Bunuh diri?
(Ya allah, AFF sudah meningkat maju dan membuatkan saya terharu kerana saya tak jumpa butang untuk buat blog saya ke tengah-tengah :'D )
Okay, maaf sebab hiatus seketikaXD Homework yang cikgu bagi sangatlah banyak dan baru-baru ni saya baru pulih dari demam, hoho!
Melihatkan tajuk blog kita hari ni, 'Bunuh Diri' bukan sesuatu perkara yang kita boleh pandang remeh.
(Sebenarnya saya ada taip panjang-panjang pasal benda ni, tapi adik 'kesayangan' saya tutup hotspot secara tiba-tiba dan semua hilang. Haha)
Dalam seminggu atau dua minggu yang lepas, saya ada terbaca dekat surat khabar, remaja 12 tahun bunuh diri secara live. Siapa yang ada baca surat khabar Sinar, dia tahulah.
Dan masa saya baca tajuk ni, mata saya terus terbeliak. Saya macam, like seriously? 12 years old?
Usia yang terlalu muda untuk berfikir hal-hal berkaitan bunuh diri.
Nama dia... Patutkah saya beritahu? Tapi saya ada lihat video live dia tapi secara tidak live lah, ahahaha. Time dia nak bunuh diri tu memang sedih habis, dan sepatutnya 20 Februari ni dia akan berumur 13. Dik, tak jauh beza hhahaha.
Emm... Bila difikirkan balik, pernah juga saya nak bunuh diri. Cuma rancang je, tak berani pun sebenarnyaXD Tapi saya sangat bersyukur iman saya kuat. Alhamdulillah!
Comments