Luahan hati yang terbuku 2016

 

Seperti yang kita tahu, sekolah dah nak bermula dan saya nak ucapkan selamat bersekolah kepada semua. Yeah, mungkin tak ada orang yang sudi baca blog ni tapi saya tetap nak wish. Dan saya tak sangka, saya ingatkan tahun 2017 akan jadi lebih baik berbanding 2016 tapi saya rasa semakin lama hidup saya makin teruk. Mula dengan dipinggirkan kawan dan dipergunakan, segala rasa nak berkawan semakin lama semakin hilang. Tapi saya tetap bersyukur, saya dapat berkawan dengan anda semua walaupun saya tak pernah berbual depan-depan. Mungkin ini cara terbaik untuk dapatkan kawan. ( Lah kot ) Saya sendiri tak tahu macam mana nak tempuh kawan-kawan nanti. Saya sendiri tak tahu tarikh naik sekolah, ni nak fikir benda lain. Memang tak lah. Cuma mungkin saya perlu perbaiki diri sedikit dari segi percakapan maybe sebab saya seorang yang suka berbahas dan tak mudah mengalah. Saya bukan jenis yang suka kalah mulut dengan orang. Kalau tahan pun, rasa nak bagi penampar tu lagi membuak berbanding lawan mulut. Hihi

 

Dan mungkin saya akan tumpukan lebih pada pelajaran, walaupun saya sendiri tak boleh nak percaya pada diri sendiri. Yeah, PT3 menghampiri lagi setahun tapi saya taknak main-main, saya nak banggakan ibu bapa saya, lebih-lebih lagi sebab saya dari keluarga sedang. Kiranya tak ada lah susah sangat tapi laptop ke apa semua memang tak mampu sangatlah. Itupun kena menabung, haha!

 

Saya juga nak minta maaf, kalau selama ni kata-kata saya ada buat orang kecil hati. Yelah, dalam dunia ni, kita tak boleh agak, berapa orang yang benci kita, sayang kita or else. Ada yang rapat dan baik semata-mata nak pergunakan kita, kan? Tapi saya bukan jenis yang berhati-hati. Saya tak tahu nak rasa apa padahal memang dah terang lagi bersuluh. Haha, dalam bahasa yang agak kasar, itu BODOH.

 

Saya tak nak fikir tentang bermusuh, walaupun saya rasa setakat ni saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa di AFF. ( saya rasa lah ) Tapi kalau ada, maafkan saya. Hidup ni kita tak boleh jangka, kalau Allah nak esok saya pergi, esok jugalah saya pergi. Kalau ada hutang apa-apa, halalkan. 

 

Tapi sebenarnya saya seorang yang pendendam. Erm..kiranya pendendam tahap 1 kot, belum kronik lagi XD

 

Dan harapan saya untuk 2017, jadi lebih berani untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, dan juga semestinya.. Dihargai oleh kawan-kawan dan orang sekeliling.... Walaupun tak ramai yang anggap saya sebagai kawan mereka.

 

Haha, maaf. Jadi emotional pulak :'D

 

Tetiba pulak meluah haha maaf

 

Comments

You must be logged in to comment
StarCrused
#1
Ehmmm hope awak sabar, walaupun sya x pernah dipinggir or dipergunakan oleh my friends, rsanya saya faham masalah awak ni,,, T.T maybe one day awak akan jumpe true friend awak,, but saya lebih suka alone and buat hal senirik je..
Belajar rajin2 utk pt3 akan datang and goodluck,, sya pon spm tahun depan o.o

And one more thing,, saya rasa sifat pendendam tu x bagus la,, sebab nnti dia akan membuak2..
Walaupun kenkadang ada ja manusia2 yg suka menyakitkan hati. JUST SAYING-----
Exo_Sica
#2
Its okay actually utk hilang kawan. mksud aku, kau still skolah lagi. Setakat tknk kawan tu, alah celah gigi aku je. Mngkin sbb aku lelaki kot hahahaha. Tapi percayalah, klau sekarang kau dh boleh hidup tnpa kawan, dekat u or kolej nnti kau msti boleh survive punya. dekat sana lgi banyak persaingan dgn cbaran. Belum lgi kes tikam kwan belakang, curi assignment lgi. huh, nk senarai karang jadi blogpost pulak. Aku phm prempuan tk boleh hdup tanpa kwan tu yg dia stick je dgn kawan dia wlaupun kawan dia tu kutuk dia. Tpi percayalah ckp abng ni, adik akn jumpa jgak kawan adik tu. Kawan yg btul2 kawan.

- Yi