami ke tepi bangunan, untuk selfie, lighting situ lawa puhaha. Yeah saya mengaku saya ni jahat, jahil. Kami selfie sangat dekat. Muka dekat. Kalau orang nampak, mesti akan ingat kami berlaga pipi. Tapi kami seriously ING tak laga PIPI. I swear.

 

Esoknya, Mirul, BF kawan baik saya tanya ada selfie dekat tepi bangunan ke, i say yes. Too bad. Dia cakap cikgu ada dekat perpustakaan, nampak kami. Rasa macam lori jatuh atas kepala. Tapi saya taknak panik. I take it lightly.

 

Wrong.

 

Esoknya lagi, sedang belajar math, cikgu disiplin yang paling semua gerun, Cikgu Faz masuk kelas, panggil saya. SEORANG saja. Serious nervous.

Dalam bilik disiplin, ada dua orang saja, saya dan Cikgu Faz. Dia tanya perlahan, "Kau tahu apa salah kau?" saya angguk. Takut der. "OK lah, aku taknak cakap banyak, ambik surat pengakuan kesalahan ni, tulis semua apa salah yang kau buat hari tu."

Akur. Saya tulis, 'Saya mengaku saya berjumpa Niel (nama penuh ofkoz) kelas 5ICT di kelas 3Amanah.'

Saya bagi kertas tu. Dia baca. Dia pandang saya dan dia gelak. Suddenly dengan nada tinggi dan kasar, dia marah, "Ini je ke?! Hah?! Bukan kau berselfie sampai laga pipi dengan abang Niel kau tu?"

I was stunned. Whut? "Mana ada laga cikgu, memang rapat tapi saya sumpah tak sentuh kulit pun." 

Dia tak nak dengar. Bish, aku tak nak mengaku apa yang aku tak buat okey?!

Dia jerit, saya balas dengan perlahan. Dan dia taknak terima semua ni. Dia frust, suruh saya rehat dulu, lepas waktu rehat hantar balik surat kesalahan displin tu dekat dia di bilik masakan, sebab bia cikgu Kemahiran hidup ERT, my very OWN ERT teacher pule tu hah.

 

Saya tulis balik, ayat yang sama cuma tambah yang saya selfie tapi tak kena pipi. Cari dia di bilik masakan. Tak ada. Dekat seetengah jam tunggu dia situ, dia tak ada. Lastly amik keputusan pergi bilik guru.

 

Dia ada dekat situ, tengah membebel dekat budak India yang kena tangkap main surat cinta, lol.

Bila dah siap bebel, saya bagi dia kertas tu. Ingat nak bagi saya lepas, tapi DIA MALUKAN SAYA SEORANG NI DALAM BILIK GURU YANG RAMAI, dahla majoriti mengajar saya. Rasa nak nangis of course, tapi tahan.

Cikgu Faz panggil Cikgu Suraya, cikgu disiplin tapi dia baik. Cikgu Suraya tanya saya dengan lembut, saya lega. Saya jawab semua. Sedang Cikgu Faz cakap-cakap dengan Ustazah, malukan aku, ergh, satu tangan ambil kertas kesalahan didiplin tu dari tangan saya. 

Bila saya toleh, ianya Teacher Ten. My hostel's warden. Ohmygod. Saya teringat, awal tahun tu saya ditahan sebab disiplin tentang dating jugak. Dan saya dah janji dengan Teacher Ten taknak ulang dah.

But saya dah ulanginya.

Teacher Ten geleng kepala, terus kelyar dari bilik guru tu.

Rasa nak mati tahu? Dengan malu lagi.

Cikgu Faz tak puas hati, dia suruh saya panggil Niel. Masalah kami tak selesai, dia nak juga kami mengaku yang kami ada laga pipi. Aku tahu K sentuh kulit bukan mahram dosa OK.

Niel berbeta dengan Cikgu Faz. Niel baran. Saya senyap je. Sampai sekali tu, Niel dah melampau.

"Saya tak mengaku apa yang saya tak buat." Niel.

"OK. Aku nak esok kau bawak 3 orang saksi dekat aku. Kalau betul kau tak buat." Cikgu Faz.

"OK." Niel.

BISH. Gila ke laki ni?! Kami berdua je masa tu, tak ada orang lain.

Cikgu Faz suruh masuk kelas, kami masuk kelas masing-masing. Time tu elok-elok semua nak pergi kelas KH. Dalam kelas ada my bestie, Anis, Zue dan Syerah. Saya masuk kelas, terus menangis. Guess itu first saya nangis depan mereka. Diorang tenangkan saya.

Kami pergi kelas KH. Oh, ERT. Hell. Cikgu Faz sambil dia mengajar, dia menyindir. Tak mampu nak buat apa.

 

Esoknya, saya sedang belajar Pendidikan Islam. Noreen dan Mirul dipanggil ke bilik disiplin, sebab hal dating sama hari dengan saya tu tapi dia tak datang semalam. Lama sikit saya juga dipanggil. 

Saya kena disiplin. Lagi. Hal semalam tak habis lagi. Tapi bilik disiplin chaos hari tu. Hal dating, 2 kes. Hal asrama, 1 kes. Hal junior bawa fon, 3 kes.

Maybe kami tulis benda yang sama, cikgu lepaskan kami. Tapi muka ni nak letak mana? Duduk kelas aliran agama, ambil Bahasa Arab dan Kemahiran Al-Quran, kena hal disiplin dating. Gila tak malu.

Sebar satu sekolah. Semua kenal kami atas HAL DISIPLIN.

Cikgu-cikgu mula pandang rendah pada saya. Redha nak.

Bila result PT3 keluar, saya dapat 8A, pelajar kedua terbaik sekolah, selepas rakan saya, 9A. 

Automatik hal didiplin saya senyap, cikgu-cikgu yang dulunya mengata saya, terus senyap.

Lawak. Cikgu yang duk bad talking abt me, terus kekok bila nampak saya. Yang dulunya pandang saya atas bawah, tak pandang langsung dah.

Saya benci typical cikgu yang macam tu. Sumpah cakap.

Tak adil.

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
Overdose_Kpopers
#1
Saya dapat rasa apa yang unnie rasa, sebab? Masa saya darjah 6 dulu, saya ditugaskan menghantar surat cinta kawan baik saya kepada boyfriend dia. Guess what? Saya tolong dia hantar sebab, first bf dia sama kelas ngan saya, and second dia kawan baik baik baik saya. Takkan la dia minta tlg benda kecik tu pun saya nak tolak kan? Maklumlah, saya masa tu 12 tahun je. Saya tolong je la. Lepastu, kawan saya kene tangkap hantar surat cinta. Tiba tiba dia petik nama saya. Sekaligus cikgu disiplin panggil saya masuk bilik guru. Ya Allah, time tu memang saya rasa malu sangat. Semua cikgu pandang saya. Malu yang memang teramat la. Lagi lagi cikgu kesayangan saya, dan mengajar saya dulu ada kt situ. Lepastu saya menangis semahu mahunya kat situ. Saya dulu terkenal dengan seorang budak yang pendiam. Jadi mereka Agak terkejut tengok saya terjebak. Saya pun terang la, saya hanya tolong hanta surat. Tiba2 guru kelas saya masa darjah 4 datang dan peluk saya.

"Kenapa kamu jadi macamni ni" dia tanya sambil usap belakang saya lembut. Apa lagi, terus menangis la saya dengan sikap keibuan cikgu tu. Saya memang suka dengan cikgu tu. Tak tau la dia serupa penjaga saya masa saya kecik. Saya jawablah

"Saya tolong hantarkan je. Kawan saya minta tolong" dia peluk saya erat erat dan kata, benda tu salah. Saya mula menangis di situ juga dan cikgu sains saya, merangkap kawan baik bertitle cikgu yang pernah saya ada pandang saya sinis. Tau tak apa perasan dia tu? Saya malu gila time tu. Alhamdulillah lepas lama lama tu, cikgu dah x peduli pasal kes tu lagi. Saya pun jalankan kehidupan normal semula.