2016

Tak banyak yang aku nak bebelkan untuk tahun ni. Cuma,satu benda je yang aku nak cakap.

"Congratulations,dearself. You made it for this year. I am really proud of you,dearself. Let's work harder next year." senyum ikhlas untuk diri sendiri yang tengah duduk atas katil ni.

Tahun ni,banyak benda berlaku. Dari aku duduk tanam anggur dekat rumah sambil tunggu result upu yang maha dasyat tak terkata sampailah minah selekeh ni tengah struggle menghadapi sem 2 dekat kolej. Struggle bukan sebab aku ni kaki study 24 jam. Struggle aku sebab aku tak nak duduk dekat hostel setiap hujung minggu. Macam neraka duduk dalam penjara wey. Outing? Hell no. Salah satu spesies introvert  yang wujud dalam kalangan ribuan introvertians luar sana. Jadi outing time weekends memang aku ban dari senarai aku.

Aku still ingat.betapa hodohnya diri ni bila result upu aku hambaruddin. Menangis dalam kelas sebelah kawan baik aku yang dapat upu. Serius tak terkata. Benda pertama rasanya aku menangis sungguh-sungguh. Kawan stpm yang lain duk pandang kesian. Aku buat tak peduli. Aku nak menangis jugak. Tu cara aku luahkan rasa tak puas hati aku. Aku menangis sampai mata bengkak.

Dan kisah airmata aku tak berakhir sampai situ je. Esoknya,kawan baik aku tak datang kelas. Maksud aku,buat selamanya. Dia nak further study dekat uni. Bukan setakat dia je. Tapi kawan-kawan aku yang kelas lain pun sama jugak. Masing-masing bawak diri. Uitm,UIA,Unisza bla bla bla. Dan aku? STPM sudi terima budak cengeng ni. Entah kenapa,satu hari tu aku rasa tertekan sangat. Aku mengharap pada kos yang aku yakin aku boleh bawak. Aku mengharap pada upu yang sebenarnya akan tolak result spm aku yang entah apa-apa tu. Aku tak nak amik stpm. Tak pernah terbayang pun nak amik stpm.

Balik rumah,aku nangis puas-puas. Dua minggu sekolah,aku dah serupa cacing kepanasan. Semuanya tak kena. Environment baru,introvert aku yang melampau time tu dan kawan baik yang dah menghilang ke tempat lain. Aku jadi makin stress. Bagitau mama,aku tak boleh teruskan study dekat situ. Itu bukan passion aku. Kalau aku tak suka,memang aku tak suka. Mama risau.

Esoknya,kelas aku pindah kelas baru. Kelas yang lebih kecil memandangkan bilangan pelajar dalam kelas kami tinggal berapa kerat je. Yang separuh dah terbang dengan gembira ke menara gading. Tiba-tiba,dapat text daripada mama.

Oh Allah. Minggu depan,pergi interview dekat satu kolej swasta ni. Kos? Kos yang aku idamkan selama ni. Aku tak tau kenapa. Tapi hati ni lega sangat. Lega sampaikan cikgu pengajian am mengajar,aku tersenyum-senyum sendiri. 

Dan alhamdulillah. Tahun yang aku rasakan sangat pahit untuk ditelan,sakit kepala untuk diingat kembali dan perit tekak ni nak bercerita kembali macam mana aku yang mulanya rasa macam masa depan aku kelam akhirnya bertukar jadi satu tahun yang.............hmmm..bolehlah untuk dijadikan kisah tauladan untuk diri sendiri. Allah maha kuasa. DIA tahu tempat aku bukan dekat stpm tapi dekat tempat lain. Sebenarnya,boleh je kalau aku struggle sikit kat stpm tu,tapi entahlah. Hati ni tak melekat langsung dekat situ. Memang sayang,tiga sem je lepastu degree tapi entahlah. Dahlah. Aku malas nak fikir kenapa aku tinggalkan stpm.

Currently,diri ni sedang struggling menghadapi sem 2 dan ragam manusia yang bermacam-macam perangai. Ada lagi 4 sem dan let's work more harder for more years. Ahahahahaha...dah serupa macam season greetings 2017 Bangtan pulak.

Lastly,

terima kasih diri sendiri. Kau dah kerja keras untuk tahun ni. Jom,jadi lebih tabah untuk tahun depan. Mama dan ayah,terima kasih sebab sudi melayan kerenah anak you guys ni yang mengada-gada. Kawan baik aku (you know who you are),let's chase our dreams dan terima kasih sebab sudi pinjamkan telinga dengar aku bercerita tentang dunia kolej. dan tak dilupakan jugak,housemate aku yang sudi jadi doktor peribadi aku. Jasa kau,aku kenang sangat-sangat. Kalau aku dapat merasa sendiri nasi minyak aku nanti,kau adalah orang pertama yang akan dapat hug aku. muahahahahahahahaha...

 

dan manusia yang sudi singgah dan baca entri cikai ni,terima kasih luangkan masa korang. Aku hargai sangat-sangat.

 

Selamat tinggal 2016. 

 

"Let's fly with our beautiful wings in 2017 as well," (I'll fly along with you,,Namjoon <3 )

 

Assalammualaikum. xoxo.

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet