EXO'luxion in Malaysia

Assalamualaikum!

Saya nak cerita pengalaman saya pergi EXO'luxion in Malaysia (CAT 4).

Pengalaman yang sangat mencabar bagi saya dan dua orang lagi adik perempuan saya.

Kami tiba di Stadium Merdeka lebih kurang 12 tengah hari.

Pada kami, waktu itu sudah lambat sebab ada ramai lagi lagi wal dari kami.

Tak nak datang awal sangat sebab letih nak tunggu lama.

Sampai saja disana, tengok line dah panjang sampai sekolah SMK Victoria.

Kami redha.

Sementara menunggu kami berborak sampai mata saya sakit sebab ramai manusia yang datang lambat terus berjalan ke hadapan tanpa beratur.

PELIK

Lama kelamaan, hati panas membara kami terus kehadapan.

(bukan kami saja. ramai lagi follow)

Tengok-tengok mereka duduk dah bersepah.

Tadi beratur bukan main cantik lagi.

Kedengaran suara EXO member tengah buat rehearsal.

Secara tiba-tiba mereka berpusu-pusu ke gate.

Tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Perasaan marah dan kesian pun ada sebab orang yang datang awal macam sia-sia saja.

Macam-macam berlaku sampai lah hujan lebat.

Alhamdulillah, sekejap saja hujan dah berhenti. 

Nasib baik ada abang 'rain coat' hahaha! 

Pukul 6 petang gate masih tidak buka.

Masing-masing sudah keletihan sebab berdiri sepanjang 6 jam lebih.

Itu baru kami, yang datang awal tu?

Haaaa....

Keadaan semakin huru-hara.

6.30 petang

"Open! Open! Open!"

Laungan peminat EXO kepada yang menjaga tiket kerana gate masih tidak buka.

Sampai 6.40 petang macam tu baru buka.

Saya tengok macam zombie yang kelaparan pun ada.

Berlari sana-sini.

Kami? berjalan dengan selamba sebab takut terjatuh.

Alhamdulillah ada tempat duduk.

Bersyukur sebab kami dapat tengok dengan jelas walaupun jauh sikit.

Pukul 8 malam baru concert bermula.

Para EXO-L sudah siap sedia dengan lightstick mereka.

Cantik sungguh pemandangan dengan lampu LED.

Galaxy!

(Oh, Kris T_T)

EXCITED!

Sebab saya jumpa orang-orang yang selalu menyinari hidup ku.

HANDSOME sungguh mereka semua.

Walaupun bias saya adalah KIM JOON MYEON tapi saya boleh katakan semuanya kacak belaka!

Comel sangat mereka bila nyanyi lagu Peterpan.

Rasa macam nak simpan mereka dalam poket je.

Sokongan dari EXO-L sangat memuaskan.

Sangat terhibur sampai suara saya sakit akibat menjerit sepenuh hati saya.

Kesian EXO member sebab basah kuyup dengan peluh.

Sampai Chanyeol cakap, "Ini kali pertama saya berpeluh sebegini."

Baru tahu Malaysia macam mana.

Saya begitu seronok, melompat sana-sini apabila lagu DROP dipasangkan!

Sampai saya lupa nak ambik gambar -.-'

Part lagu Miracle in December di nyanyikan oleh Baekhyun, Chen dan Lay (Version Chinese) dan lagu Promise saya sebak sebab teringat OT12 (T_T)

Masa berjalan begitu pantas.

Rasa macam pergi lagi je.

TAPI

Saya nak mereka yang organize concert mesti ada cara untuk bagi situasi tidak kelam-kabut lagi.

Sila letak pagar dan asingkan CAT4 dan CAT5.

Tak adalah mereka keliru dan berebut lagi dan mesti ada yang menjaga dikawasan itu.

 

KEPADA EXO

(XIUMIN, SUHO, LAY, BAEKHYUN, CHEN, CHANYEOL, D.O, KAI & SEHUN)

Terima kasih sebab menggembirakan hati saya.

Walaupun sekejap tapi saya berpuas hati sebab dapat melihat depan mata saya sendiri.

Saya tak sangka dapat tengok you guys!

Harap EXO member berjaya dan kami EXO-L akan menyokong anda semua.

EXO, saranghaja!

 

Ini je yang sempat ambik

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet