Menyesal

Pernah tak, kita berasa menyesal? Semestinya ramai yang akan menjawab,"Ya."

 Dan termasuklah saya. Selama ini, setiap perkataan yang sebenarnya saya ingin luahkan, semua hanya terbuku di dalam hati dan sedikit sebanyak membuatkan saya menyesal. Saya rasa seperti seorang yang tidak berguna. Walau hanya secebis ayat berbunyi,"Saya sayang mak cik.", saya tetap tak mampu nak luahkan. Nak saja saya hantuk kepala sendiri dekat dinding, dan fikirkan betapa bodohnya saya. Menangis banyak pun dah tak berguna. Saya tak mampu nak buat semua benda yang saya teringin buat. Peluk dan cakap "Saya sayang makcik. Jangan putus asa dan kuatkan semangat, ya?".

 

Maafkan saya.

 

Ayat semudah itu, tetapi semuanya tetap terbuku menjadi pepejal di dalam hati.

 

Comments

You must be logged in to comment
StarCrused
#1
Saya taktahu apa yg awak hadapi,, but saya harap awak kuat untuk hadapi all the problems.
haseungwon
#2
Hurm. Memang biasa macam tu. Dont worry my dear. Lapangkan dada,tarik nafas dlm dan hembus. Fikirkan yg positif dan bukan yang negatif. Ingat yang kita boleh buat. Walaupun hanya satu perkataan contohnya,'maaf,' itu susah untuk dikeluarkan tp tebalkan muka untuk luah segala perasaan yang kita hendak luah. Tapi jangan sampai menyakitkan hati org lain. Ingat! Kalau tidak mahu hati kita disakiti,maka jagalah hati org lain baru kita akan dpt benda yang sama. Okey my dear? Jangan menganggap yg diri kita lemah. Ingat yg kita ada Allah untuk tolong kita. Doa banyak2 dan cuba sedaya upaya.^^ Saya tak tau lah apa benda yang saya ckp ni...Adoi*ketuk kepala lat dinding* kalau tak fhm,abaikan sye or delete komen ni xD...hohoho..bye...selamat menghabiskan sisa cuti awak!!!