Saja Nak Lepas Rindu.

Yeayy!!!! Aku tension gila disebabkan assignment ang macam nak gila punya banyak.  Hari Jumaat ni nak kena submit dua projek! Okay nampak macam besa ja kan. "Alah pompuan ni, dua projek ja pun! Aku ni ada paper killer kot!" kata si fulan.

Ha, dia la. Aku kena buat doodle atas kain rentang 7 meter, SORANG-SORANG! Baju aku pun tak sampai 5 meter hampa tau dak!!!!!!!!!!!! Mau tak gila aku macam ni. Dah tu ingat aku ni manusia tak reti penat ka apa? Orang len penat baca buku, aku penat mengadap laptop tiap-tiap masa. Balik-balik bukak AI, PS. Sampai nak muntah laptop ni tengok muka tuan dia. To the point dia hang lah kan.  

Okay, kesian hampa yang baca ni kan. Dak la, aku bukan apa. Aku dah lama tak merepek kat sini. Sekali sekala ja pun aku meraban kat sini kan. Untuk sapa-sapa (rakyat Malaysia yang lagi muda dari aku dan bercita-cita nak jadi graphic designer paling berjaya dalam dunia dan nak sambung belajaq dalam bidang ni kat Malaysia) aku sebagai seorang kakak yang prihatin dan penyayang sarankan hampa standby lah fizikal dan mental. Ekceli setiap bidang pun ada cabaran dia tapi dah aku budak grafik, suka hati akulah nak cerita pasai ni pun. 

Okay-okay, kalau UTM punya grafik aku tak tau lah life dia macam mana sebab aku bukan student situ pun. Life aku sebagai student grafik Uitm puncak alam aku abadikan dalam cerita Vans dan Chuck Taylor. Itulah cerita yang jadi tempat aku meraban pasai life aku yang boleh tahan indah ni. Apa yang pasti, masuk grafik best wooooo walaupun duit habeh macam bukak ayaq paip. Mana tak habeh, sebatang art marker dah kena standby sepuluh ringgit. Aku tak tipu lah, awal sem ni memang rilek gila hidup aku. Rilek yang amat lah. Hujung minggu, housemate aku yang akaun tu dok study, aku buleh lagi marathon movie. Sekali dah sampai hujung sem, tidoq ke mana, kerja ke mana. Tidoq tak pakai bantai kot! Tidoq atas lantai semata-mata, tu pun rasa macam tidoq atas tilam cotton candy. Punya letih lah kan. Tapi, dia punya puas tu bila lecturer puji work kita. Kiranya tak sia-sia lah bersengkang mata buat sketches banyak-banyak, mengadap laptop lama-lama sampai power spek aku makin naik. Bila work diterima tu, rasa gumbira dia tu, Ma shaa Allah memang tak terkata. Nak-nak pulak untuk aku yang tak reti lukih ni, bila kena puji mau tak kembang. 

Tapi, apapun nasihat aku. Janganlah sombong. Kalau lecturer puji, terima. Tapi kalau orang mintak tolong apa-apa pasai work, jangan sama sekali kedekut ilmu. Hatta kalau depa penyegan nak cari resources sekalipun, kalau depa mintak, bagi ja. Toksah lah tolong cari. Habaq sudah lah nanti pandai-pandai lah depa Google. Aku kata ni bukan apa, ilmu ALLAH ni kan banyak, apa salahnya berkongsi. Waktu belajar nilah kita nak tahu banyak benda, nanti bila kerja, lain colleage, lain perangai. Kalau kata kat sini ada yang baru nak jinak-jinak guna AI atau PS, kot la segan nak tanya freelancer kat sini, boleh tanya aku. Cuma reply tu lambat sikit la. Tapi,Aku habaq awal-awal, aku kurang sikit guna PS. Aku selalu guna AI ja. PS tu kalau image editing aku guna la. 

Aku tak nafikan aku akan jarang update lepas ni. Janganlah expect aku akan ada kat sini sebab aku dah ada tanggungjawab lain. Praktikal oi! 3 bulan pulak tu. Apapun sempena bulan Ramadhan ni, aku yang bernama Siti Nornazatul Shima binti Ahmad ucapkan salam Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan! Setahun sekali ja, grab all the chances. Barakah bulan Ramadhan ni lain macam sikit dia punya nikmat. Rugi kalau tak ambik peluang. Tapi yang wajib jangan lupa la noh. 

Okay, last but not least. There's a very thin line between confident and over confident. Over confident ni bahaya dia tau. Dari situ, penyakit sombong boleh berjangkit. Ilmu yang ada, kita kongsi. Jangan sombong. Okay? Ni bawah ni aku letak cover Vans dan Chuck. Kalau nak baca. tamau baca sudah, aku tak paksa pun. 

Sekian dari aku yang bernama Shimm. Maaf sekiranya ada terkasar bahasa.

Assalamualaikum. 

 

Comments

You must be logged in to comment
purpleamethyst1995 #1
Laa... Ko budak Palam ke? Lahai, dulu pun aku asasi Palam.
thelucidream
#2
Akak boleh! Even reen tak tahu acaner dak2 grafik design ni rasa kan... tapi, reen pun bakal2 merasa gak hidup berassignment ni. So, akak kuatkan semangat!!!
Amira5
#3
Hakak~! Saya disini ingin mengucapkan juga selamat menyambut Ramadhan AL Mubarak naa? If akak ada exam ka apa ka goodluck au huhuhu. Thanks for the tips and advices
ohneomo #4
omg omg akak! kimchi rindu akak!
lama tak dgr cite woo