Gadis dan Rama-Rama II

 

Gadis itu mengukirkan senyuman nipis.

Ya, rama-rama itu muncul di hadapannya lagi.

Namun, rama-rama itu semakin menjauhinya.

Dengan hati yang gusar, dia cuba mengekori rama-rama itu.

Namun tiba di pertengahan jalan, dia terjatuh.

Kakinya luka dan berdarah.

Dia lihat, rama-rama itu semakin menjauhinya.

Dia tidak percaya. 

Dia sungguh tidak percaya rama-rama akan pergi meninggalkannya.

 

"Berhenti!" 

Dia mencuba sehabis daya untuk memanggil rama-rama itu.

Namun, rama-rama tidak mendengarinya.

Dengan langkah yang perlahan, si gadis mengejar.

Namun jarak mereka semakin jauh.

 

Si gadis cuba mempercepatkan langkahnya.

Jarak mereka semakin hampir.

Si gadis menjerit, "Rama-rama!"

Namun rama-rama masih tidak mendengarinya.

 

Suatu ribut datang melanda kawasan itu.

Rama-rama hilang di sebalik debu.

Si gadis jatuh terduduk.

Rama-rama sudah 'pergi'.

 

Maafkan aku, rama-rama. 

Aku tak berdaya untuk melindungimu.

Aku juga bodoh.

Kerana tidak memberanikan diri untuk menyebut...

 

 

 

.......aku sayang kamu.

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
DivaAngel_
#1
Hrm jangan sedih dik, nanti akak pun sedih jugak :(