A really creepy story [MALAY]

Hello dan hi. Saya nak cerita tentang kawan saya. Ok basically saya tak la rapat dengan dia sebab kami memang tak pernah sekelas tapi saya selesa berborak dengan dia. Nama dia, saya hanya boleh beri nama panggilan sahaja, Irdina. 

Dia ni memang pandai. Saya kenal dia sejak form 1 dan sekarang saya di tingkatan 3. Dari form 1, tak pernah turun kelas. Mantain je kelas first bagi aliran teknikal. Saya kelas yang kedua. Irdina ni pendiam. Tudung pun dia pakai sehingga menutup sebahagian mukanya. Bak kata orang hipster, kulup. Tapi sesuai sebab dia mempunya kulit putih bersih dan comel. 

Haritu, saya dan classmate berkumpul di satu meja. Saya, Wani (kawan baik sehidup semati saya), Biru (nama panggilan. Kitorg panggil dia biru sebab dia gilakan warna biru), syazal, iffa, cammy, Dar, Alif, Laila, Batrisya duduk berkumpul. 

Biru, syazal dan Wani ni budak budak hostel (asrama). Kami semua ni bersekolah di sekolah perempuan. Sebab tu takde lelaki XD

Cerita dia bermula kami menyuruh Wani menceritakan peristiwa peristiwa seram yang berlaku di hostel. Asrama puteri kami memang banyak kes kes kene kacau, dirasuk dan sebagainya berlaku. Maklumlah, asrama perempuan kan? Lagi lagi kes pad berdarah memang selalu kita dengar. Lagi la 'benda' tu suka datang. 

Asrama puteri tu memang ada adat. Setiap tahun ketiga, akan berlaku kekacauan yang sangat teruk! Ramai budak budak hostel risau tahun 2017 sebab tahun ni tahun ketiga! 

Okay balik kepada topik asal tentang Irdina. Biru, syazal dan Wani ceritakan kepada kami tentang Irdina. Dia ni ex asrama. Irdina ni ada six sense dan six sense dia sangat kuat! Macam hijab dia dah terbuka sepenuhnya. Dia selalu nampak benda tu di mana sahaja dia pergi. Atas mesin gedegang (mesin air), dalam dorm, dalam prep, dekat wakaf puteri, luar surau, dekat dining. Boleh dikatakan setiap masa, setiap saat dia nampak benda tu. Satu hari tu, Irdina ni datang haid dengan biru. Sementara tunggu yang lain selesai solat berjemaah dekat surau, mereka berdua ni duduk di wakaf puteri yang bersebelahan dewan dining. Tengah duduk tu tiba tiba Irdina terpandang atas atap wakaf dan ternampak, makhluk halus yang sedang merenung mereka sambil gayanya ingin menerkam. Apa lagi, Irdina dengan panik memanggil biru yang duduk Agak jauh darinya. Biru yang sedar akan kelakuan Irdina serta merta tahu bahawa Irdina nampak sesuatu. Biru ni boleh dikatakan Agak lemah semangat. Dia terus berlari ke Irdina sambil memeluk erat budak perempuan itu dengan tubuhnya yang panjang. Kerana ketakutan, mereka terus lari dari wakaf dan masuk ke surau kerana terlalu takut. 

 

Saya rasa tu je kot untuk blog harini. Saya akan ceritakan lagi kalau ada masa. Cerita dia sangat menyeramkan dan susah untuk saya menulis. Dan saya ada SANGAT BANYAK cerita yang real tentang hostel sekolah kami. 

Comments

You must be logged in to comment
starlight_miss
#1
kalau sekolah saya 4 ke 5 tahn sekali. saya kena waktu form 2, kes rasuk. lebih kurang 14 org kot kena rasuk malam tu n saya nyaris2 kena. Fuh! malam tu memang kecut. lepas pada tu memang selalu sangat kena kacau. like katil kena goyang, kebas kaki (tanda2 awal rasuk), dekat toilet
Ai_Akizuki
#2
Wait mina do you notice me all along? You said you were shook at the fact I'm Malay?
tripleH
#3
Macam aspuri sekolah Unnie lah jugak. selang tiga tahun. Unnie pernah jadi saksi masa Unnie form 1. Awak mention tahun ni baru Unnie teringat, tahun ni tahun 'dia' comeback >.< mujur dah tak duduk asrama, kalau tidak, uish.. Hope awak kongsi lagi creepy stories! Unnie suka baca, tapi hakikatnya lemah semangat kalau real, lol
Laymontae
#4
pendeknye ceriteeee ape niiii T_T sambung lah sambung lah!! sangat interesting cerite niiii