Tag Rakan Anda

 

Founder : DreamingYou

 

Copied from : DreamingYou

 

Tag : Hanna27

 

Yang ditag, sila lakukan satu blogpost! Happy playing~

 

[Blogpost anda mestilah mengandungi bagaimana anda mengenali AFF, penulis kegemaran anda, tiga ff tulisan anda yang menjadi kegemaran anda dan harapan anda untuk 2017!] 

 

Saya tak pernah expect yang saya akan jadi salah seorang penulis fanfics sebab masa mula-mula saya kumpul majalah e-pop, saya paling tak suka bahagian fanfics kerana ayat yang tak ada koma dan berterabur, dan juga beberapa babak yang saya tak berkenan. Tapi lepas beberapa ketika, saya mulai suka dengan fanfics dan mula menulis di Wechat. 

 

Tak lama lepas tu, saya jadi boring sebab dah lama tak beli epop ( tak ada duit ) dan ofcourse, tak puas baca fanfics. Saya pun cuba search dekat google dengan 'malay fanfics' dan terjumpa satu fanfics dengan link AFF. Dan masatu saya be like,' Asianfanfics ni apa benda?' 

 

FF terawal saya baca... Kalau tak silap saya, watak utamanya Suho. Maafkan saya sebab kebelakangan ni ingatan saya jadi semakin teruk >< FF tu best sangat dan menusuk hati. Tapi sekarang authornya tengah hiatus dan tak update. Tak silap saya dia spm. Ceh, dari tadi tak silap tak silap je.

 

Saya baru teringat! Penulisnya adalah AllenKpoppers~

 

Penulis kegemaran saya, semestinya DreamingYou, AiSyah98 dan juga Hanna27~ Semua ff diorang memang daebak, tak membosankan dan sangat menyeronokkan!

 

DreamingYou unnie ( kak intan~ ), ff dia semuanya best! Walaupun belum dapat habiskan semua, dah banyak karya dia yang saya baca. Dia juga selalu bagi support, dan juga banyak membebel >< Ff dia memang menusuk hati dan berjaya membuatkan saya menangis-nangis lol. Tak percaya? Cubalah baca!! XD

 

Kak AiSyah98 pula, ff dia semuanya kelakar! My Wacky Deskmate merupakan ff pertama karya kak aisyah yang saya baca. Dan ff ni buatkan saya ketawa macam orang gila dek lawak kak aisyah yang memang lawaklah! Baca berulang kali pun tak bosan, hihi xD

 

Dan Hanna27 pula, dia baik dengan saya dan ff dia banyak berkisarkan penyiasatan! Saya suka genre ni sangat-sangat XD dan juga, dia peramah dan baik hati! Tipulah kalau saya kata saya tak suka kawan dengan dia XD

 

Tiga ff tulisan saya... Saya tak tahu nak letak yang mana XD Tapi semestinya saya akan letak 11 Februari! Ff tu buat saya banyak berimaginasi macam budak kecik xD dan saya dapat ciptakan ending yang buat saya sendiri menangis. Eh, apalah! XD

 

Dan seterusnya... Saya pilih Make A Wish sebab kiranya ff ni boleh tahan dan saya seronok membacanya... Walaupun mungkin orang lain rasa macam tak best dan tak ramai suka baca, tapi saya cuba semangatkan diri saya hahaha maaf merepek

 

Dan terakhir, saya pilih He is My Mood Maker~ Sebenarnya saya sendiri terkejut macam mana orang baca ff ni padahal saya sendiri rasa macam ff ni merapu meraban XD adalah part yang saya suka tapi hahahaha tak tahulah macam mana XD

 

Emm...permintaan saya untuk 2017 adalah, baiki mutu penulisan saya, tak kisahkan subs @ reader ( tapi saya appreciate anda XD) dan tulis lebih banyak angst XD hahaha kbye semua 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet