Hina sangatkah duduk di kelas belakang?

Assalamualaikum , saya nak ceritakan tentang perbezaan antara rakan rakan saya sepanjang saya perhatikan mereka XD

Semuanya bermula disaat saya mula masuk sekolah menengah kebangsaan puteri, atau dikenali sebagai sekolah conven (konven?), saya tak reti eja. Sekolah saya ni antara yang terbaik di daerah daerah negeri sembilan. SMK Puteri yang diberi gelaran 'Sekolah Kluster Kecemerlangan' dalam kebitaraan Hoki and Bahasa Inggeris, di mana kehidupan saya sebagai remaja bermula dan kehidupan saya mula tercabar dengan persekitaran dan rakan rakan sebaya. 

Di sekolah, saya boleh katakan saya sangat terkenal kerana mempunya wajah yang comel, kulit yang putih bersih. Saya tak tipu. Dengan wajah yang putih serta comel ini, telah ramai kakak kakak senior meminta saya menjadi adik angkat mereka tetapi saya menolak. Sekolah saya, semua nya perempuan dan kebanyakkan nya yang mempunya adik angkat, saya boleh katakan hubungan mereka seperti bercinta, atau lebih kasar, lesbo (lesbian). Saya telah mendapat didikan agama dari ibu bapa dan saya tak mahu sia sia kan ajaran itu. Buat apa ada kakak angkat serupa pasangan kekasih sedang hangat bercinta? Macam kaum lelaki sudah pupus di dunia ni. Mungkin memang alam sekolah di sekolah perempuan begitu. 

Saya sekarang berada di Tingkatan 3. Boleh dikatakan saya ni pelajar contoh. Saya berada di kelas yang atas, pelajar pandai pandai yang sekolah target untuk menaikkan nama sekolah malahan saya berada di kelas rancangan khas di mana semua murid di dalam kelas perlu memakai tudung biru dan diberi layanan khas kerana kami disanjung sanjung untuk menaikkan nama sekolah kerana terkenal dengan kepandaian kami. Saya tak riak tapi itu la hakikatnya. Kadang kadang saya rasa sekolah tak adil. Kenapa kami disanjung tapi bukan kelas di bawah sana? Mereka juga mempunyai potensi malah lebih dari kami! 

Berbalik kepada tajuk cerita, saya mempunyai sekumpulan rakan. Biarlah nama menjadi rahsia. Saya di sekolah sangat friendly dan mempunyai rakan rakan di sekeliling saya. Saya mempunyai sekumpulan rakan yang terdiri dari 7 orang. Semuanya pandai pandai belaka dan memakai tudung biru seperti saya. Bagi saya, saya tidak berapa gemar dengan mereka. Mereka baik! Tapi saya tak rasa saya ikhlas berkawan. Saya cuba pelbagai usaha untuk menolong mereka tapi apabila saya meminta sedikit pertolongan, mereka langsung tidak menghiraukan saya dan tinggalkan saya macam sampah di belakang. Ada setia mendengar masalah mereka tetapi tidak pernah sekali pun mereka mendengar masalah saya. Bukan nak jadi attention seeker tapi saya percayakan diorang semua dan akhirnya saya sendiri yang luka. 

Lepastu naik form 3, saya mula turun kelas akibat stress yang melanda diri saya menyebabkan peperiksaan akhir tahun Agak tidak memuaskan. Saya berasa agak sedih kerana ibu saya berharapan tinggi. Pada mulanya saya takut untuk memberitahu tentang kelas yang akan saya duduki tu ialah kelas belakang. Tetapi ibu saya tahu akhirnya dan kata

"Takpe. Sama sama kita berusaha. Apa salahnya duduk di kelas belakang. Asalkan kita semua mendapat ilmu kan?"

Saya begitu terharu dan memeluk ibu. Sewaktu first day sekolah bukak, saya duduk di barisan kelas belakang manakala rakan rakan saya yang lain duduk di barisan hadapan. Mereka memandang saya dengan mata yang agak menjengkelkan. Saya hanya tersenyum sedih. Sewaktu kami semua beredar masuk ke kelas masing masing, kelas yang boleh saya kategorikan sebagai kurang pandai ni melayan saya dengan baik sekali. Dua hari, saya mula serasi dengan mereka semua. Saya mula berkawan dengan mereka. Boleh saya katakan mereka semua rajin belajar dalam kumpulan kerana mereka akan struggle untuk belajar seorang diri. Saya teringat akan kelas pandai yang pernah saya duduk. Mereka semua buat hal masing masing dan langsung tiada semangat kerjasama. Bagi mereka, mereka sudah pandai dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Sangat berbeza dengan kelas belakang. 

Saya mula bercampur dan bergurau senda. Saya bahagia sangat berkawan dengan mereka. Mereka paham masalah saya, banyak membantu dan tidak pernah lupakan kawan. Sangat berbeza nak dibangdingkan dengan kawan kawan saya yang berada di kelas hadapan. Saya lebih bahagia duduk di kelas belakang. Dapat la juga saya merasa erti persahabatan yang sebenar. 

Beberapa hari kemudian, salah seorang dari 7 orang rakan saya dari kelas depan datang dan cakap satu perkataan yang bagi saya lebih tajam dari sebilah pisau

"Ada kawan baru, lupa kawan lama. Best la sangat duduk kelas belakang tu. Sama sama jadi bodoh macam diorang tu"

Saat tu, saya berharap sangat saya dapat tampar mulut tak berinsurans dia. Nasib baik anak orang. 

Jujur kata, saya sangat terluka. Hina sangat ke duduk kelas belakang? Bagi saya apa gunanya pandai tapi attitude macam haram? Lebih baik kalau bodoh tapi attitude membanggakan. 

 

 

Rasanya tu je kot luahan perasaan saya XD minta maaflah membebel. Panjang pulak tu. The main reason saya nak cakap, kome semua mestilah bijak memilih rakan. Kawan ikhlas, bukan sebab nak duduk dalam group yg glamor glamor (yg bajet bajet pandai) 

Comments

You must be logged in to comment
sleepingprince
#1
Tak patut ada discriminasi . Semua kelas depan , belakang patut diberi layanan yang sama. Masa Depan lain lain belum tentu lagi.
KrimmySky
#2
Laaa..kawan dengan budak kelas belakang apa salahnya..dorang pun manusia jugak..kekadang budak kelas belakang ni lagi baik dri budak kelas depan..*sigh*
put_up
#3
sangat relate dengan saya ;; memang selalunya ada jurang budak kelas depan dgn kelas belakng
hollyeu
#4
Hina sangatkah orang yang duduk kelas belakang? Jawapannya tak. Tidak sama sekali. Orang yg menghina budak kelas belakang tu sebenarnya jauh lebih hina daripada yang mereka sangkakan.
Saya faham sangat2 perasaan awak.Tapi saya punya kes lain sikit haha. Masa form 4, saya dapat kelas sains tulen, which is one of the top 3 classes from 22 classes. Yeah 22. Memang banyak ^^ Okey, so bila saya naik kelas tu, mmg persekitaran saya semua budak2 pandai dan sampai kadang2 saya terfikir kenapalah saya boleh masuk kelas tu haha. Saya pun macam awak juga, rasa macam tak ikhlas je nak kawan dengan diorang. Walaupun diorang boleh lah dikatakan agak 'friendly', tapi saya rasa macam tak boleh nak ngam, sebab kawan2 lama saya tak ada yg sekelas dengan saya. Tapi Alhamdulillah ada juga 3-4 org yang saya boleh buat geng sebab diorang sebelum ni dari kelas yang 'average' je, jadi masing2 faham masing2. Tapi saya still tak boleh nak panggil diorang 'best friend' sebab.. tak tahulah haha. Tapi itulah, disebabkan saya tak ngam sangat, saya still berkawan dgn kawan lama saya. Dia bukanlah kawan yg sekelas dengan saya sebelum ni (masa form3), tapi kitorang rapat sebab kitorang join satu kelab maybe? Dah lupa XD
Let's call her Nur. Nur ni biasa je, dia pun duduk kelas belakang jugak. By belakang I meant memang belakanggggg sangat haha. Tapi! Dia baik dan saya selesa berkawan dengan dia. Jadi kitorg pun mmg selalu jumpa, especially masa rehat. Kadang2 tu dia naik kelas saya, tapi biasalah, mcm awak cakap, classmates saya pandang sinis je. Dan ada satu masa tu saya suruh dia stop jumpa saya kat kelas sbb dari riak muka dia, saya tahu dia rasa insecure. Kesian bila teringat balik. Rasa nak lenyai je muka sesetengah budak yg acah bagus tu. Sebab tu saya mendidih je bila ada kawan awak cakap yg bergaul dengan budak low class ni boleh jadi bodoh. Cili kang mulut tu baru tau!
blavkdonut--
#5
Minaaa T.T I gasp after reading yang sama sama jadi bodoh tu like seriously lahh pandai yang dia ada tu kalau Tuhan nak tarik macam tu je boleh hilang! Erghhh I am soo frustrated thank god my school dulu tak macam tu eventhough I was in the first class kita orang takdelah each others back. Dengan budak kelas lain pon boleh je campur plus ketawa borak study sama sama. I wish there would be less people like this on this planet *pacepalm*
hwaseo #6
Tak baik tau diorang tu
Tapi all girl school and sekolah cluster kebanyakan mcm tu *i think*
Sebab i sekolah biasa je and campur laki perempuan
Class first and last tak byk beza pun
Siap boleh buat geng giler giler ,hahahaha!
Cikgu pun takde nak lebihkan class first ke jadi special ke ape ke
Sabar jelah, diorang still tak sedar lagi yg setakat pandai kat sekolah ni tak guna pun
Belum tentu boleh hidup in real life out there
Sekarang orang tengok skill, experience
Budak teknik yg org kata tak pandai tu lahh yg lagi org cari
Zaman sekolah nak bangga class first pun bukan org tanya masa mintak kerja nanti
Tak peduli pun
pimp_daddy
#7
I wish I could understand this ;-;
blissfulcoconuts
#8
Um English sub please??
Haha jk jk
contaminated
#9
The dookie did what?