L in Love Letter ( Rindu )

L in Love Letter, itu merupakan fanfiction pertama seumur hidup saya. Cerita itu juga merupakan cerita romantis kedua saya seumur hidup setelah cerita romantis pertama saya tergantung kerana tidak tahu bagaimana untuk mengakhirkan sebuah cerita dan itu pada tahun 2012. Mungkin ramai mengenali saya melalui cerita In One Night tetapi tidak melalui L in Love Letter. Walaupun begitu, fanfiction LILL itulah bagi saya sungguh istimewa kerana itu merupakan kali pertama saya menghasilkan cerita romantis dengan pengakhiran yang bahagia. Pernah berkali-kali saya cuba menghasilkan cerita romantis, malangnya pengakhirannya pasti ada yang mati, pasti ada yang sedih dan paling teruk, mereka berpisah. Fikir mahu membuat cerita yang 'gula-gula' sampai orang kencing manis, tetapi tiba-tiba jadi 'hujan' renyai-renyai. Hidup saya suram mungkin? 

Niat saya adalah untuk menghasilkan siri kedua cerita LILL ini dan impian itu telah dipegang kejap sejak tahun lepas, malangnya tidak sudah-sudah kesibukan datang menyapa dan menyebabkan cerita dan impian saya tergantung seketika. Saya jalankan dahulu kisah In One Night dahulu kerana cerita itu tidak perlu dipandang berat dan hanya meluahkan apa yang saya rasa saat menulis cerita itu, kemudian saya teruskan pula dengan cerita ABAM ( Anda Baca Anda Mati ) sambungan bagi kisah In One Night, kemudian saya hasilkan sebuah kisah yang tiada kaitan dengan kisah seram ION dan ABAM, iaitu MATI. Disebabkan terlalu khusyuk menghasilkan kisah yang seram bak Kak Ram, saya terlupa untuk menyiapkan plot LIM iaitu sambungan L in Love Letter dan sebab itu juga, saya terlupa untuk menyiapkan manuskrip novel saya iaitu K dan DSG. Malah, sekarang saya sedang menduduki peperiksaan bulanan, lagilah saya rasa terlalu sibuk sehinggakan MATI dan fanfiction saya di sebuah page facebook iaitu DM terganggu. Malah, sambungan untuk ION dan ABAM iaitu P juga terganggu. Macam Perdana Menteri sahaja kesibukan ini. Fuh fuh! 

Belum lagi bercerita untuk fanfiction yang ingin saya tulis tahun ini... banyak lagi, yang saya senaraikan itu semuanya cadangan untuk tahun lepas. T.T 

Nampaknya kena bawa untuk tahun ini... dan... dan... saya juga akan keluarkan satu fanfiction bertajuk K ( bukan manuskrip K ) selepas MATI selesai :3 Tetapi mungkin selepas Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri habis dululah... sibuk... sibuk... tingkatan empat bukan untuk honeymoon T.T 

 

Peace no war! 

Pesanan: Niat nak tulis lain... tapi melalut jauh sampai lupa apa yang nak ditulis T.T 

 

Comments

You must be logged in to comment
nursyamimivip
#1
Lahhhh ingat kan dah budak koleh ke pe, form 4 baru xD sama lahhhh, tahun ni bukan untuk honeymoon ;;;;-;;;;;
thelucidream
#2
Yo pud ! Haha xD awak kena tangguhkan dahulu honeymoon tu. Apa apa pun good luck untuk pertandingan bahas tu! ^_^