3rd Anniversary on Aff + 1K subscribers + PT3
So, semalam genaplah 3 tahun saya berada di alam Asianfanfiction ini xD tak sangka dah lama jugak duk layan aff ni. Start baca ff dekat sini hmm waktu akhir bulan 12 tahun 2012.Waktu still tak berminat nak menulis..hanya baca karya orang sahaja dan saya start menulis waktu 2014 bila sedar ada malay tag dkt aff ni.. first fanfic saya yang mungkin tampak childish tapi menyeronokkan untuk dibaca bagi pengemar ff fluff+romcom iaitu Married To Playboy = Error Married life!!! yang dipublish 10 Jan 2014..waktu tu memula menulis hahaha typo merata..tatabahasa melayang huk malunya..fanfic tu dah 2 kali repost balik..yang kali ni, saya yakin sikitlah..sbb dah kurangkan scene-scene yang keanak-anakan rasanyalah... fanfic kedua adalah He Can't Love Me ..ni first angstxfriendzone fanfic yang saya buat..dan saya tak rasa ff ni sedih..tapi reader cakap sedih ..hmm sedihlah kot..lepastu saya minat ff yang misteri and supernatural..maka terhasilah Love Notes Under Pillow...emm anda-anda semua boleh check sendiri..hahaha saya terlalu malas untuk terangkan semua..tapi kalau dipilih yang mana ff yang paling bermakna bagi saya..saya akan memilih Pretty Girl sbb ff ni saya hasilkan untuk pertandingan menulis buat kali pertama dan mendapat tempat pertama..saya rasa ff ni menyebabkan ramai//err takdelah ramai mana// tahu siapa VioletSyafiqah....
Sebelum ni saya ada berharap agar unique subscriber saya akan mencapai 1000+ sebelum 3rd anniversary..dan harapan saya termakbul..Saya sangat berterima kasih kepada subscriber-subscriber semua yang sudi membaca karya-karya saya yang tidaklah seberapa ini *mcm ucapan presiden lak xD* thanks untuk segala sokongan yang diberi..thanks untuk bersabar menantikan chap yang lambat diupdate..
dan juga..semalam adalah tarikh di mana..calon pt3 tahun 2015 menerima slip pt3 0_0 sebenarnya awal-awal lg saya dah tahu result saya..cuma bila ada pengumuman yang mengatakan gred pt3 turun..saya dapat tambah satu butir A lagi..Hmm result saya sebenarnya sangat memuaskan hati saya sbb tiada subjek yang gagal dan tiada D/E..itu maksudnya A/B/C sahaja yang wujud dkt slip pt3..lagipun bukan mudah pt3 ni..first day pt3 saya rasa nak tercabut kepala bila menjawab soalan math yang sememangnya penuh dengan soalan kbat yang membuatkan kepala ku pening. sebenarnya, time keluar dewan..saya tak yakin math boleh C sbb mmg susah..jadi saya bangga walaupun dapat C untuk math..ok anda semua dah tahu math saya C hahahaha asdfghjkl. Sekarang saya berharap tahun depan boleh masuk kelas IBK/ICT yang saya kehendaki..tapi semalam cikgu cakap saya mungkin leh masuk kelas akaun..akaun means kira-kira..dan saya benci mengira T_T Nasib cikgu cakap leh cuba mohon kelas ICT tp itupun in sha Allah kalau diterimalah..harap2 bolehlah..Memula saya ingat nak masuk KV but then terpilih jadi pengawas..rasa sayang pulak mujur ada kawan yang tak pindah hmm. Congrats to other Batch 00's yang lain..gagal tak bermakna kita akan gagal selamanya so stay positif ^^
Comments