Recommended Art Supply ( Review + Pengalaman )

Hai dan assalamualaikummmXD

Baru-baru ni saya rajin on asianfanfics, tapi hanya sekadar baca blog dan menyemak di feeds. Tak ada idea nak update fanfics (teruknya author block saya).

 

Dan tujuan saya menulis blog kali ni adalah untuk berkongsi art supply kegemaran saya! Yeayyyy!

 

As a beginner, saya mula melukis menggunakan pensel mekanikal. Alah, biasalah tu kan? Masuk awal tahun lepas, saya follow ramai artist di Instagram, dan ia mendorong saya untuk perbaiki mutu lukisan dan membeli satu pen lukis 0.6!

 

Masatu tak pasti patut guna size apa, lepastu main amik je. Hah, susah. Sebab terlalu tebal. Saya gunakan Artline ® Drawing System 0.6 pada permulaannya sebelum kegagalan mendorong saya untuk membeli Artline ® Drawing System 0.3!

 

Saya memang tamak.

 

Kegagalan tu berterusan sebab mata pen tu masih terlalu tebal untuk lukisan saya yang halus, dan bagi saya yang tidak berpuas hati, saya tengok artist guna mata ketebalan yang macam mana dan saya jumpa! Ianya 0.05!

 

Dan teka apa? Saya keluarkan lagi duit untuk beli Artline ® Drawing System 0.05 dan saya berpuas hati. Sebab saya dah ada cukup pakej pen lukisan. 0.05, 0.3 dan 0.6! HahahahahaXD

 

Dan setelah beberapa bulan, pernah terdetik di hati saya untuk beli Sakura Koi ® Pigma Micron beberapa kali tapi selalu sangat rasa was-was, jadi dah banyak kali saya tangguh namun akhirnya saya beli juga pada tahun ini kalau tak silap, atau pada hujung tahun lepas.

 

Perbezaan yang saya nampak semasa saya gunakan Sakura Koi ® Pigma Micron 005 ialah, garisan yang saya dapat sangat lembut dan smooth, tak tersekat dan tak ada masalah ink clogging dan saya sukakannya! Tak boleh dinafikan, banyak pelukis gunakan pen lukisan ni termasuklah saya, haahahhaha!

 

Dalam tahun ni juga, saya ada beli Unipin Fine Line 0.1. Tujuan saya beli sebab ada kawan recommendkan, dia kata Unipin punya bagus dan saya tertarik sebab warna hitamnya yang sungguh seksi, ahahahahahahXD

 

Kalau ada yang terfikir, "Habistu, apa jadi dengan 0.6 dengan 0.3 yang tebal tu?"

 

Baru-baru ni, saya lukis banyak doodle dan buat headshot. Buat sesiapa yang tak tahu headshot tu apa, itu lukisan yang kita lukis separat kepala je. 

 

Dan saya gunakan Artline ® Drawing System 0.6 untuk outline. Ianya sangat tebal dan berguna. Sangat cantik! Yelah, kalau tengok garisan nipis tu je, lukisan tu nampak bosan sangat. HahhahaXD

 

Selain dari pen lukisan, saya ada gunakan watercolour tapi tak pro lagi. Saya beli yang murah je, yang selalu RM3 lebih kat kedai mamakXD Sebelum saya beli satu basic watercolour set yang ada banyak warna yang cantik dan tak susah nak kawal. Tapi entah kenapa, saya lagi sukakan yang RM3 tu. Cuma saya harap yang RM3 ada banyak lagi pilihan warna. Senang sikit kerja, tak adalah menunggu lama nak cari warna peach, hahahaha! XD

 

Saya juga ada gunakan berus watercolour yang dalamnya dah ada tempat untuk pastikan berus tu kekal basah. Saya suka tapi bila saya pergi kedai Talent tempat saya beli tu, berus tu dah tak adaaaaaa TT Betapa heartbrokennya saya. Kalau saya tahu, saya beli banyak huhuhu

 

Urm apa lagi? Oh ya, sketchbook.

 

Masa firstly cuba improve, saya ada beli sketchbook yang kertasnya memang tebal dan sangat best! Tapi bila tekan kuat, berbekas dan sangat tak lawa. Apa yang bagus tentang sketchbook tu, sebab kertasnya tebal, guna marker pun tak tembus! Tapi menyesal juga sebab patutnya improve habis sebab helaian sketchbook tu dibazirkan dengan artwork yang hodoh. Tak apa, kita belajar! 

 

Lepas sketchbook pertama habis, saya beli Unicorn ™ Scrapbook A4 sebab helaian kertasnya banyak tapi saya kecewa sebab bila padam, kertasnya akan terikut sekali. Means like, kertas tu sangat tak bagus. Bila guna marker, tembus. Guna watercolour buku basah. Tapi kertasnya masih banyak dan saya gunakan untuk random doodle.

 

Sebab rasa tak puas hati, masa kunjungan saya ke kedai Talent lagi pada 30 Disember 2016, saya beli art supply yang saya perlukan, termasuk buku sketch baru. Saya pun beli Arto by Campap A5 Wire-O PP Sketchbook. Saya puas hati sebab kertasnya tebal tetapi tak setebal sketchbook pertama saya, tapi kira bolehlah. Saya sukakannya.

 

Banyak lagi art supply saya sebab saya suka kumpul dan try tapi saya rasa cukup sampai di sini dulu. 

 

Saya rasa post ni agak membosankan sebab ni cuma review saya dan ramai di luar sana yang tak berminat dengan lukisan dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Tapi saya nak share, dengan harapan ada juga pengguna asianfanfics yang berkongsi minat dengan saya.

 

Saya agak membosankan dan setiap kali orang chat saya, "Ika kau tengah buat apa?" dan jawapan saya adalah "Melukis." padahal banyak lagi kerja lain. 

 

Sebab pada saya, bila melukis, saya dapat cipta satu dunia saya sendiri. Dunia di mana ada karakter yang mewakili perwatakan saya dan kesunyian di dalam hati saya. Saya gembira bila tengok hasil kerja saya. Saya cipta satu dunia di mana saya bebas menjadikan watak itu macam mana. Saya rasa diri saya boleh bercakap dengan berani tanpa disisih rakan, boleh buat lawak tak jadi dengan lukisan. Tapi hei, saya bukan gila. 

 

Setiap lukisan yang saya lukis, ada mewakili apa yang saya rasa. Dan kesunyian yang saya rasa tulah yang membuatkan saya mengexpress segalanya dalam lukisan. Lukisan dan saya sentiasa bersatu hati. Oh...

 

Dan harini saya buat banyak chibi, dan beberapa headshot yang sesuai dijadikan sticker Facebook. Saya habiskan masa cuti dari pagi hingga malam dengan mendengar lagu dan melukis.

 

Memang pada sesetengah orang itu kelihatan bosan, tapi pada seorang introvert ianya seperti heaven. Saya tak tipu. Saya suka bermain dengan imaginasi saya. 

 

Ok ok, nampaknya dah melebih ni. Saya akan kongsikan lagi pada blog akan datang! Byebye!

 

*Saya kongsi banyak artwork saya di Wechat, siapa nak tengok boleh add saya minhyunee1112 ( jangan tanya kenapa ID saya begitu pelik huhu )

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet