Stori Mori Ntahpape for Nina :P

***I make this story special for my friend, actually she requested it lol xD
-kalau nak baca, silakan, kalau x nak bace aku tak kisah pun hahaha- :v



 

ONLY YOU - by ShiMatoki

Nina menongkat dagunya sambil menghadap sehelai kertas calculus yang dipenuhi dengan formula dan contengan yang tertera “NINA COMOK COMOKKK” yang ditulis oleh Nurin.

Nina ketawa seorang diri, sementara Nurin di sebelahnya sudah lena dibuai mimpi.

Nina melipat helaian kertas tersebut dan menyelitnya di dalam buku passyear calculusnya.

“Nurin…owh nurin, aku balik dulu eh, nak lepak kat lorong dengan Farah jap”, Nina cuba mengejutkan rakannya itu namun tiada sebarang reaksi. Hanya dengkuran yang menjawab pertanyaan Nina. lulz

“Makcik ni memang…tak pe la, Huda aku balik dulu eh”, Nina melambai tangannya ke arah Huda. Namun Huda turut sama dibuai mimpi.

Shiro yang perasan kelakuan Nina hanya membuka headphonenya dan ketawa melihat gelagat Nina.

“Siap kau Shiro…tak pe…hahaha”, Nina turut tertawa.

Di lorong, hanya mereka berdua sahaja yang masih setia melepak di situ walaupun jam hampir menunjukkan pukul 1.00 pagi. Ai maklumlah, malam sabtu kan, masa untuk goyang kaki ler.

Farah leka bermain game dekat handphonenya. Sudah berapa kali Nina merenung Farah namun tiada sebarang reaksi. Sedih!

Tetiba sahaja handphone Nina bergegar. Segera dia membukanya dan ingin mengetahui siapakah yang menghantar wassap tengah-tengah malam buta macam ni.

MOK CIN 2 NEW MESSAGES

Muka Nina terus berubah kemerahan tatkala mengetahui si ‘dia’ menghantar wassap kepadanya. Mahu saja dia menjerit waktu tu tapi naluri keperempuanannya membataskan dia untuk menjerit pada waktu tengah malam yang berbahagia itu.

Terus menggegarkan badan Farah yang berada di sebelahnya.

“Farah farah farah farahhhhh”, Nina menggoncang badan Farah sekuat hati.

“Hei hei kenapa doh? Sakit ah wei!”, Farah menepis lengan Nina. Sakit kut, Nina tu dah la sekali sentap, boleh lebam woo..hahaha

“Mok cin wassap aku weii…hahaha”, Nina ketawa seorang diri.

“Dah habis tu? Dia tulis apa?”, Farah membuat muka kosongnya.

“Jap, aku belum baca lagi…hahaha tetiba rasa takut plak nak bukak”, Nina teragak-agak untuk membaca isi kandungan wassap yang dihantar Mok Cin.

“Kalau kau tak nak baca, biar aku bacakan untuk kau!”, Farah mengukir senyuman sinis terhadap Nina. Segera Nina mencubit peha gebu Farah.

“Dah la, tak payah ngade-ngade! Jom weyh, dah pukul berapa ni…”, Nina menarik lengan Farah untuk beredar dari lorong berkenaan. Anak dara x elok lepak luar lama-lama. Bahaya!

Di katil…

“Bismillahhirrahmanirrahim!”, ucap Nina sebelum membuka wassap yang dihantar Mok Cin.

“Slm wei nina”
“Esok jumpa jap, aku nak bagi kau benda”

Nina terus memeluk handphonenya.

“What? Dia nak jumpa aku? wowww benda apa yang dia nak bagi tu? hhmmm”, Nina memusingkan badannya ke kiri ke kanan tapi dia masih tidak dapat tidur.

Sudah kesekian kalinya dia memejam celik matanya tapi matanya masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melabuhkan tirai.

“Owh mok cin…kenapa lah kau comel sangat…aishhh salah kau sebab kau comel sangat! Padan muka aku dah suka kau..hahaha”, Nina tersenyum sendirian seperti kera mendapat bunga.

Keesokkan paginya…

Nina mendapat wassap daripada Mok Cin untuk berjumpa di susur gajah yang terletak di luar kompleks siswi.

Nina segera bersiap.

Setelah dia sampai di sana, tiada langsung kelibat mamat itu. Akhirnya Nina duduk di atas tangga di situ sambil menunduk kepalanya menghadap lantai.

“Mana lah dia ni…bosan laaa kalau yang lain nampak aku ni mesti ingat aku dating dengan Mok Cin…eeii”, muka Nina terus berubah kemerahan.

“Nina…”

Kedengaran ada suara lelaki memanggil namanya. Segera Nina menoleh.

“Eh kau? Mok Cin kata dia nak datang? Kenapa kau ada kat sini?”, tanya Nina sambil membuat muka peliknya. Afiq hanya tersenyum sumbing.

Afiq sudah lama memendam perasaan terhadap Nina. Cuma dia tak luahkan lagi kerana dia takut kalau-kalau perasaannya itu kelaut, bak kata pepatah bagaikan cinta bertepuk sebelah tangan yedok?

“Tak de la aku cuma nak bagi ni”, menghulurkan sepucuk surat.

“aik? surat apa ni?”, Nina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Aku pun tak tahu, Mok Cin mintak tolong aku bagikan surat ni kat kau sebab dia tetiba balik sebab family dia datang sini. Dia pesan suruh aku bagitau kau”

“Owh ye ke? Okay, btw thanks tau!”, Nina melemparkan senyumannya ke arah lelaki itu sambil melambaikan tangannya.

Lelaki itu turut tersenyum.
“Aku suka tengok dia senyum…comel je”

“Nina!! Surat apa tu?”, Yana mencuit bahu Nina dengan lembut.

“Eh kau ni…terkejut aku. Tak de la, surat dari upk”, Nina cuba berbohong.

“La ye ke? Surat apa doh?!”, reaksi muka Yana berubah, mata mulutnya ternganga sebentar.

“Ala, rilek ar bukan ada apa pun hishh”, Nina cuba menenangkan rakannya itu.

“Bahaya kalau aku bagitahu Yana…erm, tak pe biar aku baca dulu, baru aku bagitahu dia”, fikirnya Nina sendirian.

Nina membuat keputusan drastiknya untuk membaca surat tersebut di dalam tandas.
Perlahan-lahan dia membuka kertas yang terlipat di dalam sampul surat tersebut.

“Nina…aku cuma nak tanya kau, kau ada simpan perasaan kat sape sape tak kat dalam kelas, atau kat luar kelas…tak kisah la sape-sape termasuk aku?

Aku nak mintak maaf kalau aku tanya soalan yang merepek macam ni, tapi aku betul-betul terdesak.
Dalam fikiran aku sekarang ada kau, sumpah aku tak tipu!

Family aku desak aku untuk kawin dengan orang yang betul-betul aku tak suka. Aku benci. Aku buat keputusan untuk buktikan yang aku mampu buat keputusan sendiri. Aku tak nak biarkan diorang buat keputusan hidup aku.

Aku nak buktikan diorang yang aku ada ‘seseorang’ lagi sesuai untuk isi ruang kosong kat hati ni.

Dan…aku rasa kau orangnya, Nina…bukan aku pilih kau sebab aku terdesak tapi sebab…aku suka kat kau, aku cintakan kau sorang…maafkan aku Nina sebab ambik masa kau untuk baca karangan aku yang x seberapa ni”

Tetiba air matanya menitik membasahi surat tersebut. Cepat-cepat dia mengesat air matanya.

“Ditulis oleh,”

“Eh sape yang tulis ni??”, Nina cuba meneliti siapakah yang menulis surat tersebut tetapi tulisannya tidak jelas kerana dibasahi air matanya.

“Mok Cin ke yang tulis? Tapi kenapa tulisan dia lain macam?”, Nina terasa agak pelik saat dia membaca surat itu. Tetiba je nak ajak kawin, gila ke apa? belajar pun tak habis nak kawin bagai.

“hmph!”, Nina menyimpan surat tersebut ke dalam poket seluarnya dan terus keluar dari tandas tersebut.

“Eh Nina”, Mira terkejut  kerana Nina tetiba sahaja keluar dari tandas tersebut.

“Owh hai Mira hehe”, Nina hanya tersenyum ke arah Mira, takut nanti  Mira syak sesuatu,  kantoi la dia.

 

5 tahun kemudian…,

“Kakak, haritu ada orang datang rumah kita…”, suara ibunya kedengaran di corong telefon.

“Sape yang datang tu?”, tanya Nina.
“Lain macam je bunyi ni”

“Ada orang datang meminang anak mak!”, suara emaknya seakan teruja.

“Ye ke??! Sape mak? sape nama dia?”, tanya Nina.

“Alamak, mak dah lupa nama dia…”, maknya merengus sendirian kerana lupa nama lelaki yang datang membawa rombongan untuk meminang anaknya.

“Tak pe la mak, hehe minggu depan orang balik sana ye!”, jawab Nina sebelum mematikan panggilan tersebut.

“Siapakah gerangan yang datang meminang aku? Dah la aku biasa-biasa je, tak sangka ada orang yang minat kat aku…hahaha”, ketawanya sendirian.

Walaupun dia balik ke rumahnya, dia masih tidak dapat mengenali lelaki yang datang meminangnya itu. Tapi dia hanya menerima sahaja, dia redha dengan bakal jodohnya sebab dia takut jadi andartu.

Dia langsung tidak bersua muka dengan bakal suaminya itu sehinggalah hari pertunangan.

Dan pada hari itulah, buat kali pertamanya dia bersua muka dengan bakal suaminya itu, dan….,

 

“MOK CIN?! MOK CIN??! OMAGAD!”, Nina menggigit bibirnya kerana tidak menyangka lelaki itu adalah bakal suaminya.

Nina mula menggelabah seorang diri.

“Kakak okay ke? Kakak kenal ke lelaki itu?”, tanya ayahnya.

Nina mengangguk, lalu menggeleng kembali. Ayahnya pening melihat kelakuan anak perempuannya. Nervous maybe.

Nina duduk bersimpuh sambil menundukkan pandangannya. Malu sebab inilah kali pertama dia berhadapan dengan lelaki itu dengan dandanan yang bukan menampakkan ciri-cirinya yang sebenar. Bukan Nina yang brutal macam dulu, yang ni Nina yang ayu macam gadis Melayu terakhir…pfftt

Sesekali dia mengangkat mukanya ke arah Mok Cin, dan tatkala itu mata mereka bertentangan.

Entah kenapa tiba-tiba bagaikan jantung berhenti berdegup. Suasana hingar bingar macam pasar seakan-akan sunyi seperti hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah tersebut.

Sesekali Nina menelan air liurnya. Perasaan cintanya tetiba terdetik. Lelaki itu hanya tersenyum dan mengenyit matanya ke arah Nina. Nina hanya menjeling semula.

“Eiii sakit mata ke dia ni”, kata Nina perlahan.

Setelah selesai sesi pertunangan, mereka berdua akhirnya bersua muka setelah lima tahun tidak berjumpa.

“Akhirnya…”, Mok Cin memandang Nina sambil tersenyum sumbing.

“Akhirnya?”, Nina memandang Mok Cin sambil mencebik.

“…jumpa awak”, Mok Cin masih memandang Nina.

“Ye la, dah lima tahun kan, tapi kenapa awak tetiba je nak datang pinang saya, ni mesti ada pape ni kan? kan?”, Nina mengecilkan matanya.

Mok Cin hanya mendiamkan diri.

“Semua pasal surat tu, ingat lagi tak?”, Mok Cin menghela nafas yang panjang.

“Ha’ah…eh jap, macam mana awak tau?”, Nina terkejut, betul-betul terkejut kerana Mok Cin masih ingat lagi surat tu.

“Sebenarnya tu bukan yang saya tulis, Afiq yang tulis. Yang hantar mesej wassap kat awak tu kata saya nak jumpa awak, tu bukan saya yang taip, tapi dia yang taip.”

