Why oh why?

     Hidup sentiasa tidak indah seperti yang diinginkan... Ingatkan kalau masuk universiti nak belajar dengan tenang dan tidak mahu ada apa-apa masalah dengan sesiapapun. Dari mula lagi rasa malas nak ada kawan banyak sebab sudah pasti akan leka kalau dah bergembira. Aktiviti pun biarlah berpada-pada supaya jadual seimbang.

Kalaulah semuanya terjadi seperti yang dirancang... kalaulah saya buat-buat tidak peduli untuk berkawan... kalaulah saya berfikir lama sebelum menyertai apa-apa sahaja aktiviti... kalaulah saya tidak buat diri saya dikenali ramai... sudah pasti saya tidak akan mengalami belenggu sebegini...*mengeluh*

Kenapa wujud orang yang selalu tidak puas hati melihat kegembiraan orang lain? kenapa harus ada yang mengganggu dan membenci sedangkan tidak ada masalah wujud diantara dua pihak sebelum ini? Kenapa perlu ada batu api? Kenapa harus mereka membuatkan orang lain susah hati mengenangkan sikap mereka yang membebankan jiwa dan raga sedangkan mereka sendiri langsung tidak peduli tentang perasaan orang lain? selfish... tidak berhati perut... hati bagai disiat-siat...

Tangisan dan luahan hati rakan-rakan rapat tentang masalah yang dicetuskan oleh sang pembenci ditambah lagi dengan stress alam pengajian di universiti, tidur tak menentu dan hati sentiasa tidak tenang...

what should I do now and what can I do to help my friends when I can't even help myself about it? 

Pagi-pagi buta mendengar lagu menenangkan diri

Termenung sendirian menatap langit menanti cahaya pagi tiba

Ditemani lirik lagu yang bagaikan memahami

Sesungguhnya, diri ini cuma insan biasa

 

Bukan lumrah kehidupan namanya kalau tiada dugaan dalam hidup...

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet