percubaan pertama menggunakan aku dan Suho

 

  1. Kisah 100 hari

Nama aku Kim Suho, anak tunggal dalam sebuah keluarga kecil di Korea Selatan. Ayahku merupakan doktor pakar bedah dan ibuku pula tidak bekerja. Dia baru sahaja meninggal dunia tiga tahun lepas. Macam mana aku ingin terangkan tentang diri aku? Di mana harus ku mulakan? Aku merupakan pelajar jurusan perubatan yang mana baru tamat latihan dan menunggu sijil kedoktoran ku lulus. Prinsip hidup aku ialah bergembira selagi ada masa dan nikmati setiap saat yang dilalui. Aku tak suka dikonkong dan selalu membuat ikut suka hati aku. Mungkin itu sebab ibu aku gelar aku sebagai anak yang manja manakala perangai aku selalu memeningkan ayahku. Aku minat sains dan bertekad ingin menjadi doktor seperti ayah ku kerana ibuku. Bagi dia, lelaki paling sempurna di dunia adalah ayahku. Aku rasa geram dan tidak puas hati kerana aku tidak pernah kalahkan ayahku dalam segala aspek di mata ibuku.

Semakin meningkat dewasa, semakin banyak perkara aku belajar dalam dunia ni. Aku berkawan dengan ramai orang tidak kira status seseorang itu. Aku bergaul bebas dan bersosial. Aku berjalan merata tempat tapi aku masih tak dapat mencari seorang perempuan seperti ibu ku. Bagi aku, perempuan hanya sebagai tempat melepaskan tekanan dari belajar dan sebagai hiburan. Sejujurnya aku tidak pernah hormatkan mana-mana perempuan sebagaimana aku hormatkan ibuku. Malah aku pernah bertanyakan ayahku, macam mana dia boleh berjumpa perempuan sehebat ibuku, dan dia hanya sekadar membalas dengan mengatakan suatu hari nanti aku akan jumpa perempuan seperi ibuku.

Aku terus mencari. Teman wanita aku bertukar ganti tapi tiada satu pun yang mampu membuatkan aku tersenyum seperti mana ayahku senyum pada ibuku. Aku meniduri ramai perempuan tapi aku tetap rasa kosong. Aku bertukar-tukar pasangan dengan kawan-kawan dan masih tidak menjumpai apa yang istimewa pada mereka. Lama-kelamaan aku jadi putus asa. Ah! Perempuan semua sama kecuali ibuku. Namun, tanggapan ku terhadap perempuan berubah selepas 100 hari. Ini adalah kisah 100 hari ku.

Aku kira itu hari yang pertama. Aku rasa bengang dengan tindakan ayahku yang membatalkan kad kredit aku. Didorong oleh perasaan marah, aku menerpa ayahku di tempat kerjanya. Di hadapan pejabatnya, aku menunggu dengan perasaan geram. Aku tidak suka apabila ayah mecampuri urusan hidup aku. Dia pernah beberapa kali menasihati aku agar berhenti bersosial dengan perempuan-perempuan tapi aku tetap berdegil. Walaupun aku bakal menjadi seorang doktor, aku merupakan perokok tegar dan aku kerap berjudi. Adakalanya aku sering bersosial ke kelab malam, mencari gadis muda yang mampu memuaskan nafsu aku. Namun aku tegah diri aku daripada terlibat dengan dadah kerana aku bimbang ia akan membatalkan sijil kedoktoran yang bakal aku miliki tak lama lagi.

Aku tahu ayahku bimbang dan ambil berat terhadap aku namun aku tetap tidak suka dikonkong. Semasa menunggu ayahku, sempat aku mengerling jururawat-jururawat yang lalu lalang. Aku terus menunggu sehingga seorang lelaki separuh umur muncul. Wajahnya tegas tapi aku tahu orangnya lembut. Beberapa uban mula kelihatan di sebalik helaian-helaian rambut hitamnya. Keningnya berkerut dan tangannya diseluk ke dalam poket jubah doktornya.

“Kenapa kamu datang sini?” suaranya garau bertanya.

“Kenapa ayah batalkan kad kredit saya?” aku membalas dengan nada yang sedikit tinggi.

“Kalau kamu nak bincang hal peribadi, balik rumah. Kita bincang di rumah. Sini hospital, tempat orang sakit,”

“Saya tengah sakit ni. Sakit hati. Suho tak suka ayah masuk campur urusan Suho.”

“Duit tu duit ayah. Mestilah ayah masuk campur. Kamu buat apa dengan lima juta won tu? Belanja perempuan kereta? Belikan berlian?” ayah mengerling aku dengan pandangan tajam.

“Saya tolong Chen. Dia dalam masalah. Dia kawan saya dari sekolah menengah..”

“Masalah apa? Masalah dadah? Itu masalah kamu maksudkan? Ayah tak suka kamu bergaul dengan orang macam tu”

Aku mengeluh perlahan sambil memandang wajah ayahku.

“Chen bukan penagih dadah…”

“Penagih dadah, pengedar dadah. Sama sahaja,” ayah memang suka memotong percakapan aku. Jujur aku katakan aku memang tidak pernah menang kalau berlawan cakap dengan dia.

“Ayah, Chen memang pengedar dadah tapi dia bukan jahat mana pun. Suho tak suka ayah kawal hidup Suho”

“Suho, kamu bakal menjadi doktor. Sebagai seorang yang terpelajar. Tak boleh kamu tunjukkan contoh yang bagus? Apa ayah nak jawab dengan ibu kamu nanti? Kalau ayah tak kawal kamu, entah apa perkara lain akan kamu cuba buat. Cukuplah menikmati hidup kamu dengan cara yang salah.”

Aku terdiam saat ayah menyebut mengenai ibu. Aku lalu selukkan tangan ke dalam poket baju jaket.

“Suho dah besar. Suho tahu tentukan cara hidup Suho. Ayah tak perlu risau. Lagipun Suho bukan…”

Code Blue! Code Blue!

Satu pengumuman kecemasan menhentikan aku yang tengah merayu memberi alasan pada ayahku. Tiba-tiba seorang jururawat berlari ke arah kami anak beranak.

“Dr Kim,” dia mendapatkan ayahku. Sempat aku menjeling badannya yang cilik di sebalik baju seragam jururawat yang kelihatan sedikit ketat di badannya.

“Pesakit Heo muntah darah,” dia melaporkan.

“Malam ni pulang rumah. Ayah tunggu kamu di rumah nanti,” ayah ku sempat menepuk bahuku sebelum beredar meninggalkan aku sendirian di depan pejabatnya. Jururawat muda tadi mengekori dari belakang. Aku mengeluh dan bersandar pada pintu yang berkunci. Sejujurnya aku malas pulang rumah. Aku memiliki rumah aku sendiri dan sebuah rumah ‘basement’ kecil. Makanya aku jarang pulang ke rumah ayah, terutama selepas ibuku meninggal.

Kemudian aku naik ke atas bumbung bangunan hospital. Aku ingin menyedut udara segar dan melepaskan perasaan geram aku yang masih berbaki. Angin musim luruh meniup perlahan tapi tetap mendinginkan. Beberapa kali aku memperbetulkan jaketku, memastikan aku terlindung dari angin dingin tersebut. Aku mengeluarkan sekotak rokok lalu menyalakan sepuntung di hujung bibir. Kehangatan sedutan rokok itu menyelesakan aku. Kemudian, di situ aku ternampak dia. Dia yang melakar kisah 100 hari ku. 100 hari paling bermakna dalam hidup aku.

“Yah, awak buat apa tu?” aku menegur seorang perempuan yang berada di sudut bangunan. Kakinya berjengket sambil memaut pada dinding. Aku sangkakan dia terjatuhkan barang ke bawah. Malah gayanya ketika itu, pelik.

Selepas menyedari aku menegurnya, dia berpaling memandang aku. Jarak kami tidak begitu jauh. Dalam 10 langkah besar. Aku tak tahu apa perasaan aku ketika itu. Angin membuai lembut rambutnya, wajahnya bulat dan entah kenapa aku rasakan pandangannya naif. Aku terdiam tatkala mata kami bertembung.

“Awak ada rokok lebih?” kedengaran lunak suaranya manja. Aku pana seketika sebelum menjawab, “Ada, kenapa?”

Kemudian dia datang menghampiri aku, dan mencapai sendiri sepuntung rokok dari kotak rokok yang ku letakkan di tepi tadi. Aku mengeluarkan pemetik api dan menyalakan hujung rokok yang dikemam di bibir. Aku perasan akan bibirnya yang merah jambu. Dalam sekali sedutan, perempuan itu tertunduk-tunduk batuk.

Aku pecah ketawa. Jelas perempuan itu tidak pernah merokok. “Yah, awak tak reti merokok ke?”

Namun gadis itu tidak berhenti menyedut dan terbatuk-batuk. Aku merampas puntung rokok dan kupijak matikan. “Kalau tak reti, tak payah merokok”

Gadis itu diam tidak membalas tapi aku dapat mendengar dengusan nafasnya. Matanya kelihatan berair dan sembap seperti baru lepas menangis.

“Apa awak buat kat sini?,” tiba-tiba dia menyoal aku. Dia berdiri sama tinggi dengan aku.

Aku tidak menjawab tapi menghembuskan asap rokok dari mulutku sebagai jawapan. Aku mengerling lihat gadis itu jadi aku fikirkan yang dia bukan pesakit di hospital ini memandang dia tidak menyarung baju pesakit. Hanya skirt labuh dan tshirt tebal berlengan panjang. Rambutnya pendek paras bahu. Aku mula terliur melihat tubuhnya.

“Apa awak buat kat sana tadi?,” soalku pula. Aku mula memikirkan rancangan untuk mengumpan gadis ini. Sekadar membalas geramku kerana tidak dapat memujuk ayahku tadi. Aku fikir mungkin aku dapat tidur semalam dengan perempuan ini.

“Saya? Saya naik sini sebab nak tengok pemandangan bandar Seoul,” jawapannya pula kedengaran seperti gadis naif. Mudah sahaja kalau aku ingin perdayakan gadis ini.

“Nak tengok dengan lebih dekat?” aku memulakan niat jahatku. Lagipun tiada gadis yang pernah menolak perlawaan aku untuk tidur bersama. Lelaki macam aku yang ada rupa paras ni mudah mencairkan mana-mana perempuan.

“Hah?” dia memandang aku naif.

“Maksud saya, awak nak tak jalan-jalan di bandar Seoul ni? saya tahu banyak tempat menarik yang cantik di Seoul ni. Awak orang mana? Luar Seoul?” aku memujuk perlahan. Puntung rokok di bibir ku campak buang.

“Saya dari Pohang,” jawabnya tersenyum.

Beberapa minit kemudian, dia berada di belakang aku. Memelukku erat sedang aku menunggang laju motorbike kesayanganku. Sempat aku bertanya namanya dan dia menjawab “Lee Yubi”. Nama yang ringkas tapi selamanya terpahat dalam ingatan aku.

Selepas lama mengelilingi bandar, aku bawa Yubi ke ‘basement’ku. Sebuah rumah kecil yang terselit di antara penempatan orang-orang biasa di bandar, tempat aku selalu berhibur dengan kawan-kawan aku.

“Ni rumah awak?” dia bertanya.

Aku hanya menggangguk sambil membetulkan rambutku yang kelihatan bulat selepas menanggalkan topi keledar. Aku mengetuai langkahnya, mengajaknya masuk. Sememangya sudah ramai perempuan yang menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut. Baik teman wanita aku atau gadis-gadis yang dipungut oleh kawan aku. Selalunya bila ada parti, kami berhibur sambil bertukar-tukar pasangan.

