Fanfic English, FIX YOU

Anyeong!!! ^0^ Just a simple review from me.

 

Sejak kebelakangan ni, kerja saya cuma baca ff malay dan mencuba nasib membaca ff english. Masa tu kawan saya promo saya untuk baca ff FTISLAND, Fix You. For the first time, saya ingat ff ni biasa je, tapi wooooshh!!! apa berlaku?! kenapa ff ni best sangat?! saya suka cara penulis mengolah ayat dan mengekspresi reaksi semua watak dalam ff tersebut. Saya rasa si penulis seorang pengarang yang hebat dan membuatkan pembaca tak jemur nak baca ff dia walaupun dia update 10 000 patah perkataan dalam satu chapter, banyak kan? (maklumlah, dia update sebulan atau 2 bulan sekali). Si penulis ni memang pandai menonjolkan watak utama dalam ff ni. Saya begitu takjub dengan penggunaan grammar yang baik, sampai saya boleh belajar tentang penggunaan grammar dalam ff serta mempelajari beberapa perkataan baru dari ff dia. Tajuk di setiap chapter juga sangat menarik bagi diri saya.

 

Fix You, saya fikir lain-lain waktu baca title ff ni. Bila saya baca separuh chapter dalam ff tu, baru saya faham. Fix you, ff ni berkisahkan tentang persahabatan yang tidak normal mula terjalin antara 2 orang pelajar yang berbeza personaliti. Mereka bagaikan langit dengan bumi. Jonghoon, seorang pelajar yang amat menyukai muzik dan seorang yang pendiam. Manakala Hongki pula seorang pelajar yang liar dan selalu melanggar peraturan sekolah. Jonghoon, si pendiam dan Hongki, si mulut lazer. Mereka berdua memang jauh beza. Tapi cuma satu sahaja persamaan mereka, mereka tidak mempunyai seorang kawan dalam sekolah tu. Tidak lama kemudian, mereka menjadi kawan rapat dan berlaku perpisahan. Bagi pembaca yang baru baca ff ni pasti tak akan faham teori penulis ni (macam saya xD) kerana ff ni juga ada gabungan diantara 'masa lampau' dan 'masa sekarang', ia memang suatu perkara menarik kerana 2 gabungan ni mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ia berlaku pada 8 tahun yang 'lepas' dan 'selepas' 8 tahun. Bila korang baca ff ni sepenuhnya, korangakan dapat rasakan ff ni bagaikan cerita real life ataupun macam drama korea.

 

Itu sahaja pendapat saya bagi ff Fix You. Sememangnya menarik, please check out if you want! ;)

ni link Fix You : https://www.asianfanfics.com/story/view/1019314/fix-you-angst-drama-ftisland-hongki-jonghun-jongki

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet