kegembiraan hati seorang penulis

Assalamualaikun dan salam sejahtera! Pheeww, tiba-tiba hari ni gatai tangan nak tulis blog. Hahah. Sebenarnya kami tulis blog ni sebab tak boleh nak tahan perasaan ingin tahu di hati kami ni. Dada ni asyik rasa sesak nafas dengan pelbagai persoalan...ahhhh~ /drama/

Jadi dekat blog ni saya nak tanya sesuatulah pada penulis-penulis fanfic di luar sana, yang pro mahupun amatur...

Apakah perkara yang membuatkan penulis fanfic dekat aff ni happy?

Adakah sebab cerita korang ada subscriber yang beratus-ratus? Cerita korang dapat banyak komen (feedback) yang sangat banyak ataupun sebab upvote?

Kalau bagi kamilah, kami rasa seronok bila pembaca bagi komen dekat fanfic kami. Tak kiralah komen depa tu pujian ataupun kutukan yang membina. Sebab kami sendiri sbagai penulis memang suka baca komen pembaca. Dari komen tulah baru kami tahu apa kekurangan kami dari segi penulisan ka apa ka. Dan sebab komen jugalah kami tahu fanfic kami ada orang baca walaupun subscriber tak sampai puluh-puluh bilangannya so that kami boleh terus ada semangat untuk update fanfic kami xD

Satu lagi, kamirasa seronok gila-gila bila ada orang suggest fanfic kami dekat mana-mana recommended list. Hahah! Tapi setakat ni fanfic kami tak masuk mana-mana recommended list lagi. Fanfic cikailah katakan. Hahah. Takpa, kami tak kejaq sangat title penulis terhebat ka apa. Kami tulis cerita sebab bosan, nak isi masa lapang (biaq assignment berlambak tak buat pun) dan sebab minat.

 

So...ada sesiapa nak share pandangan?

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Betul tu <3 Komen pmberi smgt. sama ada pndek atau pnjg, kalau kita bfikiran betul2 positif, stiap komen yg kita dpt tu adalah terbaik
namjinxed
#2
Komen, review dan bila my readers rec my fic :)
catdust #3
komen dari pembaca. respon kepada cerita.
kuchens
#4
Bagi saya, saya akan letakkan komen sebagai yang utama. Feedback daripada pembaca memang akan buatkan mana-mana penulis gembira (dan saya jenis yang asyik tersengih bila baca komen). Feedback dapatkan buatkan penulis itu tahu ada orang yang sedang membaca fanficnya dan sedikit sebanyak merasakan diri itu dihargai. (Kerana dirimu begitu berharga xP ) Recommendation list pula memang satu perhargaan kepada penulis. Haha.