Sunyi

Satu coretan daripada orang yang kesunyian.

 

*sigh*

Tiap kali sekolah ada buat perjumpaan dengan ibubapa, saya akan diam. Nak suruh siapa datang? Ibu saya sakit, tak boleh bergerak dengan aktif, dia ada . Ayah? 

Ayah saya.. Well.. Dah tujuh tahun. Genap tujuh tahun, ayah saya tinggalkan saya dan keluarga, pulang ke syurga.

Apa-apa yang sekolah buat melibatkan ibubapa, saya sangat benci. Sebab saya cemburu. Cemburu bila orang lain ada parents yang datang. Ada ayah. Dan saya tiada. 

 

 

Saya seorang anak ayah. Dulu, selepas ibu saya melahirkan daya, dia sakit teruk, dihantar ke hospital di bandar, dan saya bawa balik ke kampung saya. Tanpa ibu. Saya takpernah rasa susu badan ibu sebab inilah. Saya membesar dengan susu kambing. Perkara ini tak lawak, jangan ketawa. Ianya menyedihkan.

Saya dijaga oleh ayah, kakak, abang, nenek dan datuk. Setiap petang, ayah saya akan bawa saya bersiar sekeliling kampung dengan motor. Itu rutin harian saya. Gembira.

Sampai suatu hari, tahun 2010, saya di sekolah, cikgu sedang mengajar di depan, manakala saya dan rakan-rakan bermain dan berbual. Lol. Seronok.

Tiba-tiba dekat muka kelas, abang saya muncul. Dia bercakap dengan cikgu, kemudian saya disuruh bawa barang-barang saya. Saya hairan tapi saya senyap.

Abang saya pimpin tangan saya sampai keluar dari sekolah. Dan dia cakap, "Adik.. Ayah dah tak ada.." saya perasan, mata dia sembap. Saya blank. Tak dapat proses apa yang dia cakap. So saya diam.

Sampai di rumah, saya nampak rumah saya ada ramai orang, ada sebuah lori. Dan satu bau wangi saya terhidu. Dan realiti menampar wajah saya. Saya teringat sesuatu. Perkara ini serupa macam hari nenek saya meninggal empat tahun yang lalu. Juga apa yang abang saya cakap tadi mula berjalan.

Ayah saya. Dan tak ada.

Ayah saya. Meninggal.

Saya terus lari ke dalam rumah, menuju ke belakang rumah tanpa hirau makcik-makcik memandang. Memangis. Teresak di pintu belakang, jauh dari orang.

Seorang makcik tegur saya, dia cakap, "Sabar ya.." dan dia bawa sayake ruang tamu. Semua orang ada di situ.

Dan ada ayah saya.

Dikafankan demgan wajah yang tanang.

Usai cium ayah, diorang bawa ayah ke kubur.

Bila diorang bawa ayah ke dalam liang lahad, saya teresak kuat. Saya capai tangan saya ke arah ayah dan cakap, "Jangan! Nak ayah! Adik nak ayah!" Tak hirau apa yang orang lain cakap. Kakak saya peluk, tenangkan saya.

Dan lepas ayah ditanam, saya tak ingat apa-apa dah.

Dah tujuh tahun hal tu terngiang-ngiang.

Orang yang paling saya sayang di muka bumi ni tinggalkan saya.

Sunyi tanpa ayah,memandangkan saya adalah anak ayah yang paling manja. Saya bukan anak ibu, so sampai sekarang hubungan saya dan ibu saya tak serapat macam orang lain.

*sigh*

Saya harap ayah bangga dengan anak-anak dia. Saya dapat 4A dalam UPSR dan 8A dalam PT3. Kakak saya sudah mendapat Ijazah Sarjana Muda. Abang saya pula sudah bergelar seorang suami minggu lepas.

Kalau ayah ada, dia mesti bangga.

Rindu ayah.

 

 

Minta maaf kalau blog ini menjengkeklan.

Comments

You must be logged in to comment
YuzuruH #1
Aww... I'm not fluent but I understand your sincerity
aquariusxpisces
#2
Oh.. Sebaknya.. Bila baca apa apa yang berkaitan dengan keluarga, entahlah. Masuk tahun ni jadi lebih beremosi sebab realiti,yeah. Ayah saya dah kira 'kilauan emas', umur dah hampir 59. Dan bila saya tersedar ke realiti, hati saya selalu tanya. "Boleh ke aku hidup kalau ayah dah tak da nanti?" "Sempat ke aku nak balas jasa dia?" Dan macam-macam dan saya takut kalau saya terlepas pandang apa-apa. Mean, saya jadi risau jika perkara yang saya buat tu ada sakitkan hati dia. (Well, ada sekali sebab saya rasa terhina. Tapi tak berniat pun.) So sekarang secara tak sengaja saya jadi seorang yang sangat peka terhadap apa yang saya lakukan dan apa yang saya akan lakukan. Kira macam terlalu berhati-hati, nak cakap sepatah perkataan "Yah nak singgah kedai" pun pikir sampai berjuta kali, nak cakap ke tidak.

Saya harap akak tabah, dan saya yakin, ayah akak mesti bangga dengan akak. :)
Overdose_Kpopers
#3
Saya sebak baca blog post ni unnie. Saya masih mempunyai kedua ibu bapa dan tak dapat gambarkan kehilangan kedua dua orang yang paling saya sayang. Boleh dikatakan saya ni Agak tidak mendengar kata. Apa apa pun, saya harap unnie cuba berborak borak dengan ibu. Mungkin itu dapat membantu rasa kesunyian. Unnie masih mempunyai ibu dan hargai la dia. Mesti ayah unnie mahu unnie mempunya hubungan mesra dengan ibu unnie