“Kejap, saya still x fhm. Kenapa dia gunakan awak untuk jumpa saya?”

“Sebab dia takut yang awak tak akan datang  jumpa dia, so dia gunalah saya sebab dia tahu yang awak suka saya…kan?”, Mok Cin merenung Nina.

Nina menunduk. Ya memang dia pendam perasaan terhadap Mok Cin. Tapi dia sendiri x sangka yang sebenarnya Mok Cin dah tahu yang dia dah lama suka terhadap lelaki itu.

Nina menganggukkan kepalanya.

“…jadi dia mintak tolong supaya saya jaga awak sebagai peneman hidup. Dia rasakan dia x mampu bahagiakan awak sebab awak x de perasaan kat dia. Sejak dia sambung belajar kat overseas, dia selalu contact saya sebab hal ni, tapi saya pulak rasa serba salah masa tu. Tapi dia kata dia redha. Dia lepaskan awak”, sambung Mok Cin.

Nina memalingkan mukanya. Entah sejak bila air matanya mengalir. Malu kalau Mok Cin tahu yang dia menangis.

“Dah la tu, jangan nak cover sangat. Nah tisu, lap air mata tu, takkan saya pulak nak lapkan”, Mok Cin menghulurkan sehelai tisu kepada Nina.

“Hish, terima kasihhh”, Nina mengambil tisu tersebut dan mengesat air matanya sambil menghembus hingus di hadapan lelaki itu.

“Dah dia kata jangan cover sangat, nah amik kau haha”

Mok Cin ketawa sambil memerhatikan Nina. Lalu perlahan-lahan dia mendekati gadis itu.

“Sayang..erm, esok kita nikah terus nak tak?”, kata Mok Cin.

“Awal nyaaa”, hanya perkataan tu sahaja yang dia mampu ucap tatkala lelaki tersebut merenung tepat ke anak matanya.

“Ye la, takut nanti diambil orang~ Lagipun tak sabar la nak terkam awak”, lelaki itu mula bermain kata sambil membuat muka gentlemannya yang bila-bila masa sahaja mampu mencairkan hati Nina.

“Dasar miang!!”, Nina terus menendang kaki lelaki itu kerana dia faham akan maksud Mok Cin. “Betul-betul nak kena lelaki tu!”,Nina merengus geram.

 

“ADUHHH!!! SAKIT LA NINA!!”, suara itu menjerit di gegendang telinganya. Terus Nina membuka matanya.

“Ninaaa kau tendang perut aku! Sakit la weyhh!!”, Nurin memegang perutnya yang baru sahaja ditendang Nina.

“Kau mimpi apa doh sampai tendang-tendang bagai??”, tanya Nurin.

“Eh aku mimpi ke tadi?”, tanya Nina keseorangan.

“Ye la, dengan muka serabai macam ni, kau baru je bangun tido hishh”, Nurin geram melihat Nina.

“Ye ke? alaaa,”, Nina memuncungkan mulutnya kerana tadi hanyalah mimpinya semata-mata.

“…sebenarnya aku mimpi Mok Cin hehe”, Nina mula ketawa seorang diri macam orang gila.

“tak habis-habis dengan Mocking Jay dia tu, dah la balik bilik sekarang! Kang roommate kau kunci pintu bilik padan muka kau!”, Nurin menghalau Nina untuk segera beredar dari situ.

“Ye la ye la…”, kata Nina lalu menyarungkan seliparnya dan berlalu pergi ke biliknya.

“Kan bagus kalau mimpi aku tu betul, dah macam drama, tak pun novel, perghhh, ni kalau mintak suruh shiro buatkan pun bagus jugak, mesti laku punya! hahahaha”, Nina mula ketawa seorang diri dan mula menyambung imaginasinya itu sampai la dia menyambung kembali tidurnya di atas katil.

 

THE END

 

 

Comments

You must be logged in to comment
KyuMiOk
#1
puahahahahahahah.. kelakar gler shiro...