Teori Formalistik

Teori Formalistik : Kajian Plot 

Jenis Plot

 Cara penyusunan plot yang digunakan oleh pengarang adalah plot mudah kerana jalan ceritanya mengikut kronologi dan mudah dipahami.

Perkembangan Plot

Cerpen yang saya kaji adalah “Kasih Seorang Anak” karya Ainul Helmi. Di awal cerita, penulis memaparkan peristiwa di mana watak utama, iaitu Along dipukul oleh ibunya kerana telah bergaduh di sekolah. Krisis mula tercetus apabila Ibu tidak lagi bertegur-sapa dengan Along kerasa rasa marah yang masih belum reda. Tambahan pula, Ibu seringkali memberikan layanan yang berbeza di antara Along dan adik-adiknya yang lain. Di sini, komplikasi semakin besar apabila Along bertindak melarikan diri dari rumah kerana tidak mahu lagi menjadi beban kepada Ibu dan menyebabkan Ibu bersedih. Along mencari kerja sambilan untuk membelikan ibu sehelai jubah bersemperna ulang tahun kelahiran ibu yang bakal tiba.

Klimaks di dalam cerpen ini adalah apabila Abang Joe yang merupakan pemilik bengkel tempat Along bekerja mengingatkan Along tentang masa depan dan cita-cita Along yang masih jauh di hadapan. Along mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah daripada terus hidup sebagai pelarian. Peleraian cerpen ini diakhiri dengan kesedihan kerana Along menemui ajal setelah dia terlibat di dalam kemalangan. Namun begitu, Along berjaya menghadiakan sehelai jubah dan memohon keampunan dari Ibu. Kawan Along iaitu Fariz turut memberitahu Ibu sebab mengapa Along bergaduh di sekolah. Along merupakan mangsa usikan kawan sekolahnya dan mereka memanggil Ibu sebagai wanita gila. Ibu merasa menyesal kerana selama ini mengabaikan Along dan bersikap pilih kasih sedangkan selama ini Along sangat menyanjunginya sehingga sanggup bergaduh hanya untuk menjaga nama baik Ibu. 


Unsur-unsur plot


Berdasarkan novel yang telah saya kaji, terdapat beberapa unsur plot yang telah digunakan oleh pengarang. Antaranya adalah dilema. Dilema berlaku apabila seseorang watak tidak dapat membuat pilihan. Di dalam cerpen ini, Along berada di dalam dilema sama ada untuk membelikan Ibu sehelai jubah ataupun tidak kerana takut akan dimarah Ibu. 

Ketegangan merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu
peristiwa yang akan berlaku berikutnya atau rasa ragu-ragu terhadap apa yang
akan berlaku selanjutnya. Unsur ketegangan ditunjukkan oleh pengarang sewaktu di mana Along terlibat dalam kemalangan. Pembaca yang membaca cerpen ini pasti akan tertanya-tanya apakah Along sempat menghadiakan Ibu jubah yang dibeli olehnya semperna ulang tahun kelahiran Ibu.

 Unsur pemerian adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dari dalam cerpen ini. Pemerian adalah apabila pengarang menggambarkan sesuatu sama ada keadaan
alam, suasana, peristiwa atau seseorang watak. Terdapat beberapa pemerian yang digambarkan oleh pengarang antaranya sewaktu di awal cerita di mana ibu bergegas mencari rotan dan memukul Along. Terdapat juga peristiwa lain yang menggunakan unsur pemerian seperti ketika Along memaut kaki Ibu bagaikan meminta ampun sambil memandang ke dalam mata ibunya dengan penuh kesayuan. Akan tetapi, pautan Along ditepis kuat oleh Ibu.

Dramatik adalah lagak,gaya atau aksi yang ditunjukkan tanpa dialog dan ditunjukkan melalui reaksi, gerak-geri atau memek muka. Unsur dramatik boleh dipamerkan melalui peristiwa di mana Ibu mengetahui bahawa Along terlibat di dalam kemalangan. Tatkala ibu memangku kepala Along yang sewaktu itu semakin nazak, Ibu kelihatan sungguh cemas bercampur sebak. Apabila sahaja Along menghembuskan nafas terakhir, Ibu menangis semahu-mahunya kerana menyesali apa yang telah dia lakukan terhadap Along. 
Arus kesedaran adalah tindak balas emosi seseorang watak dan berlaku apabila watak berfikir tentang sesuatu. Ianya berlaku secara spontan. Di dalam cerpen ini, Along berperangai aneh dan kelihatan bagaikan sedang berfikir setelah dia dan Abang Joe membicarakan soal masa depannya yang masih panjang. Sehubungan dengan peristiwa itu, Along telah meminta izin daripada Abang Joe untuk pulang ke rumahnya. 

Didaktik merupakan unsur pengajaran di dalam sesuatu cerpen dan merupakan matlamat atau tujuan utama pengarang sewaktu menghasilkan karya beliau. Didaktik di dalam cerpen ini jelas sekali adalah untuk mengajak pembaca supaya sering menghormati ibu dan bapa. Sebagai anak kita haruslah sentiasa mentaati kedua-dua orang tua kita kerana merekalah yang telah besusah-payah membesarkan kita selama ini. 

Menilai Plot

Cerpen yang telah saya kaji ialah “Kasih Seorang Anak” karya Ainul Helmi. Plot yang digunakan oleh pengarang disusun dengan kemas dan pembaca dengan mudah dapat memahami jalan cerita cerpen ini. Selain itu, cerpen ini juga boleh diterima akal dan logik. Akan tetapi, jalan cerita cerpen ini terlalu klise dan senang di duga, ia membuatkan pembaca tiada keterujaan. Penyelesaian cerpen ini juga terlalu mudah dengan mematikan watak utama. 

Bagaimanapun, pembaca tidak dapat menyelami kesedihan Ibu sewaktu kematian Along kerana cerita yang terlalu tergesa-gesa dan kurang penghayatan. Watak Along juga lemah, tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai watak dan perwatakan Along. Untuk keseluruhan plot, pengarang gagal membuat cerpen ini menyeronokkan untuk dibaca. 

Kredit: http://www.penulisan2u.my/cerpen-kasih-seorang-anak/

 


LOL kejamnya aku kalo aq jd reviewer xD (esaimen sastera dunia done) 

Comments

You must be logged in to comment
selmonggg
#1
Aku malah kalo jadi reviewer tau mana hang salah tapi gak bisa nge-point ini loh yang salah gara gara ini. Jadi . . . :"