Aku yakin malam nanti dia akan jadi milik aku. Aku tidak pernah gagal menggoda perempuan.

“Bersepahnya,” dia menegur keadaan rumah tersebut. Rumah orang lelaki. Beberapa botol bir kosong dan separuh terisi bergelimpangan. Helaian baju kawan ku yang tertinggal masih bergantungan di bibir sofa. Kotak-kotak kosong bekas ayam goreng dan pizza juga masih terbiar di dapur. Bagi aku, keadaan itu biasa. Selalunya pada hari isnin, akan ada pembantu rumah datang mengemas.

“Awak dah makan?” soalnya sambil melilau sekeliling dapur. Dapur yang kecil dengan ruang makan yang terhad. Lagipun aku bukan seorang yang gemar ke dapur jadi keadaan itu tidak menjadi masalah bagi aku.

“Belum. Kenapa? Awak nak makan dulu?” aku menyimpan kunci motor dan topi keledar di rak bersebelahan televisyen. Aku fikir yang aku harus melayan kehendaknya dahulu sebelum mengajaknya tidur bersama malam nanti.

“Apa kata saya masakkan untuk awak? Sebagai tanda terima kasih sebab awak bawa saya jalan-jalan tadi,” diselitkan senyuman manis di hujung ayatnya. Aku tidak tahu apa harus aku balas dan hanya mengangguk setuju. Beberapa minit aku menyesal apabila aku terpaksa keluar membeli bahan-bahan masakan di pasaraya berdekatan. Kesudahannya aku menghabiskan masa petang aku dengan menolak troli dengan senarai barang di tangan. Lewat petang itu, Yubi mengemas dapur aku dan aku memerhatikannya memasak di dapur. Pernah beberapa bekas teman wanita aku juga memasak di dapur tersebut jadi aku tak keberatan membiakan Yubi menggunakan dapur tersebut.

Aku mula terasa bodoh seperti dipermainkan oleh perempuan itu. Tapi aku turutkan apa saja permainan yang mungkin Yubi aturkan. Aku yakin malam nanti dia pula akan diperbodohkan oleh aku. Malam itu, sambil makan kami berbual mengenai tempat-tempat yang aku bawanya tadi. Sengaja aku melayan kerenahnya supaya nanti dia pula akan melayan aku. Akhirnya Yubi tertidur semasa aku tengah mandi. Bodohnya perempuan ni kerana berani tidur di rumah lelaki asing yang baru dikenali.  Itu yang aku fikir tatkala aku merenung wajahnya yang lena. Waktu itu boleh saja aku tanggalkan bajunya satu persatu tapi entah kenapa tangan aku tidak bergerak. Timbul rasa serba salah pula dalam diri aku. Kemudian aku mengetuk kepala sendiri dan berkata ‘Bodoh kau ni Suho” apabila aku mengangkat Yubi tidur di atas katil manakala aku mencapai selimut tidur di sofa.

Hari pertama berakhir begitu saja. Kemudian hari kedua itu dimulakan dengan aroma roti bakar yang mengejutkan aku. Ahh~ aku terasa seperti di rumah ketika mendiang ibuku masih hidup.


sooo? acane? kalau ok, sye akan try smbung..

Comments

You must be logged in to comment
Jehaaeyo
#1
Cepat update,peminat tegar suho ni hehehe
happineseu
#2
Best²
one shot je ke??
smbung ahh
yasmin16 #3
Cepatlh sambung .....cam best je...
Song_Raein #4
Sambunggggggg please continueee ^~^
thelucidream
#5
Wahhhh sambung lagi! Saya terlampau khusyuk baca ni! (^_^)
blackunicorns
#6
Good!!!
-chaseul
#7
Okayy !! So far so good. I really wanna know kisah selanjutnya ! Good job