I need You

 Cuaca sangat sejuk. Aku menggigil perlahan. Aku mencapai baju sejukku. Esok. Ya, esok. Aku akan berjumpa dengan pemilik hati aku. Kim Taehyung. Aku tidak peduli sama ada dia akan menyedari aku walau hanya sesaat. Aku cuma mahu memberikan ini. Gelang yang sama denganku. Entahlah dia akan memakainya atau tidak. Dan apa yang aku risaukan sekarang, aku takut ditolak-tolak sehingga jatuh. Maklumlah, badanku kecil sahaja dan aku rendah orangnya. 

 

✴✴✴

 

Hari yang aku tunggu tiba ! Aku hanya berpakaian tebal dan berkasut sukan. Itu sudah memadai. Makeup? Tidak, aku tidak memerlukannya. Kesal juga aku kerana seringkali dikatakan aku membuat pembedahan plastik. Bagi aku, natural beauty itulah yang terbaik ! 

 

✴✴✴

 

Aku di hadapan dia sekarang. Dia cuba menggodaku dengan mengenyitkan matanya. Lidahnya tidak boleh duduk diam. Dia cuba berbual denganku tetapi lidahku kelu. Aku hanya mampu tersenyum. Dia menarik tanganku. Dia mengusap-usap tangan kecilku. 

 

"Yun...min... Tangan awak sejuk". Dia menegur dengan muka risau. Aku hanya menggeleng perlahan. "Ani, gwenchana.." Aku tersenyum sedaya upaya aku. Sungguh, hatiku berdebar hebat. Dia meletakkan tanganku ke mulutnya. Dihangatnya tangan aku dengan hembusan nafasnya. Tangan dia mengenggam erat tanganku. Kemudian, dia mengecup tanganku perlahan. 

 

Wait.. What?! Dia .. Mahu sahaja aku pengsan. Dia tersenyum .  Aku hanya mampu tunduk. Malunya. Tiba-tiba... Ada telur yang pecah di rambutku. Aku terkesima. Begitu juga dengan member yang perlahan.

 

Manik hangat di tirai mataku perlahan-lahan menitis. Taehyung cuba membersihkan telur di rambutku. Tetapi aku tepis dengan lembut. Aku mengeluarkan gelang yang ingin aku hadiahkan kepadanya. Taehyung menyambut gelang itu tetapi jelas kerisauan di raut wajahnya. Aku hanya tersenyum hambar. Aku bangun dan berlari sekuat hati. Air mata terus- terusan  mengalir deras.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet